Seronoknya bila tengok peti sejuk dalam keadaan bersih, teratur dan paling penting, tidak berbau! Bagi yang sentiasa menitik beratkan susun atur barang dapur dan rumah, pastinya bukan sahaja menjaga bahagian susun atur dapur yang terlihat, malahan kebersihan di dalam ruang dalam peti sejuk juga.
Peti sejuk yang teratur bukan sahaja menenangkan mata ya, tetapi sebenarnya peti sejuk yang teratur juga menjimatkan masa dan wang.
Sekiranya anda mengetahui dengan tepat apa yang ada di dalamnya, belanja dan waktu makan menjadi lebih cekap malah sisa makanan juga tidak terbiar selama berminggu-minggu!
Isi Kandungan
Susun Atur Barang Dapur: Memastikan Peti Sejuk Kemas dan Mudah Diakses
Sebelum memasuki mod organisasi sepenuhnya, anda pasti ingin membersihkan dan membasmi kuman setiap permukaan di bahagian dalam peti sejuk, betul tak?
Ini mempunyai lebih dari sekadar manfaat estetik. Ia kerana peti sejuk yang dibersihkan bermaksud pengurangan dalam penyakit dan pencemaran dari bawaan makanan.
Sebelum kita beralih ke senarai fridge organizer, jom perhatikan cara mengemas dan menyusun barangan dalam peti sejuk dengan baik seperti berikut:
- Kosongkan peti sejuk sepenuhnya, semak produk yang telah melalui tarikh luput supaya tidak ada yang makan/minum.
- Lap ke semua permukaan agar tiada sisa makanan atau minuman yang tertumpah lagi.
- Pasang semula peti sejuk dan letakkan pewangi untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, boleh sahaja gunakan bahan semulajadi seperti cuka putih, serbuk penaik atau serbuk kopi bagi menyerap bau dan memberikan bau yang lebih enak!
- Kumpul item yang sama berdekatan. Letakkan barang-barang seperti bumbu, kuah salad dan pelekat sandwic di tong berlabel. Pertimbangkan untuk memilih tong dan bekas dengan pegangan untuk menjadikan barang-barang ini mudah dikeluarkan dari peti sejuk dan dibawa ke kawasan persiapan.
- Pastikan snek di bahagian depan/tengah. Simpan barang yang paling kerap digunakan di hadapan untuk akses mudah yang pastinya akan dihargai oleh seisi keluarga. Letak di dalam bekas yang bersesuaian supaya tampak kemas.
- Cuba jimatkan ruang Sekiranya anda suka menyimpan botol air, tin soda atau tin bir di dalam peti sejuk, pertimbangkan sebotol atau dispenser botol. Ini membolehkan anda menumpuk (stack)botol atau tin di ruang kecil, sambil memberikan akses mudah ke minuman sejuk.
8 Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Untuk Peti Sejuk
Jika anda masih tercari-cari produk yang boleh menjadikan peti sejuk lebih tersusun dan kemas, di sini kami senaraikan beberapa barang untuk panduan anda.
ELIANWARE Stackable Can
Terbaik Bekas Simpanan Air Tin
|
Beli di Shopee |
WALFOS Refrigerator Egg Storage
Terbaik Bekas Telur
|
Beli di Shopee |
Pelekat Label Jar
Terbaik Kalis Air
|
Beli di Shopee |
COSE Fridge Organizer Drawer
Terbaik Jimat Ruang
|
Beli di Shopee |
Daily Like Transparent Refrigerator Organizer
Terbaik Kedap Udara
|
Beli di Shopee |
Transparent Zip Lock Food Bag Freezer
Terbaik Boleh Guna Semula
|
Beli di Shopee |
D & J Homeware Refrigerator Side Door Storage Box
Terbaik Dengan Pelbagai Fungsi
|
Beli di Shopee |
MyLife House Freezer Storage Box
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Simpan Barang Basah
|
Beli di Shopee |
ELIANWARE Stackable Can
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Bekas Simpanan Air Tin
Buat anda yang kerap menyimpan air tin atau soda di dalam peti sejuk, kini tidak perlu lagi letak di bahagian pintu peti sejuk. Tempat simpanan tin soda ini bukan sahaja menjimatkan ruang, malah kukuh dan berkualiti. Nak mengambil air soda pun mudah sahaja kerana bentuk yang midah diakses.
Apa yang kami suka?
- Material mesra alam
- Bekas yang lutsinar
- Reka bentuk atas terbuka dengan tepi bulat yang halus memudahkan untuk mengambil dan menyimpan barang.
- Jimat ruang dengan tin air yang boleh ditumpuk.
- Diperbuat Daripada Akrilik
- Mematuhi peraturan FDA (AS) & Standard LFGB (Eropah). Rintangan suhu 0 ° C – 100 ° C
- Tidak berbau dan tahan noda
WALFOS Refrigerator Egg Storage
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Bekas Telur
Simpan telur di tempat yang selamat dan lebih tahan lama dengan bekas telur yang sangat memudahkan ini. Cuma stack sahaja bekas telur ini dan ia sudah boleh memuatkan 15 biji telur sekaligus!
Cara mengambilnya juga mudah kerana anda hanya perlu membuka penutup, tak perlu keluarkan kesemua bekas pun.
Apa yang kami suka?
- Boleh memuatkan sehingga 15biji telur
- Boleh ditumpuk
- Menjimatkan ruang
- Rekabentuk mudah diguna seperti laci
- Termasuk penutup untuk memastikan telur anda segar untuk jangka masa yang lebih lama dan dilindungi dengan lebih baik.
- Diperbuat daripada bahan bebas BPA yang tahan lama.
- Mudah dibersihkan dengan air sabun suam.
Pelekat Label Jar
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Kalis Air
Labelkan dan tampalkan pada setiap bekas rempah supaya anda tahu dengan tepat apa yang ada di dalamnya dan mudah mengambilnya. Yang paling penting, jangan lupa tulis tarikh luputnya.
Label ini juga jenis kalis air dan anda boleh membasuh bekas dengan selamat tanpa risau label tertanggal. Ini juga pasti memudahkan susun atur dapur terutamanya mengenalpasti rempah atau makanan yang telah kehabisan stok.
Apa yang kami suka?
- Digunakan untuk label sayur-sayuran atau rempah, jem makanan ringan untuk susun atur dapur.
- Memudahkan melabel barangan
- Elakkan dari terlupa tarikh luput makanan
- Boleh juga digunakan untuk barangan lain di sekitar rumah, barangan sekolah dan di pejabat.
COSE Fridge Organizer Drawer
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Jimat Ruang
Apabila mengisi barang di dalam peti, kadangkala masih ada ruang yang tidak digunakan. Produk ini boleh sangat berbaloi kerana ia akan mengisi ruang tersebut dengan mudah, hanya dengan menyelitkan bekas seperti penggunaan laci.
Anda pun tidak perlu membeli peti sejuk yang lebih besar semata-mata untuk mendapatkan ruang yang lebih besar!
Apa yang kami suka?
- Menjimatkan ruang
- Mudah dipasang dan dikeluarkan seperti laci
- Boleh mengisi ruang yang kecil
- Boleh diisi pelbagai bahan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Saiz produk: 30×20.6×11.5
Daily Like Transparent Refrigerator Organizer
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Kedap Udara
Isi makanan lebihan ke dalam bekas bertutup lutsinar ini, atau isi bahan kering dan basah dengan lebih efisien.
Potong sayur-sayuran dengan lebih kecil untuk dimasukkan ke dalam bekas, dan ambil sahaja apabila tiba waktu memasak. Material yang lutsinar juga memudahkan anda untuk melihat kandungan di dalam bekas.
Apa yang kami suka?
- Lantai berlekuk untuk mengelakkanbahan basah tidak menitis di dalam peti sejuk.
- Berkesan untuk mencegah pertumbuhan bakteria.
- Bekas dengan lid dapat menjimatkan banyak ruang di dalam peti sejuk dan dengan mudah mengatur peti sejuk, dapur, pantri anda untuk menyimpan makanan.
- Material PP gred makanan tahan lama berkualiti tinggi
- Mudah dibersihkan
- Warna lutsinar memudahkan kandungan bekas dilihat
Transparent Zip Lock Food Bag Freezer
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Boleh Guna Semula
Gantikan penggunaan plastik yang tidak selamat dengan beg silikon untuk mengisi pelbagai makanan atau cecair di dalam peti sejuk anda. Ia bukan sahaja menjimatkan ruang, malah boleh digunakan semula setelah dibersihkan dengan baik.
Apa yang kami suka?
- FDA silikon yang diluluskan
- Tahan panas
- Boleh label guna marker pen
- Mudah alih ringan
- Pelbagai tujuan
- Boleh tahan suhu -40 darjah.C hingga 240 darjah
- Boleh dicuci dan direbus.
- Sangat sesuai untuk keperluan penyimpanan dan pengawetan makanan.
- Reka bentuk kalis bocor
- Seal kedap udara, memastikan makanan dan cecair segar.
D & J Homeware Refrigerator Side Door Storage Box
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Dengan Pelbagai Fungsi
Selalunya barang seperti botol, ubat-ubatan dan cecair diletakkan di bahagian peti sejuk. Namun, ia nampak tidak kemas dan tersusun sekiranya diletakkan secara rawak.
Oleh itu, gunakan bekas comel ini yang muat elok untuk menyimpan segala barang yang sering digunakan. Asingkan mana satu yang perlu mengikut kategori seperti kaca, produk tenusu dan juga barang masakan yang lain supaya anda mudah mengambil dan melihat tarikh tamat tempoh.
Apa yang kami suka?
- Menjadikan penyimpanan lebih mudah
- Peti ais nampak kemas dan bersih
- Boleh asingkan barang ikut keperluan
MyLife House Freezer Storage Box
Produk Susun Atur Barang Dapur Terbaik Simpan Barang Basah
Bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan perlu diletakkan ke dalam peti ais dan disimpan dalam peti sejuk beku. Namun, apa yang merisaukan bau hanyir tersebut bercampur dengan makanan sejuk beku yang lain. Bekas serbaguna yang mempunyai reka bentuk leper sesuai untuk meletakkan barang basah dengan baik selepas dicuci bersih.
Ia datang dengan penutup dan drainer supaya menyahbau yang tersebar dalam peti sejuk dan anda boleh toskan air dengan mudah.
Apa yang kami suka?
- Reka bentuk leper mudah disimpan. Jimat ruang
- Mudah dibezakan dengan bekas lut sinar mudah untuk mengambil bahan mentah
- Tahan lasak dan tidak mudah pecah
- Ada penapis untuk mudah menapis air
Perbandingan Harga Produk Di Pasaran
Produk | Harga (RM) |
ELIANWARE Stackable Can |
RM 25.90 |
WALFOS Refrigerator Egg Storage |
RM 9.89 |
Pelekat Label Jar |
RM 9.00 |
COSE Fridge Organizer Drawer |
RM 21 – 47.49 |
Daily Like Transparent Refrigerator Organizer |
RM 6.50 – 42.50 |
Transparent Zip Lock Food Bag Freezer |
RM 1.29 -2.55 |
D & J Homeware Refrigerator Side Door Storage Box |
RM 3.89 -4.89 |
MyLife House Freezer Storage Box |
RM 2.90-4.90 |
Perkara Penting Perlu Tahu Dalam Mengemaskini Peti Sejuk
Dalam proses mengemaskini ruang penyimpanan di dalam peti sejuk, anda hendaklah tahu akan perkara-perkara ini kerana sedikit sebanyak ia membantu anda dalam memahami susun atur di dalam peti sejuk.
Ia sekaligus dapat mengelak pembaziran akibat makanan yang cepat rosak biarpun di simpan di dalam peti sejuk.
1. Buah dan sayuran yang dipotong awal adalah risiko buat anda
Kita tahu yang ramai inginkan peti sejuk hadir estetik tersendiri yang mana setiap makanan disimpan di dalam bekas.
Ia bagus bagi memastikan peti sejuk lebih tersusun kemas, tetapi anda perlu ingat bahawa memotong buah dan sayuran sebelum disimpan di dalam peti sejuk akan merosakkannya dengan lebih cepat berikutan permukaannya telah terdedah.
Cara terbaik adalah dengan mencucinya dan potong hanya bila anda sudah sedia untuk makannya.
2. Peti sejuk yang kosong adalah tidak bagus, malah yang terlebih sarat adalah jauh lebih teruk
Jika anda risau akan sesuatu terjatuh setiap kali anda membuka pintu peti sejuk, ini bermakna anda perlu membuang apa yang tidak patut dan bukan hanya kerana anda mungkin seorang yang jenis suka menimbun makanan.
Menambah setiap inci ruang peti sejuk anda boleh membawa kepada makanan yang akan dilupakan, menyekat ruang udara, laluan udara tersekat, dan mengurang kadar keberkesanan energi.
Ada kata, yang mana jika peti sejuk anda hampir kosong, pertimbangkan untuk memenuhi ruang semula dengan beberapa biji botol air, yang mana kemudian akan sejuk, membantu peti sejuk mengekalkan suhu dinginnya.
Cara terbaik adalah dengan meletakkan gol untuk sebuah peti sejuk yang dua pertiga penuh.
3. Anda melakukan perkara yang salah jika anda menyimpan susu pada bahagian pintu
Bahagian paling panas di dalam peti sejuk adalah pada bahagian pintu peti sejuk dan rak paling atas. Berikutan susu adalah mudah untuk rosak, ia perlu di simpan pada level rak yang tengah, yang mana menikmati suhu yang konsisten.
Sama juga dengan telur (jangan letakkannya di bahagian rak telur pada pintu peti sejuk jika anda mempunyainya). Simpan bahan perasa, yang mana biasanya tinggi dalam kandungan cuka dan garam, pada bahagian pintu.
Dan jika peti sejuk anda mempunyai ruang yang didedikasikan untuk tenusu dan daging sandwic, pastikan untuk ambil kesempatan terhadapnya. Rak yang paling atas adalah idea untuk snek dan makanan lebihan.
4. Sayuran dan buahan adalah gabungan yang sangat tidak serasi untuk disimpan bersama
Jika anda mempunyai sebuah peti sejuk versi baru, anda selalunya akan mempunyai dua buah laci, satu untuk sayuran dan satu lagi untuk buahan.
Ia mungkin boleh jadi menarik untuk menyelitkan sedikit sayuran hijau daripada ruang laci sayuran yang selalunya melimpah ke laci buahan setiap kali selepas memborong sayuran di pasar minggu, tetapi cuba untuk elak akan keinginan itu.
Kenapa? Laci sayuran adalah ditentu ukur untuk sumber makanan yang tinggi lembapan (sayuran akan layu perlahan pabila terdapat lembapan) dan laci buahan ditetapkan untuk rendah lembapan (buahan rosak perlahan di dalam ruang rendah lembapan).
Satu lagi sebab untuk menyimpan sayuran dan buahan berasingan: ethylene daripada buahan boleh menyebabkan sayuran rosak pramatang.
5. Sebuah peti sejuk yang tidak tersusun boleh membawa kepada pembaziran makanan
Satu cara untuk mencegah pembaziran makanan sebagai seorang individu adalah dengan memastikan yang anda tahu apa yang anda ada di dalam peti sejuk.
Cari masa untuk menyusun atur peti sejuk anda dan cara tempat untuk semuanya. Anda juga mungkin akan perlu untuk menetapkan bekas makanan “Eat Me First" yang mana akan rosak tidak lama lagi.
6. Pengecualian? Strawberi
Berapa banyak kali yang anda pernah teruja untuk membuka sebakul strawberi segar hanya kemudian mendapati yang ia lembik dan berkulat?
Anda boleh mengekalkan kesegaran strawberi dengan menyimpannya di dalam ruang sayuran sebaliknya, dan bukannya ruang buahan.
Seperti sayuran, strawberi sukakan lembapan (biarpun tidak terlalu sangat, jadi jangan basuh sebelum menyimpannya) dan jangan bertoleransi dengan ethylene.
Kami berharap dengan artikel ini anda lebih bersemangat untuk susun atur barang dapur agar lebih kemas dan bersih!
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Makanan Yang Anda Tidak Perlu Simpan Di Dalam Peti Sejuk Anda
Baca juga: Susu Tak Habis Diminum JANGAN Disimpan! Ambil Tahu Susu Formula Tahan Berapa Lama
Baca juga: Makanan Segar Cepat Rosak? Ini Cara Simpan Makanan Agar Tahan Lebih Lama