Umat Islam di Malaysia menyambut Ramadan pada 12 Mac ini. Dikerjakan sebulan penuh, ini syarat sah puasa Ramadhan yang harus diketahui oleh umat Islam.
Isi Kandungan
Syarat Sah Puasa Ramadhan Terdiri Daripada 6 Perkara
Berikut adalah syarat sah puasa ketika Ramdhan:
- Islam – Mestilah beragama Islam
- Baligh (cukup umur) – Cukup umur bermakna sudah akil baligh iaitu sudah keluar haid bagi perempuan dan keluar air mani bagi lelaki
- Berakal/waras – Tidak gila dan waras akal
- Mampu/Sihat/Tidak uzur – Tidak uzur atau sakit terlantar
- Bermukim (bukan musafir) – Tidak bermusafir dan bermukim
- Suci (daripada haid dan nifas) – tidak didatangi haid atau nifas seperti wanita baru bersalin
Syarat Sah Puasa Ramadhan
Syarat sah puasa ganti Ramadhan sama seperti syarat sah puasa Ramadhan. Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam.
Hikmah Disyariatkan Puasa Ramadhan
1.Lahir Rasa Syukur
Melahirkan dalam diri rasa syukur terhadap nikmat kurniaan Allah
2.Mendidik Tinggal Makan, Minum
Puasa mendidik kita meninggalkan makan minum dan bersetubuh di siang hari
3.Jalan Dapatkan Taqwa
Puasa adalah jalan mendapatkan ketaqwaan
4.Mengawal Syahwat
Puasa menundukkan tabiat dan mematahkan syahwat. Hal ini kerana, nafsu akan bercita-bercita terhadap syahwat apabila kenyang. Namun apabila lapar akan menghalangnya daripada apa yang diingini syahwat.
5.Didik Belas Kasihan
Puasa mendatangkan rasa rahmat dan belas kasihan terhadap orang miskin.
6.Jaga Masa
Puasa menyebabkan seseorang itu menjaga masa, dan merasakan adanya kesatuan sesama umat Islam dalam berpuasa dan berbuka.
7.Latih Sabar
Puasa juga melatih dan mendidik kita supaya memiliki sifat sabar kerana kita melihat didepan mata kita perkara yang kita inginkan, tetapi kita tidak boleh melakukannya kerana puasa.
Detikcom
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Mengandung Puasa, Jika Alami 7 Tanda Ini Doktor Minta Anda Segerakan Berbuka
Baca juga: Tip Untuk Para Ibu yang Berpuasa Ketika Mengandung
Baca juga: Jangan Gopoh Ajar Anak Puasa, Ikuti 8 Tips Melatih Anak Berpuasa Dengan Rela Hati