Setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini berbeza dan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Antara yang paling ketara adalah jenis kecerdasan anak. Jadi mana satu core intelligence anak anda?
Ini kerana cara mendidik mereka juga sudah pasti perlu cara yang berlainan dan sesuai dengan tahap dan jenis kecerdasan mereka. Cara didikan juga perlu kena caranya, kerana setiap jenis kecerdasan perlu menggunakan pendekatan yang berbeza.
Pendek kata, lain orang lain cara untuk kita mendekatinya. Tidak boleh pukul rata semua disamakan kerana ada yang mungkin tidak sesuai dengan anak itu.
Tahap kecerdasan anak berbeza, perlu tahu core intelligence mereka
Perkongsian daripada Ezzaty Suffian yang kami kongsikan ini mungkin akan membuka mata ibu bapa di luar sana bahawa anak anda adalah unik dan tidak boleh disamakan dengan anak yang lain.
Didikan kepada mereka juga berbeza dan perlu disesuaikan dengan tahap diri anak itu.
8 jenis intelligence yang mungkin ada kaitan dengan anak anda
Menurut Ezzaty Suffina, antara 8 jenis intelligence (teori Prof. Howard Gardner), mana satu yang jadi intelligence utama core intelligence pada anak-anak kita?
Bila anda baca, cuba ingat kembali yang mana satu ada kaitan dengan anak.
#1. Spatial Intelligence (picture smart)
- Anak boleh manipulasi objek seperti lego untuk buat sesuatu seperti apa yang dia lihat in real life (bangunan, kenderaan, haiwan)?
- Boleh faham peta atau chart dengan sangat mudah?
- Suka conteng, doodle atau lukis di atas apa-apa permukaan seperti di atas lantai atau dinding?
#2. Naturalist Intelligence (nature smart)
- sangat happy bila ada kat pantai, air terjun atau taman bunga?
- selalu cerita atau minta untuk bela haiwan peliharaan macam kucing, burung, ikan?
- suka kutip batu, bunga, daun, kulit siput untuk ditunjukkan pada kita?
#3. Musical Intelligence (sound smart)
- sangat mudah mengingat dan menyanyikan semula satu-satu melodi atau lagu?
- suka main alat muzik?
- selalu bercakap atau bergerak dalam rhythm (badan bergoyang, cakap dalam nada seolah berlagu)?
#4. Bodily-kinesthetic Intelligence (body smart)
- sangat enjoy berlari, melompat atau aktiviti fizikal yang lain?
- enjoy pisahkan/ceraikan sesuatu objek dan cantumkannya kembali dengan sempurna?
- suka tunjukkan kemahiran motor halus yang bagus seperti buat origami, kapal terbang kertas, bina sesuatu model dari clay atau blocks, finger painting?
#5. Interpersonal Intelligence (people smart)
- selalu jadi ketua atau suka lead kawan-kawan yang lain bila buat sesuatu aktiviti/bermain?
- sangat enjoy dan happy bersosial bila berada dalam group kawan-kawan sebaya?
- mudah memahami emosi dan perasaan orang lain?
#6. Intrapersonal Intelligence (self smart)
- suka buat sesuatu dengan sendiri (berdikari) dan seorang yang strong will?
- Boleh ekspresikan dan beritahu perasaan sendiri seperti sedih, marah, takut dengan tepat?
- sangat bagus bermain/buat aktiviti bila ditinggalkan bersendirian?
#7. Linguistic Intelligence (word smart)
- pandai menulis dengan baik berbanding dengan kanak-kanak yang sama usia dengannya?
- sangat enjoy apabila bercerita atau sangat enjoy mendengar cerita?
- ada ingatan yang bagus dalam mengingat nama orang, tempat, tarikh dan sebagainya?
#8. Logical-mathematical Intelligence (number/reasoning smart)
- sangat suka dengan nombor?
- mudah asingkan objek ikut kategori seperti bentuk, warna dan kegunaan?
- sangat curious dengan sesuatu dan suka buat eksperimen untuk tahu apa kesannya?
Beliau turut kongsikan cara untuk anda tahu kecerdasan anak terfokus pada bahagian mana perlu ada 10 soalan yang perlu dijawab bagi setiap satu intelligence.
Nanti kalian boleh google je guna keyword “how to identify children’s intelligence according howard gardner theory”. Cuma apa yang zaty share ni boleh lah bagi idea untuk kita kenal pasti secara kasar anak kita punya intelligence cenderung kat nombor berapa kan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lihat Perbezaan Otak Anak Yang Terima Cukup Kasih Sayang Dan Tidak Cukup
Baca juga: 5 Cara Rangsang Perkembangan Otak Anak, Salah Satunya Adalah Jaga Kesihatan Ususnya!
Baca juga: 3 tabiat baik ini bagus untuk tingkatkan perkembangan otak anak anda!