Kanak-Kanak Kini Semakin Rabun Mata, Ini Cara Bijak Untuk Mengatasi Kerisauan Para Ibu!

Tahukah anda perubahan gaya hidup masa kini mendorong anda dan anak-anak untuk mengalami beberapa tahap rabun jauh? Jom semak punca dan langkah pencegahan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam membesarkan anak-anak, setiap perkembangannya akan diteliti oleh ibu ayah. Anda perlu membawa mereka menjalani pemeriksaan tahap rabun jauh sekurang-kurangnya sekali sebelum memasuki alam persekolahan. 

Ia perlu dilakukan seawal usia 5 atau 6 tahun bagi mengelakkan keciciran dalam mengesan masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak.

Tidak hanya aspek keperluan, keselamatan atau pendidikan, semuanya akan diberikan perhatian agar si manja memperoleh hal yang terbaik ketika proses menerokai dunia.

Tahap rabun jauh 

Gejala Myopia atau lebih dikenali sebagai penglihatan pendek. Ia adalah keadaan penglihatan seseorang yang mampu melihat dengan jelas objek berhampiran mereka, namun tidak dapat mengesan objek yang berada pada jarak jauh.

Permulaan tahap rabun jauh ini kebiasaannya akan berlaku sebelum umur 12 tahun atau melangkah usia dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih membimbangkan, masalah rabun jauh ini tiada ubat untuk disembuhkan. Tetapi, beberapa langkah pencegahan boleh diambil oleh ibu ayah agar dapat melambatkan perkembangannya menjadi lebih teruk.

Untuk lebih memahami keadaan ini, kami telah mendapatkan nasihat dari Pakar Perunding Optometris HOYA, Darren Toh, Penolong Pegawai Hal Ehwal Profesional HOYA, Chris Toh dan Pegawai Eksekutif HOYA Profesional Chong Ching Wei.

Penyebab masalah mata rabun

Myopia adalah keadaan yang berlaku apabila bola mata terlalu panjang atau kornea terlalu melengkung. Oleh sebab ini, cahaya tidak dapat memasuki mata dan menyebabkan objek kelihatan kabur ketika berada jauh dari anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Darren turut menyatakan bahawa punca-punca rabun jauh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Namun, beliau telah juga berkongsi tiga faktor yang utama iaitu kumpulan genetik, keturunan dan tabiat terlalu memberikan tekanan kepada mata.

“Kebiasaannya, penghidap masalah rabun jauh ini berdepan dengan kesukaran untuk melihat papan hitam, perhatian semasa memandu atau menonton televisyen,” katanya.

Tambah Darren lagi, Myopia kini telah menyerang seseorang pada usia yang lebih muda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana kanak-kanak lebih terdedah dengan risiko mata rabun kerana tabiat ibu ayah pada masa kini berasa lebih selamat jika anak-anak berada di dalam rumah.

Bagi memudahkan urusan, televisyen atau telefon bimbit menjadi ‘senjata’ anda agar anak-anak diam dan tidak meragam.

Kesannya, jika penglihatan mereka terjejas, ia berisiko untuk menghadapinya sehingga melangkah dunia dewasa.

Menurut Chris, kajian telah berjaya mendedahkan bahawa separuh masyarakat di dunia berpotensi menghidap masalah rabun jauh menjelang 2050 dengan anggaran sebanyak 4.758 bilion orang di seluruh dunia.

“Jika dahulu, ibu ayah mendapati orang yang memakai cermin mata adalah anak-anak yang kerap belajar dan mengulang kaji. Namun, kini hampir kebanyakan kanak-kanak sudah memakainya,”

”Lebih menyedihkan lagi, ada kes kanak-kanak matanya menjadi juling akibat terlalu terdedah dengan telefon pintar,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini disebabkan oleh faktor perubahan gaya hidup lebih moden. Jika dilihat kembali, hampir kebanyakan anak kecil sudah memiliki telefon pintar miliknya sendiri tanpa berkongsi dengan ibu ayah.

Langkah untuk mencegah

#1. Rawatan mata

Myopia tidak boleh dirawat atau disembuhkan, tetapi anda boleh membetulkannya dengan cermin mata, kanta lekap, Ortho-K atau pembedahan refraktori,” kata Darren.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata pada masa ini tidak ada cara yang berkesan untuk mencegah tahap rabun jauh, tetapi langkah permulaan boleh diperlahankan perkembangannya dengan mengawal jumlah masa mata anak-anak tertumpu pada skrin.

#2. Ujian penglihatan

Ibu ayah perlu membawa anak-anak berjumpa dengan pakar mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Dengan cara ini, jika mereka mempunyai tanda-tanda Myopia, anda boleh mengambil langkah segera untuk memastikan ia tidak bertambah buruk.

Menurut Darren, jika anda mendapat aduan dari anak-anak bahawa penglihatan mereka kabur, segera bertindak awal agar masalah ini tidak menjadi lebih teruk.

#3. Penggunaan teknologi canggih

Bergantung kepada individu, perkembangan Myopia kadang-kadang mungkin lebih agresif atau perlahan. Untuk melambatkan perkembangannya, terdapat teknologi khusus yang telah dihasilkan. Ia berkesan untuk mengurangkan kadar perkembangan miopia sebanyak 50% serta  kelaziman sehingga 90%.
 
Sehubungan itu, HOYA telah melancarkan MiyoSmart Lens yang dicipta khas bagi anak-anak yang menghidapi masalah rabun jauh. Ia menggunakan mekanisme homeostatic semula jadi yang dikenali sebagai “emmetropization”, bagi membolehkan bebola mata menerima imej yang jelas seperti penglihatan biasa.
 
Dengan teknologi D.I.M.S khas, kanta ini memberikan perlindungan UV dan cahaya tipis untuk mata dan menggunakan bahan polikarbonat yang tahan lama, dicipta secara ideal untuk kanak-kanak dari 6 hingga 18 tahun.

Ia dijamin tidak akan mudah pecah terutamanya untuk kanak-kanak yang aktif.
 
HOYA juga telah menjalankan percubaan klinikal double-blind secara rawak selama dua tahun yang melibatkan 160 kanak-kanak rabun, berusia antara 8 hingga 13 tahun. Hasilnya, sebanyak 60 peratus didapati Myopia yang dialami berkurangan, manakala 21.5 peratus proses perkembangan rabun mereka telah terhenti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: 6 masalah penglihatan dengan kesan jangka panjang yang penting ibu bapa perlu tahu