X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 Tahun Sabar Menantikan Zuriat, Isteri Pasrah Suami Dijemput Ajal Ketika Sarat Hamil

10 Jan, 2022
10 Tahun Sabar Menantikan Zuriat, Isteri Pasrah Suami Dijemput Ajal Ketika Sarat Hamil

Takdir hidup setiap manusia sudah ditetapkan. Wanita ini tabah menerima ujian apabila suami meninggal selepas 10 tahun menantikan cahaya mata

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap dalam kehidupan suami isteri. Walau bagaimanapun takdir hidup seseorang tidaklah begitu mudah kerana perlu melalui pelbagai ujian.

Ada yang dikurniakan cahaya mata dalam tempoh singkat, ada juga perlu sabar menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya.

Takdir hidup kehilangan suami ketika mengandung

suami meninggal ketika mengandung

Sebuah video pendek yang dikongsi TikTok oleh @laila_aqila86 telah mendapat perhatian warganet apabila meraih lebih 37,000 tanda suka.

”Papa pergi buat selamanya. Tinggalkan mama bersama zuriat yang bakal lahir bulan 3 nanti. Zuriat yang kita nantikan selama 10 tahun.”

”Sempat buat details scan dan zuriat kita nanti it’s a boy. Papa happy sangat, tapi papa tak sempat jumpa baby kita. Ya Allah tabahkanlah hatiku demi zuriat yang bakal lahir nanti.” tulisnya

Menjengah ke akaun milik wanita ini, dia juga ada berkongsikan kisah pemergian suami tercinta, Mohd Ikram. Difahamkan dia telah menemui ajal ketika menyertai misi bantuan banjir pada 5 Januari yang lalu.

Advertisement

”Pergimu saat bertugas membantu mangsa pasca banjir Bukit Lanchong.”

@laila_aqila86

Sedih sbb perlu hidup sendiri dgn anak dlm kandungan 😭😭#ilovemyhusband4ever #ttc10years #fyp #ttcbaby1 ♬ original sound – Noktahcinta10 – Noktahcinta10

Memandangkan sekelip mata takdir hidup menjadikannya ibu tunggal dan perlu menyara anak seorang diri, dia sempat berdoa supaya diberikan ketabahan hati dalam membesarkan amanah tersebut.

Sejak video berkenaan dimuat naik, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat dan memahami perasaan yang dialami oleh pemilik video tersebut.

Semoga tabah kak. Saya pun baru je suami meninggal sebab covid, tengah sarat 8 bulan masa tu. Sekarang anak dah 4 bulan.

Saya ingat ujian saya dah cukup hebat. Suami saya meninggal ketika kandungan 10 minggu. Anak sulung kami jugak. Sekarang saya 6 bulan dah pregnant. Kita kuat k!

suami meninggal ketika hamil

credit to sources

Ujian yang hebat buat insan yang TERHEBAT.

Allah mengalir airmata saya tengok. Sis tabah, sis kuat. Saya pun ibu tunggal. Kena kuatkan hati besarkan anak sorang-sorang.

Takdir hidup kematian suami: Tempoh ‘iddah bagi wanita yang sedang hamil

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, ‘iddah adalah tempoh tertentu bagi seseorang wanita untuk menunggu, semata-mata mematuhi perintah Allah, atau sebagai tanda kesedihan terhadap pemergian suami, atau memastikan rahimnya bersih daripada kandungan.

Dalam agama Islam, para wanita yang kematian suami diwajibkan ihdad (berkabung) selama empat bulan 10 hari jika dia tidak hamil.

Manakala berdasarkan ayat al-quran, para ulama’ mengatakan ‘iddah bagi wanita yang mengandung adalah sehingga dia melahirkan anak.

Mazhab Syafie mengatakan tempoh ‘iddah wanita yang mengandung akan berakhir setelah keluarnya janin dalam kandungan yang sudah berbentuk manusia (iaitu memiliki kepala, tangan, kaki, mata, telinga dan mulut) sama ada dalam keadaan takdir hidup atau mati.

suami meninggal

credit to sources

Berkata Imam al-Nawawi: ”Dan sekiranya seorang wanita itu melahirkan kandungan yang sudah berbentuk manusia, maka berakhirlah ‘iddahnya. Dan sekiranya yang keluar itu janin dalam bentuk mudghah, tidak kelihatan rupa manusia dan bersaksi empat orang bidan bahawa janin tersebut ialah awal kejadian manusia (kandungan yang sebenar), maka terdapat dua pandangan dalam hal ini, dan salah satunya mengatakan bahawa hal tersebut boleh menggugurkan ‘iddah”.

Tempoh ‘iddah bagi wanita hamil yang mengalami keguguran berakhir sekiranya janin keluar dalam bentuk mudghah (segumpal daging) dan kelihatan rupanya secara jelas atau samar (mempunyai kepala, tangan, kuku dan sebagainya) atau tidak kelihatan rupanya, tetapi dengan syarat semua keadaan ini mestilah mendapat pengesahan daripada pakar perubatan bahawa ianya adalah kandungan yang sebenar.

Anda digalakkan melalui tempoh ‘iddah di rumah yang didiami bersama suami dulu bagi mengelakkan fitnah. Wanita diharuskan keluar dengan alasan mendesak seperti ke klinik, membeli barang keperluan atau ke tempat kerja (bagi yang bekerja).

Setelah selesai tempoh berkabung ini, barulah anda boleh meneruskan kehidupan yang mematuhi undang-undang Allah dan syariat agama seperti menghias diri mengikut syarak, menerima pinangan dan berkahwin dengan sesiapa sahaja yang disukai.

Sumber: Kisahdunia, muftiwp

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sengsara Bila Kematian Suami, Ini Yang Isteri Wajib TAHU Tentang KWSP Bila Suami Tiada

Stories Rakan Kongsi
5 Simple Steps To Resilience: Prepping Your Child To Face The World
5 Simple Steps To Resilience: Prepping Your Child To Face The World
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing
What to Expect After A C-Section And Speed Up Scar Healing
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Rebut 10 Tawaran Terhebat Di Tesco Baby Fair 2020
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know
Facts Vs Myths About Formula Milk Every Parent Should Know

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • 10 Tahun Sabar Menantikan Zuriat, Isteri Pasrah Suami Dijemput Ajal Ketika Sarat Hamil
Kongsikan:
  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham