Kanak-kanak takut kucing adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana kebanyakan mereka akan geram melihat haiwan bulus ini sehingga rasa ingin menyentuhnya.
Ada yang ingat kucing adalah ‘permainan’ ataupun ‘teddy bear’. Namun mujurlah tidak dicakar.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Reaksi lucu kanak-kanak lelaki bambam takut kucing
- Netizen tinggalkan komen menghiburkan tengok gelagat budak takut kucing
- Ketakutan pada kucing kenali sebagai sindrom Ailurophobia
Reaksi lucu kanak-kanak lelaki bambam takut kucing
Baru-baru ini menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @acong44 menunjukkan anak lelakinya meraung sekuat hati dan mengeraskan badannya apabila dihulurkan seekor kucing.
Video tersebut telah berjaya meraih 3.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis. Aduhai, lawak sungguh tengok memek muka pun nak tergelak!
Paling kasihan, dia menjerit sekuat hati seolah-olah diberikan haiwan yang menakutkan! Walhal, ayahnya hanya ingin memberikan seekor kucing comel. Terus kejung badannya di situ, tidak bergerak!
@acong44 🤣🤣🤣🤣🤣 ♬ original sound – cintaHati❤ – cintaHati❤
Netizen tinggalkan komen menghiburkan tengok gelagat budak takut kucing
Video viral tersebut tidak dinafikan meraih perhatian ramai. Mana tidaknya, benda jarang-jarang berlaku dan mencuit hati pula tu. Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang ‘back-up’ adik itu dengan mengatakan golongan ini seharusnya lebih mengerti perasaan seseorang yang takut kucing.
Bukan benci, cuma mungkin mereka tidak boleh dengan haiwan yang berbulu?
“Abg paham dik perasaan tu 🙁 manusia memang jahat,” tulis seorang komentor.
Manakala seorang lagi menulis, “Tolong la faham perasaan takut kitorg 🙁 boleh nangis wehh!”
Ketakutan pada kucing kenali sebagai sindrom Ailurophobia
Umum sedia maklum, ada yang memiliki ketakutan yang luar biasa apabila diberikan kucing ataupun ternampak kucing berdekatan dengannya.
Ianya dikenali sebagai Ailurophobia. Fobia kucing juga disebut dengan istilah elurophobia, gatophobia, dan felinophobia.
Ailurophobia ini adalah ketakutan yang berlebihan terhadap kucing sehingga mencapai tahap tidak rasional. Antara gejala fisik yang biasanya dirasakan oleh penderita ailurofobia adalah sebagai berikut:
- Merasakan nyilu atau sesak di bahagian dada.
- Terjadinya peningkatan detak jantung dan berkeringat.
- Sukar untuk bernafas dengan normal.
- Muncul perasaan gelisah, pusing, atau mual.
- Badan gemetar atau gugup.
- Sakit perut secara tiba-tiba.
Ha, jangan main-main ya dengan orang takut kucing. Kalau mereka terlebih takut, boleh menyebabkan fikiran terganggu dan juga stres! Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: (Video) Bayi Perempuan Ini Cuba Berbicara Dengan Kucing Kesayangannya, Comel Sungguh!
Baca juga: Anak Ingin Pelihara Kucing Jalanan, Letak Nama ‘Tupperware’ Takut Dibuang Oleh Ibu
Baca juga: Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!