Ibu Ayah Perlu Berhati-Hati, Tanaman Snake Plant Mengandungi Racun Aktif Saponin!

Kebanyakan individu gemar meletakkan tanaman dalam rumah kerana ia dikatakan dapat membersihkan udara. Namun tahukah anda sebenarnya mengandungi racun?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak tempoh kawalan pergerakan, ramai yang memenuhi waktu terluang dengan mengikut perkara trending di media sosial seperti resipi viral ataupun menghias kediaman dengan tanaman dalam rumah.

Tidak hanya pokok palsu yang memperoleh perhatian pencinta dekorasi, tanaman dalam rumah hidup turut menerima permintaan tinggi sehingga harganya melonjak RM100 untuk satu unit.

Hiasan dalam rumah viral mendatangkan risiko bahaya

Antara yang sering digunakan ialah pokok lidah jin atau Snake Plant. Kini ia tular dalam media sosial dan ramai mengambil peluang menjana pendapatan melalui jualan pokok bersama sebuah pasu yang cantik.

Bukan itu sahaja, ramai turut percaya serta berpendapat bahawa ia adalah sejenis tanaman indoor yang bagus kerana mampu membantu pengaliran udara dalam ruang tertutup.

Di samping mencantikkan pemandangan, bagi anda yang mempunyai anak masih kecil, snake plant ini berupaya mendatangkan risiko buruk sekiranya terdedah kepada mereka dan haiwan peliharaan.

Tumbuhan viral memiliki racun berbahaya

Menurut perkongsian oleh Pusat Racun Negara, pokok lidah jin atau snake plant ini mempunyai bahan aktif Saponin. Sekiranya ibu ayah terlepas pandang dalam memantau pergerakan anak-anak yang aktif meneroka dunia, tidak mustahil untuk mereka menyentuh dan termakan tanaman ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya, ia boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti ruam, muntah dan cirit-birit.

Namun jika keadaan ini boleh bertambah buruk sekiranya berlaku pada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing. Antaranya adalah menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan, hilang selera makan, badan lesu dan muntah-muntah.

Hal ini berkemungkinan oleh mereka terdedah dengan bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan masalah keracunan. Ia adalah bahan kimia semula jadi dihasilkan tumbuhan ini bagi melindungi seerangan kulat, serangga dan mikroba. Namun, ia boleh menyebabkan gangguan gastrointestial pada haiwan peliharaan.

Menjadi tempat pengumpulan kuman

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sebuah posting di laman Facebook oleh seorang ahli kimia, Fatimah Salim berkongsi pendapat beliau mengenai tanaman lidah jin ini.

Menurutnya perkara yang dibimbangkan adalah tanah diguna dan disimpan dalam rumah. Campuran tanah boleh menjadi tempat kondusif untuk kuman membiak. Justeru, ibu ayah perlu berhati-hati akan risiko masalah kesihatan terutamanya bagi anak kecil yang memiliki sistem imunisasi rendah.

Langkah keselamatan untuk menanam indoor plants

#1. Pastikan berada di tempat tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mereka yang masih bujang, pastinya akan lebih gemar menyusun tanaman dalam rumah di atas lantai atau pada rak berdekatan televisyen di ruang tamu.

Namun bagi ibu ayah yang mempunyai anak-anak semakin membesar, kami menyarankan untuk anda menilai ketinggian tempat bagi meletakkan tumbuhan ini agar ia sukar dicapai oleh si manja.

Proses perkembangan kanak-kanak akan mendorong mereka untuk mencuba apa sahaja yang berada di sekeliling. Bahkan jangan terkejut jika anak-anak berani menyentuh, mencabut dan menjadikan tumbuhan dalam rumah ini sebagai ‘ulam’.

#2. Periksa bekas takungan air

Meskipun terdapat beberapa jenis pokok tidak memerlukan banyak air, namun penjagaan untuk ia kekal sihat dan segar memerlukan anda membekalkan keperluan utama ini.

Tidak dinafikan kekangan masa akan menyebabkan ibu ayah memandang mudah akan hal ini. Namun ia sebenarnya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Memantau anak kecil

Sekiranya anak berada di dalam rumah, ibu ayah perlu elakkan sibuk dengan tugas atau melayan media sosial menggunakan telefon pintar. Hal ini kerana sekelip mata sahaja keadaan boleh bertukar tragedi.

Jika sebelumnya si manja anda membuat bising dan berlari sekeliling rumah, namun tiba-tiba dia diam. Lebih baik ibu ayah memeriksa apa yang mereka sedang buat.

Hal ini kerana kebanyakan anak yang diam pastinya sedang memberi fokus dekat sesuatu ‘permainan’ baharu yang dijumpai mereka. Justeru, amalkan langkah waspada secara lebih berkesan sekiranya anda menyimpan tumbuhan di dalam rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, tumbuhan ini sememangnya cantik untuk dijadikan sebagai hiasan. Namun anda perlu bertanggungjawab dalam menjaga dan meletakkannya di tempat yang selamat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Tanaman Dalam Rumah Yang Berfungsi Sebagai Pembersih Udara Semula Jadi