Main ba cak (peek a boo) boleh tunjuk tanda autisme pada anak!

Saintis telah menemui cara baru untuk mengesan tanda autisme pada bayi seawal usia mereka enam ke sembilan bulan. Ini perkembangan baik untuk ibu bapa.

Autisme pada anak adalah keadaan yang merisaukan untuk ibu bapa. Salah satu perkara yang ibu bapa ingin tahu adalah tanda autisme awal pada kanak-kanak.

Baru-baru ini, sains telah mendapat tahu cara terbaru untuk mengetahui tanda autisme pada anak seawal umur empat ke enam bulan!

Tanda autisme pada anak: Aktivit otak yang rendah mungkin ada hubungan dengan autisme

Dalam kajian baru tersebut, pengkaji menemui yang aktiviti otak bayi dengan autisme adalah berbeza apabila dibentangkan dengan arahan sosial (berkaitan dengan manusia) dan bukan sosial (berkaitan dengan objek tak bernyawa).

Pengkaji dari pelbagai universiti menggunakan teknologi neuroimaging untuk menilai aktiviti otak bayi berusia empat ke enam bulan.

Santis telah membentangkan mereka dengan empat arahan:

Kemudia mereka membandingkan imbasan bayi yang ada adik-beradik yang memiliki spektrum autisme dan tanpanya.

Oleh sebab autisme mempunyai hubungan genetik yang kuat, anak kecil yang ada adik-beradik autistik akan membesar dengan autism.

Akhirnya, saintis membandingkan keputusan bayi ini dengan keputusan adik beradik mereka.

Mereka menemui perbezaan yang ketara pada kanak-kanak yang kemudiannya membesar tanpa autisme.

Anak-anak ini mempunyai aktiviti otak yang lebih meningkat apabila dibentangkan dengan arahan sosial (bunyi manusia dan video) berbanding arahan bukan sosial.

Bayi yang berisiko untuk mempunyai autisme menunjukkan sebaliknya. Aktiviti otak mereka berkurang apabila dibentangkan dengan video atau bunyi manusia.

Malah, aktiviti otak mereka meningkat apabila ditunjukkan gambar objek yang tak bergerak.

Ini adalah kajian pertama yang menunjukkan hubungan tindak balas fungsi otak sebelum bayi berusia enam bulan dan didiagnos dengan autisme kemudiannya.

Tanda autisme pada anak: Apa yang ibu bapa dapat dari kajian ini?

Dr Sarah Lloyd-Fox dari Pusat Perkembangan Otak dan Kognitif Birkbeck yang mengetuai kajian ini mempercayai, mengetahui cara untuk mendiagnos autisme pada peringkat awal ada kelebihannya.

Dia menerangkan, dengan pengetahuan ini, pakar kanak-kanak boleh membantu ibu bapa dengan dua cara. Pertama, doktor boleh mengawal keadaan ini dengan cepat.

Kedua, ini juga boleh memberi keluarga cara yang betul untuk membantu anak dengan autisme lebih awal.

“Ini mungkin bermakna memberi anak dan ibu bapa strategi baru untuk melibatkan semula perhatian mereka kepada isyarat sosial penting dan belajar cara berlainan untuk berinteraksi,” Dr Sarah menerangkan.

 

Tanda autisme awal pada anak

Ini satu petanda baik apabila sains semakin maju mengesan autisme dengan lebih awal.

Walau bagaimanapun, adalah lebih bagus jika anda mengetahui tanda autisme pada anak juga supaya anda boleh mendapat bantuan secepat mungkin.

Ini adalah senarai tanda autisme awal pada kanak-kanak yang biasanya dilihat pada bayi berumur 6 ke 18 bulan:

  • terlalu asyik dengan objek
  • tak menjawab orang
  • tak beri reaksi bila nama dipanggil
  • kurang hubungan mata
  • marah bila rutin harian mereka diganggu
  • tak bercakap bahasa bayi sehingga umur 12 bulan
  • tak boleh beri perhatian apabila ditunjukkan oleh orang lain (seperti tengok atau tunjuk kepada objek)
  • buat perkara berulang kali seperti menggerakkan tangan atau bergoyang
  • kurang reaksi positif pada usia 6 bulan atau selepas
  • kurang atau tak ada berkongsi bunyi atau mimik muka dengan orang lain pada usia 9 bulan
  • kurang atau tak ada aksi seperti menunjuk, mencapai atau melambai semasa usia 12 bulan
  • tak belajar satu perkataan ketika usia 16 bulam
  • tak boleh membuat ayat dua perkataan (termasuk mengajuk atau meniru percakapan) pada usia 24 bulan
  • tak bermain dengan mainan secara normal seperti beri perhatian kepada satu bahagian dari bermain secara menyeluruh

Apa yang perlu saya lakukan jika anak ada tanda autisme?

Jika anda rasa anak anda tak berkembang secara normal seperti yang sepatutnya, atau terlepas perkembangan milestone, hubungi pakar untuk diperiksa.

Diagnos awal adalah penting supaya anak anda mendapat sokongan yang terbaik.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compunca-autisme/

Penulis

Nadia Ghafar