Tanda hamil 2 minggu kadang-kadang sangat jarang disedari oleh sesetengah wanita, lebih-lebih lagi apabila mengandung anak pertama. Mereka biasanya hanya akan bergantung pengiraan hari lewat datang haid sebagai tanda bagi meyakinkan diri berbadan dua.
Kebanyakan ibu mengatakan rasa kejang pada bahagian perut dan sakit payudara. Akan tetapi jika diteliti lebih mendalam, akan ada perbezaan antara tanda-tanda haid dengan ciri awal kehamilan.
Isi Kandungan
Tanda hamil 2 minggu
Tahukah anda bahawa tubuh setiap wanita akan mengalami banyak perubahan menjelang munculnya simptom awal kehamilan pada 1-2 minggu?
Justeru, ini antara tanda tanda hamil 2 minggu yang biasa ramai tidak sedari:
#1. Lambat datang haid
Lambat datang haid adalah salah satu tanda-tanda hamil 2 minggu yang paling banyak dialami oleh kebanyakan wanita.
Biasanya tanda tanda hamil 2 minggu dapat dirasai jika haid tidak berlaku setelah 4-5 hari pada tarikh yang sepatutnya (bagi mereka yang memiliki haid teratur setiap bulan).
Jika persenyawaan berjaya dilakukan, sel telur akan menempel di dinding rahim dan terus berkembang menjadi janin selama 9 bulan. Jika tidak, ia akan luruh menjadi menstruasi.
#2. Berlaku perubahan pada payudara dan puting
Perubahan pada payudara juga menjadi salah satu tanda awal kehamilan 2 minggu. Biasanya anda akan merasai payudara sedikit tegang, sakit dan tidak selesa.
Pada minggu-minggu pertama kehamilan, payudara ibu juga akan kelihatan lebih besar dan keras dari biasa. Ia juga mungkin menjadi lebih sensitif.
Selain itu warna puting juga kemerah-merahan atau areola (kawasan sekitar puting) berubah warna menjadi lebih hitam. Munculnya tanda-tanda mengandung ini adalah disebabkan jumlah hormon progesteron serta estrogen.
Bakal ibu juga akan melihat garis-garis urat pada kawasan sekitar puting payudara. Hormon kehamilan meningkatkan aliran darah menuju kawasan tersebut bagi menghasilkan susu badan.
#3. Kekejangan
Memasuki fasa kehamilan pada minggu-minggu pertama, anda akan merasai beberapa tandanya. Tanda hamil 2 minggu yang pertama adalah kekejangan perut.
Keadaan ini kerap muncul sehinggaket kebanyakan wanita menyangka ia adalah petanda akan datang bulan.
Hal ini kerana rasa kekejangan tersebut tidak jauh berbeza. Akan tetapi ada ibu hamil muda merasakan kekejangan yang luar biasa, mungkin disertai dengan kontraksi setiap 5 hingga 20 minit sekali. Sekiranya ia terjadi, sebaiknya segera membuat pemeriksaan doktor.
#4. Keputihan
Tanda tanda hamil 2 minggu seterusnya ialah keluarnya cecair keputihan daripada vagina. Ini berlaku untuk menjaga sistem reproduksi agar bebas dari sebarang jangkitaan kuman. Manakala keputihan yang muncul di awal kehamilan juga berfungsi sebagai perlindungan terhadap sistem reproduksi.
Jika ia keluar dalam jumlah yang banyak, disertai dengan warna kuning atau hijau, berbau busuk dan rasa sakit, segeralah berjumpa dengan doktor.
#5. Pendarahan
Tanda-tanda hamil 2 minggu juga menyebabkan pendarahan ketika hamil yang ringan. Ini terjadi disebabkan oleh embrio menempel pada dinding rahim.
Anda perlu sentiasa berwaspada jika pendarahan berwarna merah terang atau merah muda disertai munculnya keputihan seperti gumpalan darah.
#6. Rasa mual
Selain itu, tanda hamil 2 minggu yang sering dialami kebanyakan ibu adalah rasa mual. Ia boleh terjadi dari awal kehamilan sehingga minggu 12, bahkan mungkin lebih lagi.
Beberapa wanita biasanya sering mengalami gejala ini pada waktu pagi, ada pula ibu hamil merasainya sepanjang hari.
Anda boleh mengelakkan dari menghidu sesuatu yang menyebabkan rasa mual. Selain itu, pastikan makan dalam saiz sedikit dan kerap. Jangan lupa untuk memperbanyakkan minum air kosong agar tubuh tidak dehidrasi.
#7. Perut kembung dan senak
Sesetengah wanita mungkin mengalami tanda tanda hamil 2 minggu iaitu perut berasa kembung, pedih ulu hati atau mengalami senak yang ringan. Ini boleh disebabkan oleh perubahan hormon.
#8. Perubahan mood
Perubahan hormon pada awal kehamilan juga boleh menjejaskan mood. Sesetengah wanita mungkin berasa lebih emosi atau sensitif daripada biasa.
#9. Keletihan
Keletihan yang berlebihan selalunya merupakan tanda tanda hamil 2 minggu. Badan memerlukan lebih banyak tenaga untuk menyokong pertumbuhan embrio.
#10. Kerap kencing
Perubahan hormon pada awal kehamilan juga boleh menyebabkan peningkatan kekerapan membuang air kecil.
#11. Perubahan dalam selera makan
Sesetengah wanita mungkin mula merasa tertarik kepada makanan tertentu atau hilang selera makan yang disebabkan oleh alahan mengandung.
#12. Perubahan suhu badan
Sesetengah wanita mungkin melihat perubahan dalam suhu badan basal, yang boleh menjadi penunjuk kehamilan. Suhu basal badan biasanya meningkat selepas ovulasi dan kekal tinggi sepanjang kehamilan.
#13. Sakit belakang
Sesetengah wanita mungkin mengalami sakit belakang ringan, walaupun bagi sesetengah kes, ia bukanlah tanda-tanda hamil 2 minggu yang pasti.
#14. Kulit menjadi kusam atau berjerawat
Kulit boleh menjadi lebih kering atau berminyak selama kehamilan, terutama pada perut yang meregang. Penggunaan pelembap khusus kehamilan dapat membantu menjaga kelembapan kulit.
Selain itu sesetengah wanita juga mungkin mengalami perubahan pada kulit wajah seperti jerawat dan peningkatan jumlah blackhead dan whitehead.
Ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil.
#15. Nafsu dalam hubungan seks
Semasa kehamilan, perubahan hormon, termasuk peningkatan dalam estrogen dan progesteron, boleh membawa kepada pelbagai perubahan dalam badan anda.
Bagi sesetengah individu, ini boleh mengakibatkan peningkatan libido, manakala bagi yang lain, ia mungkin menyebabkan penurunan minat terhadap seks.
Apa yang berlaku ketika kandungan 2 minggu
Apabila kandungan 2 minggu, terdapat beberapa perkembangan yang berlaku, walaupun kebanyakan perubahan ini berlaku di dalam badan dan mungkin tidak dapat dilihat dari luar.
Kehamilan dikira dari hari pertama haid terakhir anda, jadi pada 2 minggu kehamilan, anda mungkin baru mengalami ovulasi (pelepasan telur) dan persenyawaan yang menghasilkan embrio.
Berikut adalah beberapa perkara yang berlaku pada kandungan 2 minggu:
- Ovulasi: Biasanya, ovulasi berlaku kira-kira dua minggu selepas hari pertama haid terakhir anda. Pada masa ovulasi, ovari mengeluarkan telur yang sedia untuk disenyawakan.
- Persenyawaan: Jika telur bertemu sperma semasa ovulasi, persenyawaan akan berlaku. Ini adalah masa apabila sel sperma bergabung dengan sel telur, membentuk embrio yang kemudiannya akan berkembang menjadi janin.
- Perjalanan Telur: Selepas persenyawaan, embrio awal, yang masih sangat kecil, mula bergerak melalui tiub fallopio ke arah rahim. Proses ini mengambil masa beberapa hari.
- Implantasi: Kira-kira seminggu selepas persenyawaan (biasanya pada 3-4 minggu kehamilan), embrio mencapai rahim dan melekat pada dinding rahim dalam proses yang dipanggil implantasi. Proses ini boleh menyebabkan pendarahan implantasi yang sangat ringan.
- Perubahan Hormon: Perubahan hormon, terutamanya peningkatan hormon hCG (human chorionic gonadotropin), bermula pada peringkat ini dan akan terus berkembang sepanjang kehamilan. Hormon inilah yang biasanya mengesan kehamilan dalam ujian kehamilan.
Bentuk perut hamil 2 minggu
Pada peringkat awal kehamilan ini, embrio yang baru disenyawakan masih sangat kecil, kira-kira sebesar sebutir pasir. Ini bermakna perut anda tidak akan kelihatan berbeza daripada sebelumnya pada 2 minggu kehamilan.
Bentuk perut hamil biasanya akan mula berubah dan berkembang dengan ketara terutamanya selepas embrio berkembang menjadi janin yang lebih besar.
Secara umumnya, perubahan pada bentuk perut ibu mengandung yang lebih jelas biasanya mula muncul sekitar trimester kedua kehamilan (sekitar 12-16 minggu) sehingga trimester ketiga.
Tanda hamil kembar 2 minggu
Gejala awal kehamilan kembar biasanya tidak berbeza dengan ketara daripada kehamilan tunggal. Beberapa tanda yang mungkin menjadi petunjuk bahawa anda mengandung anak kembar termasuk:
- Tahap hCG yang meningkat: Pada awal kehamilan, sesetengah wanita yang mengandung kembar mungkin mempunyai tahap hCG (human chorionic gonadotropin) yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan untuk kehamilan tunggal. Walau bagaimanapun, ujian kehamilan di rumah mungkin tidak akan dapat mengukur perbezaan ini.
- Mual dan Muntah Lebih Teruk: Sesetengah wanita yang mengandung anak kembar mungkin mengalami alahan mengandung teruk berbanding kehamilan tunggal. Ini mungkin petunjuk, tetapi ramai wanita mengalami loya dan muntah dalam kehamilan tunggal juga.
- Pertambahan Berat Badan yang Cepat: Dalam sesetengah kes, wanita yang mengandung anak kembar mungkin mengalami pertambahan berat badan yang lebih cepat disebabkan kehadiran dua janin yang berkembang di dalam rahim.
- Perubahan payudara: Sesetengah wanita mungkin merasakan bahawa payudara mereka mengalami perubahan yang lebih pantas, seperti bengkak dan sensitiviti yang lebih tinggi.
- Peningkatan Kekerapan Buang Air Kecil: Apabila hormon berubah, sesetengah wanita yang mengandung anak kembar mungkin merasakan keperluan untuk membuang air kecil dengan lebih kerap.
Tanda kehamilan anak lelaki
Mengetahui jenis jantina si manja adalah salah satu detik yang amat dinanti-natikan. Namun tahukah anda sebenarnya ada beberapa tanda kehamilan yang boleh dipercayai bagi mendapatkan anak lelaki. Antaranya ialah:
- Jarang mengalami alahan
- Mengidam ketika hamil iaitu berminat makanan masam atau masin
- Berubah sifat menjadi agresif, berani dan dominan
- Muncul jerawat berlebihan
- Warna air kencing cenderung lebih gelap
- Degupan jantung tetap di bawah 140 denyut per minit
- Kaki mudah berasa sejuk
- Ukuran payudara kanan lebih besar
- Rambut tumbuh dengan cepat
- Posisi perut cenderung turun
Tanda mengandung anak perempuan
- Kerap mengalami alahan
- Kulit berjerawat dan berminyak
- Mengidam makanan manis
- Posisi perut nampak lebih tinggi
- Warna air kencing cenderung kuning kusam
- Degupan jantung di atas 140 denyut per minit
- Perubahan sifat menjadi mudah marah, kemurungan dan sedih
- Ukuran payudara sebelah kiri nampak lebih besar
- Rambut menjadi berkilau
Kesimpulannya, jika anda merasai beberapa tanda awal kehamilan 2 minggu seperti yang dinyatakan di atas, usahlah berlengah untuk membuat ujian kehamilan.
Anda boleh meminta suami mendapatkan pregnant test dan lakukannya di rumah. Sekiranya naik dua garisan merah, ia sudah pasti anda hamil! Jagalah sebaik mungkin kandungan ketika berada dalam trimester pertama ini kerana ia amat penting untuk proses perkembangan janin.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung
Baca juga: Selain Rasa Tidak Sedap Badan, Keluar Keputihan Dari Vagina Juga Tanda Awal Kehamilan
Baca juga: Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!