#TAPTanyaDoktor: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Jangkitan Penyakit HFMD Pada Anak

Tanda HFMD pada anak boleh membuatkan ibu ayah bimbang, lebih-lebih lagi jika ia terkena kali pertama. Ikuti sesi soal dan jawab dengan pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

HFMD merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut yang sering menjangkiti kanak-kanak di bawah usia 5 tahun. Pastinya ibu ayah akan berasa risau apabila menyedari tanda HFMD pada anak, lebih-lebih lagi jika ia merupakan pengalaman kali pertama.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tanda HFMD pada anak, sesi Q&A bersama doktor pakar

Baru-baru ini, kami telah mengadakan sesi soal dan jawab bersama doktor pakar bagi mendapatkan penjelasan mengenai penularan penyakit HFMD.

Tanda HFMD pada anak, sesi Q&A bersama doktor pakar

Sesi Q&A telah diadakan bersama Dr Mohamad Shahbodin bin Sarik, Pakar Kardiologi Kanak-Kanak Pantai Hospital Sungai Petani. Berikut merupakan persoalan ibu bapa dan jawapan diberikan beliau.

#1. Adakah sekali kena HFMD akan mudah dijangkiti lagi buat kali kedua?

Jawapan: Disebabkan kuman virus yang menyerang kanak-kanak yang menyebabkan HFMD ni dia terlampau banyak variasi, terlampau banyak strains dia. Ada melebihi 50 strains.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi yang bahayanya ada dualah. Enterovirus yang menyebabkan ni, yang utamanya ialah coxsackie. Jadi, anak memang berisiko terkena jangkitan kali kedua.

Disebabkan oleh jangkitan daripada group yang lain ataupun daripada strains yang lain. Secara umumnya, jangkitan kedua akan lebih kurang simptom, maksudnya kurang severity.

Seolah-olah kanak-kanak tu lebih bersedia, ada immunity sebahagian jadi dia akan menghalang jangkitan kedua dari lebih teruk.

#2. Siapakah yang cenderung dijangkiti HFMD? Kalau orang dewasa boleh kena ke, doktor?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Ya, orang dewasa yang tak pernah langsung terdedah kepada virus ni memang boleh terkena tanda awal HFMD terutamanya kepada ibu bapa yang mana anak mereka dapat daripada sekolah atau taska/tadika dan bawa balik rumah.

Secara umumnya, kanak-kanak yang preschool, bawah 5 tahun, biasa itu yang paling kerap sekali dapat jangkitan HFMD. Tapi kalau dia lebih muda, komplikasi dehidrasi akan lebih teruk.

Jadi kita perlu berhati-hati untuk kanak-kanak yang lebih kecil, jadi kita kena beri tumpuan sebab kanak-kanak yang besar biasanya mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Dia boleh spare dari segi volume air, masih lagi banyak. Jadi, Insha Allah, they will survive.

#3. Kalau ibu mengandung telah mendapatkan vaksin influenza, adakah risiko terkena penyakit HFMD adalah rendah?

Jawapan: Salah satu objektif vaksinasi adalah untuk mengurangkan kadar kebolehjangkitan kita pada masa depan. Tapi disebabkan oleh varian-varian virus yang begitu banyak, jadi kita bukanlah 100% boleh cure, macam covid.

Kita tak boleh pastikan 100%, kita masih boleh lagi dapat tapi pada kadar yang sangat rendah dan lebih rendah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab tu kalau kita pertimbangkan cost and benefit. Maksudnya kita melabur sikit supaya kita tak terkena jangkitan tu, bila tak kena jangkitan tu kita terselamatlah daripada spend banyak-banyak untuk rawatan.

#4. Kalau dah kena untuk kali kedua, ada ke risiko untuk dijangkiti untuk kali ketiga dan seterusnya?

Jawapan: Benda ni memang tak akan berhenti. Peratusan tu akan menurun banyak. Jangan takut. Majoriti tu setakat kali kedua je. Jaranglah kali ketiga, keempat tapi ada kes yang di report.

Macam saya katakan tadi, the varian group yang lebih besar memang sampai 50-60, yang paling biasa 2 (enterovirus). Tapi tak mustahil group yang lain, dalam keadaan biasa dia taklah begitu effective.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuma dalam keadaan di mana kanak-kanak pada masa-masa tertentu ketahanan badan dia menjadi sedikit lemah. Contoh, bila ada penyakit lain seperti leukimia atau penyakit kronik lain. Dia punya pertahanan badan ada sedikit lemah, pada ketika itu.

Jadi untuk orang lain kalau terdedah kepada strains yang lemah biasa tak dapat penyakit. Tapi kalau dia terdedah kepada strains lemah masih boleh mendapat penyakit. Disebabkan oleh sistem pertahanan badan dia lemah pada ketika itu.

Kalau dia ada mengambil ubat-ubat tertentu yang menyebabkan pertahanan badan sedikit lemah. Contoh, steroid (untuk keradangan buah pinggang, paru-paru). Steroid baik untuk penyakit itu tapi dalam masa yang sama lemahkan sistem pertahanan badan.

#5. Apa beza HFMD dan campak biasa?

Jawapan: Secara umumnya kedua-dua adalah virus. Deman campak ada dua jenis iaitu campak halus (terkena kepada kanak-kanak semasa umur setahun dan ke bawah) dan campak ada blister di bahagian kulit, kaki dan tangan.

Satu, virus berbeza. Kedua, area kuman virus menyerang berbeza. Kebanyakan HFMD di bahagian telapak tangan dan kaki. Manakala demam campak adalah di bahagian kulit.

Dari segi sakit dan deman mungkin agak sama. Tempoh juga lebih kurang sama, biasa antara seminggu hingga 10 hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buat Masa Ini Elakkan Bawa Anak Bawah 12 Tahun Ke Tempat Awam, Elak Jangkitan HFMD

Baca juga: Anak Tak Nak Makan & Susu Sebab Kena HFMD, Ibu Boleh Bagi 10 Jenis Makanan Ini!

Baca juga: Kes HFMD Makin Meningkat, Ibu Ayah Dinasihat Amalkan 8 Perkara Ini Untuk Elak Jangkitan!

Penulis

Ain Yusof