Namun apabila tidak dirawat dengan segera, ia sebenarnya boleh mengancam nyawa!
Inilah yang berlaku kepada 2 wanita yang mengalami tanda keracunan makanan dan maut hanya selepas sehari dibawa ke hospital!
2 Wanita Maut Akibat Keracunan Makanan
Pada bulan April dan Mei lalu, dua wanita mati akibat jangkitan berbahaya selepas makan makanan laut yang tercemar. Tambah mengerikan, makanan tersebut mengandungi virus yang sangat berbahaya untuk manusia!
Menurut China Press, salah seorang mangsa adalah seorang wanita berusia 50-an, dan dia dikejarkan ke hospital setelah kedua-dua kakinya mulai membengkak dan mengalami demam.
Setelah sampel darahnya diambil untuk pemeriksaan, didapati ada sejenis bakteria yang dipanggil Vibrio Vulnificus dikesan dalam sampel.
Hanya dalam beberapa jam, keadaannya berubah dari buruk kepada kritikal. Malangnya, dia meninggal dunia selepas organ-organ utamanya gagal berfungsi dengan normal!
Sementara itu, dalam kes kedua, pesakit didiagnosis dengan bakteria yang pemakan daging yang sama seperti kes yang pertama. Hanya dalam jangka masa 8 jam, kakinya mempunyai infeksi yang teruk, tindak balas yang melampau yang boleh membawa kepada kerosakan tisu dan organ secara cepat.
Jangkitan Bakteria Pemakan Daging Dalam Makanan Laut
Berdasarkan siasatan, salah seorang mangsa mempunyai ahli keluarga yang mengusahakan restoran makanan laut, manakala seorang lagi disahkan baru makan escargot – sejenis siput laut- sebelum kejadian itu terjadi!
Seorang doktor telah mengeluarkan kenyataan bahawa bakteria itu hidup di bahagian laut di mana suhu air adalah sekitar 20 darjah Celsius.
Bakteria ini memasuki tubuh manusia melalui luka kita atau ketika kita menelan makanan laut yang tercemar dan tidak dimasak dengan teliti.
Tambahan lagi, keadaan sedemikian boleh jadi sukar untuk dirawat walaupun di negara yang mempunyai kemudahan perubatan maju malah kadar kematian dilaporkan 30%.
Tanda Keracunan Makanan
Bagi menghindari perkara ini berlaku, anda harus mengenalpasti sebarang perubahan pada tubuh badan anda selepas pengambilan makanan tertentu.
Berikut tanda keracunan makanan yang harus diperhatikan dan perlu mendapat rawatan dengan kadar segera:
- Sakit dan krem perut
- Cirit birit
- Sakit kepala
- Muntah
- Kurang nafsu makan
- Demam
- Menggigil
- Mual
- Sakit otot
Bagaimana Mencegah Keracunan Makanan?
Bagi menghindari keracunan makanan, pastikan anda mengamalkan pola hidup yang sihat dan menjaga keadaan persekitaran khususnya lokasi makan agar dalam keadaan bersih. Beberapa beberapa cara pencegahan yang boleh dilakukan:
- Cuci tangan sebelum makan menggunakan air mengalir.
- Makan makanan yang dimasak sepenuhnya, elakkan makanan yang dimasak separuh.
- Gunakan sabun antibakteria selepas menggunakan tandas.
- Hindari makan buah mentah dari pasar yang belum dicuci bersih.
- Banyakkan minum air
Semoga kita semua terhindar dari keracunan makanan yang membahayakan nyawa.
Ada tak anak yang pernah kena food poisoning?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: worldofbuzz
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-keracunan-makanan