Kalsium amat diperlukan bagi wanita hamil kerana ia menstabilkan tekanan darah dan menguatkan tulang serta gigi.
Ia sekaligus membantu janin agar terus sihat dan membesar dengan sempurna. Namun, apakah tanda kurang kalsium yang harus ibu hamil tahu supaya anda dapat mengelak sebarang kemungkinan yang boleh terjadi?
Bagi mendapatkan kalsium yang mencukupi sepanjang hamil, doktor menyarankan untuk anda ambil sejumlah 1000 miligram kalsium sehari. Ia boleh diamalkan melalui pengambilan susu, makanan tenusu atau suplemen kalsium yang dibenarkan.
Berikut 5 tanda kurang kalsium yang boleh di kenalpasti sepanjangan kehamilan:
5 tanda kurang kalsium pada wanita hamil
#1. Tanda kurang kalsium – Jadi pelupa
Sekiranya ibu hamil kurang kalsium, kemungkinan mereka boleh jadi pelupa sekaligus menyebabkan daya ingatan semakin teruk.
Bagi mencegahnya, pastikan anda mengamal makanan berkalsium tinggi supaya kesihatan anda dan janin sentiasa sihat.
#2. Tanda kurang kalsium – Kram atau kejang otot
Kram juga merupakan salah satu tanda kurang kalsium pada ibu hamil. Ia dapat membuatkan otot-otot mengalami kram atau kejang terutama apabila berlakunya pertambahan berat badan dan ukuran perut semakin membesar.
Anggota tubuh yang sering diserang kram adalah pada bahagian kaki, punggung dan perut. Jadi, apabila mengalami kram berlanjutan, sebaiknya segera ke klinik atau minta suami urut lembut di bahagian kaki anda.
#3. Tanda kurang kalsium – Kesemutan dan kebas
Selain kram otot, tanda kurang kalsium juga adalah apabila anda mengalami kebas pada tangan dan kaki.
Ini kerana kalsium yang terlalu minimum mengakibatkan peredaran darah kurang lancar dalam tubuh sehingga anda terpaksa berhadapan dengan keadaan itu.
#4. Akibat kurang kalsium – Mood tak stabil
Kalsium merupakan salah satu mineral yang memiliki peranan penting bagi kesihatan fizikal dan mental ibu hamil.
Ketika ibu kurang kalsium, neurotransmitter (bahan kimia dalam otak) akan mengirimkan signal dan menimbulkan sakit kepala. Jika berlanjutan dan tidak ditangani, ibu hamil boleh jadi cepat penat.
Kepenatan yang berlebihan itu boleh mempengaruhi mood ibu hamil seperti cepat marah, mudah gelisah dan tekanan.
#5. Akibat kurang kalsium – Halusinasi
Kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan ibu hamil mengalami halusinasi. Namun bagi mendapatkan kepastian, ibu hamil perlu berjumpa doktor bagi memastikan gejala itu disebabkan kekurangan kalsium atau preeklamsia.
Apabila anda alami salah satu gejala seperti yang disebutkan di atas, sebaiknya segera dapatkan konsultasi dengan doktor supaya masalah kurang kalsium anda dapat diatasi.
Doktor akan mengambil ujian sampel darah dan menguji kadar kalsium dalam tubuh ibu sekaligus dapat mengenalpasti penyakit lain seperti komplikasi pankreas, ginjal dan gangguan konsentrasi.
Semoga artikel ini memberi penjelasan jelas kepada anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: parenting.firstcry.com
Sumber: Ibu dan Balita
Baca juga:
Kasihan Kandungan Jika Ibu Hamil Kurang Ambil Kalsium! Ini Sebabnya…