Ini Fakta Tentang Tanda Lahir Di Muka Bayi Yang Ibu Ayah Perlu Tahu. Comel Pula!

Tanda lahir di muka tidak dianggap sebagai kecacatan kerana tidak menganggu fungsi tubuh seseorang. Mungkin hanya penampilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tanda lahir di muka merupakan satu perkara normal walaupun tidak semua bayi dilahirkan dengan tanda lahir. Namun begitu, sesetengah tanda lahir bayi membuatkan ibu bapa cemas. Ini mungkin kerana warna, saiz malah bentuknya yang sedikit lain, ataupun terlalu besar.

Kebiasannya, tanda lahir di muka bayi didefinisikan sebagai tompok rata kemerahan ataupun berwarna merah jambu yang boleh muncul di kelopak mata, leher, mahupun dahi bayi ketika lahir.

Ia sebenarnya merupakan tanda pada kulit jenis vaskular yang normal dan akan berlaku kepada majoriti bayi. Tanda lahir bayi ini kebiasaannya akan mula hilang dalam tempoh masa beberapa bulan.

Sumber gambar: Medical News Today.

Usah risau, ibu ayah! Ada sesetengah tanda lahir bayi ini selamat sepenuhnya. Namun jika anda tidak yakin, boleh bertanya lebih lanjut pada doktor anda.

Apa Maksud Tanda Lahir Di Muka?

Pakar Perunding Dermatologi, Hospital Islam Az-Zahrah, Datin Dr Asmah Johar menjelaskan bahawa tanda lahir didefinisikan sebagai lesi (menyerupai ruam) kongenital iaitu lesi kulit yang ada ketika bayi dilahirkan ataupun timbul pada bulan pertama kelahiran mereka.

Beliau turut menjelaskan bahawa kebiasaannya, ia bukanlah barah dan tidak memberikan risiko merbahaya terhadap kesihatan seseorang itu. Malah, kebanyakan tanda lahir bersifat kekal dan sebahagiannya menjadi pudar serta kurang jelas apabila kanak-kanak itu mulai membesar.

Jelasnya lagi, kebanyakan tanda lahir tidak dianggap sebagai kecacatan kerana ianya langsung tidak menganggu fungsi tubuh seseorang.

Cuma, jika tanda lahir kelihatan serta bersaiz lebih besar, mungkin ia boleh menyebabkan seseorang itu berasa kurang selesa apabila ada individu lain yang mulai merenung pada bahagian tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa Itu Tanda Lahir Bayi?

Tanda lahir bayi adalah kesan atau tanda pada kulit yang selalunya kelihatan sejak lahir, tapi ia juga boleh muncul selepas itu. Ia boleh jadi leper atau timbul dan menurut John Hopkins Medicine, ia sebenarnya terdiri dari sel pigmen atau saluran darah yang tidak normal.

Sebab sebenar terjadinya tanda lahir masih tidak diketahui, tapi kebanyakan tanda lahir tidak berbahaya. Ia boleh muncul di mana saja. Terdapat dua jenis tanda lahir:

  • Tanda lahir berpigmen: Berwarna akibat pigmen berlebihan di kawasan kulit tersebut. Selalunya berwarna gelap seperti tahi lalat.
  • Tanda lahir vaskular: Terjadi disebabkan saluran darah berkumpul di bawah kulit dan memberikan kesan kemerahan atau merah jambu.

Sebelum kita pergi lebih jauh tentang jenis-jenis tanda lahir, anda perlu tahu yang majoriti tanda lahir tidak berbahaya, tapi ada juga yang perlu diperiksa doktor. Contohnya:

  • Terletak di bahagian bawah belakang – ini mungkin menunjukkan isu saraf tunjang.
  • Tanda lahir sangat besar di muka, leher atau kepala.
  • Terletak di bahagian yang boleh menjejaskan pergerakan atau perkembangan. contohnya kelopak mata.
  • Semakin membesar, atau terdapat perubahan yang ketara seperti warna atau tekstur.

Berikut Merupakan 5 Jenis Tanda Lahir:

#1. Salmon Patches/Stork Bites/Angel Kisses.

Dikenali dengan 3 nama ini, ia berwarna merah jambu/ungu dan tidak rata. Selalunya ada di kelopak mata, dahi, bibir atas atau belakang leher.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Salmon patches adalah sangat biasa dan ada pada hampir 70% bayi yang baru lahir dan menurut John Hopkins Medicine, ia terbentuk akibat kapilari kecil yang dekat dengan permukaan kulit.

Ia akan lebih ketara apabila bayi menangis atau terdapat perubahan cuaca. Tanda lahir yang muncul di dahi atau kelopak mata (angel kisses) akan hilang apabila bayi anda mencapai umur 2 tahun.

Walau bagaimanapun, stork bites (belakang leher) mungkin akan kekal hingga dewasa. 

#2. Bintik Café au lait

Tanda lahir yang leper dan berwarna coklat ini sering kali dalam bentuk bujur dan dapat dilihat sejurus selepas dilahirkan. Warnanya boleh semakin pudar atau saiznya semakin kecil apabila si kecil membesar. Bintik Café au lait kadang-kala muncul lebih dari satu.

Menurut Medical News Today, mereka yang mempunyai lebih dari 4 tanda lahir ini mungkin mempunyai neurofibromatosis.

Ia merupakan sejenis penyakit yang diturunkan secara genetik di mana tisu saraf tumbuh nerofibromas yang mungkin tidak bahaya atau sebaliknya dengan menekan tisu saraf dan tisu lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda dapat melihat lebih dari 4 tanda lahir ini pada anak anda, dapatkan nasihat dari doktor dengan segera!

#3. Port Wine Stains (Nevus Flameus)

Ini adalah tanda lahr vaskular yang muncul ketika lahir dengan warna merah jambu cair hingga ungu gelap. Ia selalunya ada di muka, kepala dan leher.

Ia tidak akan hilang apabila bayi semakin membesar. Malah ada yang menjadi semakin gelap dan besar. Ada juga yang leper semasa lahir tapi menjadi semakin timbul.

Selalunya, jika seseorang ingin menghilangkan tanda lahir ini, mereka akan menggunakan sejenis laser khas. Walaupun jarang terjadi, tanda lahir ini mungkin berkait dengan keadaan yang dipanggil sindrom Sturge-Weber yang berkait rapat dengan masalah penglihatan atau pertumbuhan yang lambat.

#4. Bintik Mongolian

Tanda lahir yang berwarna kelabu ini selalunya dijumpai pada bayi Asia atau bayi yang berkulit gelap. Ia selalunya berada di bahagian belakang bayi dan terjadi disebabkan pigmen yang berlebihan. Selalunya ia akan hilang apabila bayi berusia 3 atau 4 tahun. 

#5. Hemangioma

American Academy of Dermatology menjelaskan terdapat 2 jenis hemangioma. Ia adalah:

  • Muncul di permukaan kulit, strawberrry hemangiomsa kerana warna merah terang dan bentuknya.
  • Berada di bawah permukaan kulit, ungu kebiruan yang timbul pada kulit.

Walaupun di awal usia, kedua-dua jenis tanda lahir ini membesar dengan cepat, tetapi ia akan mengecut kemudian. Apabila anak itu berusia 10 tahun, tanda lahir ini akan meleper dan semakin pudar.

Secara amnya, kedua-dua jenis hemangioma tidak perlu dirisaukan. Namun, sekiranya ia terletak di matanya, tekak atau mana-mana yang mengganggu aktiviti kanak-kanak itu, dapatkan nasihat doktor.

Adakah Tanda Lahir Di Muka Berkekalan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Medical News Today.

Tanda lahir pasti akan dimiliki oleh setiap individu. Secara fisiologinya, tanda lahir memang normal dan tidak perlu dibimbangkan. Menurut kajian, 80% bayi baru lahir mempunyai tanda lahir. Kebanyakan tanda lahir tidak berbahaya dan banyak yang pudar sepenuhnya dari masa ke masa.

Walau bagaimanapun, tompokan jenis port-wain adalah kekal dan mungkin berlaku pada muka. Ini boleh dihilangkan dengan menggunakan rawatan seperti terapi laser. Rawatan untuk menghilangkan tanda lahir selalunya paling berkesan apabila dimulakan semasa bayi.

Perlu diingatkan juga bahawa tanda lahir diklasifikasikan sebagai tanda sesuatu penyakit apabila ada lesi baharu tumbuh pada kulit selepas beberapa tahun ataupun ketika dewasa, selain membabitkan organ badan lain.

Tambahan pula, setiap jenis tanda lahir boleh diklasifikasikan mengikut struktur asal ia tumbuh disebabkan oleh tiga punca iaitu:

  1. Pigmen melanosit, contoh tompokan Mongolian, naevus of OTA, Naevus of ITO, Incontinenti pigmenti dan café au lait.
  2. Ketumbuhan melanosit, ia bukan barah terutama tanda lahir jenis ‘congenital melanocytic naevus’.
  3. Perubahan kepada warna kulit dan saluran darah seperti tanda lahir infantile haemangioma, congenital haemangioma, salmon patch dan portwine stain.

Risiko Tanda Lahir Di Muka

Kejadian tanda lahir mungkin diwarisi. Sesetengah tanda lahir mungkin serupa dengan tanda pada ahli keluarga yang lain, tetapi kebanyakannya tidak. Tanda lahir merah disebabkan oleh pembesaran saluran darah. Tanda lahir biru atau coklat disebabkan oleh sel pigmen (melanosit).

Kebiasannya tanda lahir hanya akan menganggu penampilan anda. Tetapi tanda lahir jenis tertentu juga boleh meningkatkan risiko kanser kulit. Jika tanda lahir anda berdarah, sakit, gatal, atau dijangkiti, hubungi doktor dengan kadar segera!

Jangan bimbang, tanda lahir ialah tanda berwarna pada kulit yang akan muncul semasa lahir atau tidak lama selepas itu. Kebanyakannya tidak berbahaya dan akan hilang tanpa rawatan, tetapi sesetengahnya mungkin perlu dirawat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Cara Menyusukan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Barulah Beratnya Boleh Bertambah!

Baca juga: Bau Bayi Wangi Kerana Adanya Lapisan Vernix, Ibu Tidak Perlu Mandikannya Guna Sabun

Baca juga: Perkara Yang Ibu Ayah Perlu Peka Semasa Pemeriksaan Bayi Baru Lahir, Jangan Terlepas Pandang!

Penulis

Aqma