Setiap orang pasti akan mengalami stress atau tekanan dalam peringkat tertentu dalam kehidupan, yang disebabkan oleh pelbagai perkara. Namun tahukah anda, tanda stress pada wanita sebenarnya agak berbeza pada sesetengah perkara dengan lelaki?
Stress sebenarnya terbentuk dari ketegangan fizikal, gangguan emosi, mahupun mental. Bentuk ketegangan ini tentunya boleh mempengaruhi aktiviti seharian individu yang mengalami tekanan, malah menyebabkan kesakitan dan beberapa gangguan mental.
Di dalam artikel ini akan menceritakan tentang:
- 10 Tanda stress pada wanita
- Adakah normal ibu hamil berasa stress
- Cara mengurangkan stress
Stress mempunyai beberapa tanda khas yang boleh diperhatikan pada individu yang mengalaminya. Tanda ini jelas kelihatan khususnya pada wanita yang lebih kerap mengalami perubahan hormon.
“Wanita kerap memiliki beberapa tanda fizikal apabila mengalami stress” kata Nancy Molitor Ph.D, pakar psikitri dari Northwestern University Feinberg School of Medicine.
10 Tanda Stress Pada Wanita
Dalam satu kajian terbaharu, ia menunjukkan stress dan emosi negatif lain ada hubungkait dengan keadaan kesihatan, tingkahlaku dan fizikal yang tidak baik. Berikut merupakan tanda-tanda stress yang boleh anda perhatikan:
#1 Tidak Boleh Menumpukan Perhatian
Salah satu tanda utama stress adalah tidak dapat menumpukan perhatian, malah sukar untuk anda mengingati sesuatu perkara yang sepatutnya mudah diingati. Kajian menunjukkan yang stress berpanjangan boleh menjurus kepada penyakit alzheimer.
#2 Fikiran Kosong
Apabila stress, kelenjar adrenal di dalam tubuh anda akan menghasilkan kortisol. Menurut kajian, hormon ini menjadi penghalang kemampuan anda dalam mengingat sesuatu.
Semasa anda tidur, otak akan memproses ingatan dan menyimpannya dalam bahagian penyimpanan jangka masa panjang. Jika tidur anda tidak mencukupi, hormon kortisol akan meningkat dan mengganggu proses penyimpanan ini.
#3 Perubahan Mood
Pada keadaan stress, anda mungkin akan menangis dan secara tiba-tiba akan ketawa terbahak-bahak. Perubahan mood yang cepat ini tentunya akan membawa imej negatif di kalangan rakan-rakan dan keluarga anda.
Lakukan sesuatu bagi membuatkan jiwa anda dalam keadaan tenang bagi mengelakkan perubahan emosi sebegini terjadi.
#4 Sering Bermimpi Pelik
Apabila tidur tidak mencukupi, anda berisiko mengalami mimpi yang aneh! Kecelaruan dalam pemikiran akibat stress membuatkan maklumat di dalam minda anda juga mempengaruhi gaya mimpi anda.
#5 Rambut Luruh
Rambut luruh merupakan perkara biasa, namun tidak normal sekiranya terlalu banyak rambut yang luruh sehingga mencapat 100 helai sehari. Pengeluaran androgen yang meningkat semasa stress mengakibatkan keadaan ini berlaku.
Amalkan pemakanan seimbang untuk membantu sel menjadi normal semula, sebelum anda menjadi botak!
#6 Jerawat
Sama seperti rambut, kulit juga sensitif terhadap peningkatan produksi androgen. Jika keadaan jerawat berterusan, sebaiknya anda mengunjungi doktor kulit bagi mendapatkan rawatan.
#7 Nafsu Makan Menurun
Jika anda mengalami stress terlalu lama, ini boleh menyebabkan anda hilang selera dan membuatkan berat badan anda turun mendadak. Ini berlaku walaupun anda dihidangkan dengan makanan kegemaran anda.
Ini bukan cara yang baik untuk kehilangan berat badan ya, kerana wajah akan kelihatan pucat dan badan akan kelihatan kurus yang tidak sihat!
#8 Haid Tidak Menentu
Satu lagi tanda stress pada wanita ialah membuatkan haid menjadi menjadi lambat dan tidak menentu. Oleh sebab inilah apabila wanita cuba untuk hamil sebaiknya tidak menjadi stress kerana akan mengganggu proses kesuburan dalam badan.
#9 Ruam
Keadaan stress boleh menyebabkan serangan ke atas sistem kekebalan tubuh di mana sistem imun menjadi lebih rendah dan meningkatkan tahap sesitiviti kulit.
#10 Mata Bergerak-Gerak
Gejala ini biasanya terjadi selama beberapa minit pada sebelah mata, dan stress merupakan sebab umu. Jika berlaku keadaan ini, sebaiknya anda segera menutup mata, tenangkan fikiran dan tarik nafas sedalam mungkin.
Gunakan hujung jari untuk mengurut mata yang berkedip, atau sekiranya ia terlalu kerap berlaku silalah berjumpa dengan doktor.
Adakah ia normal bagi ibu hamil sentiasa rasa stress?
Wanita stress ketika hamil
Stress ini boleh terjadi kepada sesiapa saja dan ibu mengandung tidak terkecuali. Dengan perubahan hormon menjadikan emosi ibu mengandung lagi tidak menentu jadi stress adalah biasa dialami ibu mengandung.
Namun tidak bermakna anda patut biarkan saja, perlu diingat stress pada ibu hamil boleh kena tempiasnya pada bayi dalam kandunga. Sentiasa atasinya dengan membuat senaman ringan, berjumpa dengan rakan-rakan dan menceritakan tentang perjalanan kehamilan anda.
Sesungguhnya perjalanan kehamilan setiap wanita berbeza-beza, walau bagaimanapun terdapat juga banyak persamaan dari segi perubahan fizikal dan hormon. Jadi memang bagus untuk anda mendapatkan nasihat ibu-ibu hamil yang lain.
Cara mengatasi stress
Makan makanan yang sihat
Makanan yang sihat atau pemakanan seimbang mampu menjadikan badan anda berasa lebih bertenaga dan sihat. Jadi anda akan kurang stress mengenai sakit-sakit yang biasa berlaku jika pemakanan anda tidak dijaga. Contohnya seperti masalah penghadaman, sakit perut, sakit kepala dan sebagainya.
Senaman
Apa pun senaman tidak kira berjalan, berjogging, berbasikal atau pun senaman-senaman lain baik yang ringan atau berat, ia mampu memberi efek kepada badan dan gaya hidup anda. Jadi sentiasa amalkan setiap hari bagi kehidupan lebih terurus dan bebas stress.
Kurangkan benda yang mampu mengakibatkan stress
Setiap hari pasti ada tugasan yang anda perlu selesaikan baik urusan kerja mahupun keluarga. Namun anda mampu tanganinya dengan mengatur jadual harian anda. Pastikan anda lakukan apa yang penting sahaja, elakkan melakukan benda remeh temeh hanya untuk memuaskan hati sesetengah pihak! Anda mempunyai pilihan!
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca jugalah artikel 10 ways to manage your stress for peace of mind untuk membantu isterimu mengatasi masalah stress bersama-sama.
Baca juga: Kajian: Wanita 2 KALI GANDA Lebih Stress Dengan Suami Berbanding Anak