Tanda-tanda depression pada golongan lelaki bernama suami ini sememangnya sukar untuk dikenalpasti. Ini kerana, mereka sering menyimpan perasaan dan tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa sedang menghadapi masalah.
Segelintir lelaki/suami/ayah juga tidak ingin menunjukkan bahawa mereka berada di dalam kesusahan kerana merasakan perlu memberikan yang terbaik sebagai ketua keluarga.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tanda-tanda depression boleh buat lelaki hilang pertimbangan secara tiba-tiba
- Berbanding dengan wanita, kaum lelaki tidak pandai meluahkan perasaan
- Tanda-tanda depression pada lelaki.
- Cara-cara untuk bantu golongan ini.
Tanda-tanda depression boleh buat lelaki hilang pertimbangan secara tiba-tiba
Beberapa hari lalu, seluruh negara berduka dengan kejadian tragis seorang suami mengelar leher isteri dan anaknya di kediaman mereka di Johor Bahru.
Laporan mengatakan bahawa tekanan dan desakan hidup dipercayai telah mendorong lelaki berkenaan untuk bertindak di luar kewarasan apabila sanggup berbuat sedemikian.
Bapa mentua juga mengatakan bahawa (suspek) menantunya itu seorang yang baik, tidak panas baran atau bergaduh dengan isterinya.
Suspek juga telah bertindak untuk meninggalkan lokasi kejadian dan menaiki motor dalam keadaan berbogel.
Tambahnya lagi, tindakan kejam itu mungkin berpunca dari masalah di tempat kerja kerana difahamkan menantunya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap sejak kebelakangan ini.
Hasil ujian air kencingnya pula mendapati dia negatif dadah.
Berbanding dengan wanita, kaum lelaki tidak pandai meluahkan perasaan
Secara purata, satu daripada 8 lelaki akan mengalami depresi dan satu daripada 5 lelaki akan mengalami anxiety pada beberapa peringkat dalam kehidupan mereka.
Lelaki sememangnya kurang berkemungkinan untuk mengalami depression dan anxiety berbanding wanita. Golongan ini juga dilihat kurang mengulas tentang keadaan kesihatan mental ini. Ia bagaimanapun boleh meningkatkan risiko depression atau anxiety tanpa disedari, jika tidak dirawat.
Depression yang tidak dirawat akan menyebabkan faktor risiko tinggi untuk membunuh diri.
Di Australia, terdapat sekitar 3,000 kes bunuh diri setiap tahun. Kira-kira 75% individu yang telah mengambil nyawa mereka adalah golongan lelaki – dengan purata hampir 7 lelaki membunuh diri setiap hari.
Tanda tanda anxiety pada lelaki
Anxiety adalah lebih daripada perasaan gelisah dan berpeluh di tapak tangan. Seseorang itu mengalami perasaan kurang senang yang berterusan diikuti dengan ketakutan sehingga mengganggu keupayaan untuk bekerja, mengekalkan hubungan dan sukar mendapatkan tidur malam yang nyenyak.
Tanda-tanda fizikal anxiety mungkin termasuk:
- Berdebar-debar atau jantung berdegup dengan laju.
- Berpeluh berlebihan.
- Ketegangan otot.
- Kegelisahan atau pergolakan.
- Pening dan vertigo.
- Sesak nafas atau rasa tercekik.
- Insomnia.
- Panic attack.
Cara-cara untuk membantu suami atau ahli keluarga yang mengalami tekanan atau depression (kemurungan)
Kita semua mengetahui bahawa golongan ini memerlukan sokongan yang padu untuk meneruskan kehidupan secara normal.
Oleh itu, berikut merupakan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh orang-orang di sekeliling:
- Beritahu mereka jika anda perasan perubahan dalam tingkah laku.
- Luangkan masa bercakap tentang pengalaman dan beritahu mereka bahawa kehadiran anda adalah untuk mendengar tanpa menghakimi.
- Membantu mereka mendapatkan maklumat daripada laman web, perpustakaan atau pusat kesihatan masyarakat.
- Cadangkan mereka pergi ke doktor atau profesional kesihatan, dan bantu mereka membuat temu janji.
- Tawarkan untuk pergi bersama mereka ke janji temu mereka dan buat susulan dengan mereka selepas itu.
- Menggalakkan mereka mendapat tidur yang cukup, bersenam dan makan dengan baik.
- Galakkan keluarga dan rakan untuk menjemput mereka keluar dan terus berhubung, tetapi jangan paksa mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti.
- Hubungi doktor atau hospital jika mereka menjadi ancaman kepada diri sendiri atau orang lain.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 8 Simptom Kemurungan Selepas Bersalin Yang Tidak Dijangka, Take Note Supaya Ia Tak Melarat!
Baca juga: Mimpi Suami Kahwin Lain Boleh Buat Isteri Murung & Sedih, Ini 5 Makna Sebaliknya!
Baca juga: Apa Itu Murung Dalam Senyum? Tanda-Tanda Kemurungan Orang Sering Abaikan