Tanda-tanda mengandung minggu pertama dah ada, tapi bakal ibu blur nak beli apa dan apa persediaan yang patut dibuat. Terutama bahgi wanita yang baru pertama kali disahkan mengandung.
Apa yang penting, anda relaks dulu, jangan tergopoh gapah. Beritahu suami terlebih dulu supaya masing-masing alert dengan keperluan masing-masing.
Bagi mereka yang pertama kali disahkan mengandung, debaran dan rasa terujanya mungkin sedikit berbeza dengan mereka yang sudah pernah melalui pengalaman mengandung. Tetapi ramai yang kata, setiap kehamilan itu memang tidak akan sama. Pengalamannya berbeza-beza.
Tanda-tanda mengandung minggu pertama dan ada, apa patut anda sediakan?
Sudah pasti anda banyak membaca perkongsian di mana-mana. Paling kerapa sudah pasti secara online di media sosial dan sebagainya. Lebih elok jika anda bersedia serba sedikit kerana ada kemungkinan anda tak larat bangun nanti.
Kenapa tak larat bangun? Ada orang bila dia tak tahu sedang hamil, elok saja tiada pening-pening pun. Tetapi sebaik tahu diri hamil, tiba-tiba morning sickness nak datanglah dan sebagainya.
Jadi ada baiknya anda bersedia awal dan memudahkan semua pihak dan juga perjalanan kehamilan anda. Kami kongsikan kali ini apa agaknya yang ada perlukan sekiranya sudah ada tanda-tanda mengandung minggu pertama.
#1. Pelembap kulit
Pelikkan? Apa kaitan pelembap kulit dengan kehamilan anda? Apabila mengandung, secara automatik fisiologi tubuh seseorang wanita akan berubah.
Ada yang kulit tiba-tiba menjadi terlalu kering seperti anda dehidrasi sedangkan anda rasa cukup saja anda minum seharian. Ada lebih teruk kulit mereka akan menjadi gatal-gatal dan berkuping.
Jadi pelembap kulit ini eloklah anda amalkan sejak sebelum mengandung pun, supaya kulit anda sudah terbiasa dengan kelembapan dan tidak terlalu terkejut dengan perubahan hormon ketika proses kehamilan nanti.
Seiring dengan keadaan perut yang akan makin membesar, perubahan pada kulit memang tidak dapat dielakkan. Kulit mulai kering dan mudah gatal serta munculnya stretch mark.
Pastikan anda memilih pelembap daripada bahan semulajadi yang bebas kandungan retinoid, retinol, hydroquinon, benzoyl peroxide, dan salicylic acid.
#2. Coli ibu hamil
Ketika hamil, payudara anda akan sentiasa terasa penuh. Ia rasa seperti seperti anda datang bulan. Semakin bertambah usia kehamilan, payudara ibu akan terasa berat dan tegang malah ia akan membesar sekurang-kurangnya satu cup lebih besar sebagai persediaan untuk menyusu.
Perubahan ini akan terasa seawal trimester pertama lagi. Untuk itu, disarakan ibu menyediakan bra lebih dengan saiz satu ukuran lebih besar dan tidak mempunyai sebarang besi penyokong dan mudah disesuaikan dengan payudara yang semakin membesar.
#3. Vitamin pranatal
Vitamin dan mineral seperti asid folik, zat besi dan kalsium selama kehamilan amat diperlukan. Malah ia diperlukan lebih-lebih lagi ibu tidak dapat mengambil makanan seimbang kerana mengalami morning sickness yang akan membuatkan ibu muntah-muntah.
Pastikan anda ambil vitamin pranatal yang disarankan doktor selain vitamin tambahan lain yang anda perlukan seperti pil kalsium bagi mereka yang memang tidak minum susu.
#4. Bantal ibu hamil
Ada yang berbentu U dan ada yang berbentuk C. Bantal ini dikatakan amat membantu ibu hamil untuk mendapatan tidur yang lebih lena dan berkualiti kerana ia menyokong bentuk badan ibu hamil.
Ada ibu hamil yang tidak dapat tidur nyenyak kerana posisi tidur yang tidak selesa, jadi cuba dapatkan bantal ini untuk membuatkan anda lebih selesa.
Ini akan memudahkan untuk anda tidur mengiring dan mengelakkan tidur terlentang yang boleh membahayakan nyawa anda.
#5. Ubat lancarkan pencernaan, hilangkan mual
Kehamilan kadang kala akan membuatkan anda sembelit. Jadi ada baiknya sediakan ubat atau suplement yang boleh melancarkan sistem pencernaan.
Apa yang penting pastikan anda minum banyak air dan mengekalkan kadar air dalam badan supaya anda tidak mudah dehidrasi. Keadaan anda yang mungkin mengalami morning sickness akan membuatkan anda mudah ternyahhidrat.
#6. Tali pinggang kehamilan
Memang ramai yang mengatakan menggunakan tali pinggan kehamilan membantu mereka lebih selesa dalam menjalanai kehidupan seharian ketika hamil.
Sifatnya yang lentur namun ketat akan menjaga perut pada posisi baik dan dapat menampung pada punggung. Ia sesuai digunakan untuk perut yang sudah membesar iaitu pada trimester kedua atau ketiga kerana perutdan badan ibu menjadi semakin berat ketika ini.
#7. Buku merah
Jangan lupa buat buku merah anda ya! Ia ibarat kad pengenalan anda yang penting untuk dibawa kemana-mana sehinggalah anda selesai bersalin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: berita harian
Kredit gambar: momsandbaby
Baca juga: Bersama Selepas Bersalin Czer, Adakah Menyakitkan? Ini Jawapannya