Saat doktor mengesahkan seorang wanita berjaya hamil maka beberapa perubahan akan terjadi kepada tubuh. Payudara sensitif, rasa mual, kerap kencing, mood berubah-ubah dan tangan kebas ketika hamil antara perubahan yang dikenal pasti.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Tangan kebas ketika hamil disebabkan himpitan saraf median
- Simptom kebas tangan dialami ibu hamil
- Perkara yang perlu dielakkan ibu hamil ketika rasa kebas
Perubahan ini biasanya berlaku pada awal trimester kehamilan. Namun ada kalanya ibu hamil berasa resah dan gelisah ketika pertama kali melalui perubahan ini. Terutamanya apabila tangan menjadi kebas pada trimester kedua dan ketiga.
Tangan kebas saat hamil disebabkan himpitan saraf median
Menurut doktor pakar sakit puan, Dr Muhammad Izzat dalam pautan twitternya memberitahu bahawa penyebab tangan kebas pada ibu hamil akibat dari perubahan fisiologi disebabkan tekanan berlebihan.
Ia terjadi akibat saraf median pada ruang terowong pergelangan tangan dihimpit. Ia berlaku pada sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan. Masalah ini dinamakan sebagai carpal tunnel syndrome.
Antara masalah dialami ibu hamil adalah:
#1. Ibu hamil susah ingin tidur disebabkan kebas pada tangan terutamanya jari dan pergelangan tangan. Pada waktu malam ia menyerang lebih teruk.
#2. Ibu hamil mengalami kesukaran membuat kerja-kerja kecil seperti butangkan baju atau kancingkan rantai. Mereka berasa susah mahu mengenggam barang.
Beliau menyatakan bahawa 1 dalam 4 ibu hamil, sekurang-kurangnya 25% mengalami masalah ini. Ibu hamil juga terpaksa bertahan dengan masalah ini sehingga 12 minggu selepas bersalin, namun ada juga ibu yang hilang rasa kebas lepas bersalin.
Simptom kebas tangan dialami ibu hamil
Menurut Dr Salini Suhaila Nasir (Perunding Fertiliti dan Sakit Puan), antara simptom kebas tangan ibu hamil adalah tangan terasa sakit, mencucuk-cucuk atau seperti semut-semut.
Beliau menjelaskan bahawa ia mendatangkan rasa panas pada ibu jari, jari hantu, jari telunjuk dan separuh jari manis. Kadang kala rasa sakit itu menyerang pada bahagian tangan atau lengan bawah.
Perkara yang perlu dielakkan ibu hamil ketika rasa kebas
Beliau meminta agar ibu hamil elakkan beberapa perkara ini:
#1. Jangan tidur dengan gunakan tangan sebagai alas
#2. Gerak-gerakkan tangan untuk hilangkan kesakitan atau kebas
#3. Regangkan tangan dan jari sepanjang hari dengan kerap (namun ibu hamil perlu berhati-hati kerana ada ia juga boleh sebabkan kebas makin teruk)
#4. Kurangkan tugasan yang gunakan tangan berulang kali seperti menaip, memandu
Ibu hamil yang mendapatkan rawatan doktor dicadangkan untuk pakai anduh pada pergelangan tangan ketika malam dan juga siang.
Pembedahan kecil ligamen untuk hilangkan tekanan saraf
Ibu hamil yang masih mengalami sakit ini walau sesudah bersalin kemungkinan perlukan pembedahan kecil. Pembedahan ini untuk hilangkan tekanan saraf pada lengan hingga ke tapak tangan.
Pembedahan dilakukan dengan hirisan kecil pada tapak tangan, ini kerana doktor perlu memotong ligamen. Ligamen inilah yang menekan saraf sehingga kebas. Potongan ini akan hilangkan tekanan dan benarkan saraf median berfungsi dengan baik.
Kedua-dua doktor ini juga menasihatkan supaya ibu hamil merujuk doktor jika rasa kebas masih berterusan terutamanya jika ia menganggu tidur atau rutin seharian. Sebaiknya jangan ambil ubat tahan sakit tanpa rujukan doktor terlebih dahulu.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Melasma Pada Ibu Hamil, Adakah Benar Ia Berbahaya & Petanda Kanser?
Baca juga: Bintik Putih Pada Ikan Boleh Membawa Kesakitan Pada Ibu Hamil, Jaga-Jaga Bila Nak Makan!
Baca juga: Awas Ibu Hamil, Ini 3 Jenis Keputihan Semasa Hamil Yang Tidak Normal Dan BERBAHAYA Untuk Janin!