Cara Merawat Tangan Luka Kena Pisau Supaya Cepat Sembuh, Ikuti 5 Tips Penting Ini!

Tangan luka kena pisau adalah kejadian yang biasa berlaku ketika anda berada di dapur ataupun melakukan sebarang tugasan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika berada di dapur ataupun melakukan sebarang pekerjaan, kesilapan sedikit boleh mendatangkan kejadian yang tidak diingini. Antaranya termasuklah tangan luka kena pisau atau luka tangan.

Meskipun ia menjadi suatu perkara yang biasa, rawatan untuk tangan luka kena pisau ini tidak boleh diambil mudah.

Tangan luka kena pisau

Hal ini kerana bahan makanan serta permukaan pisau memiliki banyak bakteria dan kuman yang boleh menyerang bahagian luka terbuka. Keadaan ini sekaligus boleh menyebabkan tangan luka menjadi semakin teruk sehingga meragut nyawa.

Apabila berdepan dengan tangan luka, sesetengah orang akan panik dan ada juga tidak begitu tahu akan pertolongan cemas bagi merawat luka tangan serta menghentikan darah dengan segera.

Berikut beberapa panduan dan tips penting sekiranya anda mengalami tangan luka kena pisau:

#1. Periksa tahap luka

Sebelum merawat tangan luka terkena pisau, anda perlu periksa terlebih dahulu sama ada ia ringan ataupun teruk.

Jika luka melebihi satu sentimeter dan anda boleh melihat tisu di bawah kulit, tangan anda mungkin memerlukan jahitan.

Manakala sekiranya luka terlalu dalam, pendarahan terlalu banyak dan tidak berhenti, segeralah ke klinik atau hospital berhampiran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Rawatan luka yang betul

Walau bagaimanapun, jika luka cenderung ringan hingga sederhana, lakukan penjagaan luka berikut :

  • Kekal bertenang apabila melihat darah keluar. Hal ini kerana sesetengah orang boleh pengsan kerana sakit atau melihat darah. 
  • Basuh luka dengan sabun dan air. Terdapat banyak produk pembasmi kuman, tetapi tidak ada yang lebih baik daripada sabun biasa dan air suam. Pastikan cuci luka semasa ia masih berdarah. Tidak membersihkan luka sebenarnya boleh mencetuskan kudis dan pendarahan berulang.
  • Tolak darah keluar dari luka selama beberapa minit. Apabila darah tidak mengalir keluar, anda perlu memerah sedikit kawasan luka untuk mengeluarkan darah. Ini penting, kerana darah yang keluar membantu membuang bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan. Picit kawasan luka di bawah air yang mengalir.
  • Tekan luka. Letakkan pembalut kain kasa, tuala, atau bahan kain serupa di atas luka dan tekan sehingga pendarahan berhenti. Jika orang yang dipotong berasa lemah atau pening, segera bawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan perubatan.
  • Sekarang, selepas pendarahan berhenti dan luka bersih, anda boleh menutupnya dengan pembalut pelekat.
  • Selepas meletakkan pad di atasnya, letakkan sarung tangan lateks atau sarung tangan plastik pada tangan itu jika anda masih perlu menyediakan makanan.
  • Selepas menyelesaikan kerja dapur anda, anda boleh menggunakan salap atau krim antibiotik.

Cara menghentikan pendarahan dengan segera

  1. Air batu – ia mampu mengecutkan salur darah dan membekukan darah dengan lebih pantas.
  2. Uncang teh – asid tanin yang terkandung di dalam uncang teh boleh membantu darah membeku dengan cepat.
  3. Cecair kumur mulut – alkohol yang terkandung di dalamnya boleh bertindak mengecutkan tisu.
  4. Jeli petroleum – ia boleh membantu mengelak luka daripada membentuk parut yang dalam serta gatal.
  5. Antiperspirant – aluminium klorida yang terkandung boleh membantu mengecutkan salur darah dan menghentikan pendarahan.

Pun begitu, tidak semua bahan di atas ini mempunyai sebarang bukti saintifik untuk membuktikan keberkesanannya dalam menghentikan pendarahan.

Cara tradisional merawat luka

1. Lidah buaya

Apa yang paling penting, daun lidah buaya juga boleh dijadikan ubat tatkala kecemasan seperti luka kecil terkena hirisan pisau atau minyak panas.

Caranya, belah lidah buaya lalu ambil isinya dan bersihkan hingga getah berlendirnya hilang. Kemudian sapukan lidah buaya ke bahagian luka dan gunakan secara teratur hingga luka kering dan parut beransur hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Madu

Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka terkena pisau. Sapukan pada bahagian sama ada jari atau tangan yang terdapat luka. Kemudian biarkan selama 12 jam hingga madu betul-betul kering dan terasa meresap di kulit.

Selepas itu, bahagian yang disapu madu tadi dibersihkan dengan air yang mengalir. Teruskan menggunakannya walau luka sudah kering kerana ia berupaya memudarkan bekas luka itu.

3. Serbuk kopi

Serbuk kopi yang dicampur dengan air biasa dan dikacau menjadi pes boleh disapu ke atas luka. Biarkan hingga kopi mengering, kemudian bilas dengan air bersih.

Anda juga boleh menabur serbuk kopi tanpa dicampur air. Serbuk kopi dipercayai dapat menghentikan pendarahan kecil akibat terhiris pisau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Bawang putih

Bawang putih mengandungi bahan antioksida yang berperanan menyembuhkan luka kecil akibat terkena pisau.

Untuk mendapatkan manfaat antioksidanya, bawang putih harus terlebih dahulu dicincang halus atau ditumbuk. Boleh juga membelah bawang putih kepada dua bahagian, lalu disapukan pada bahagian yang luka tadi.

5. Teh hijau

Teh hijau biasanya dikaitkan sebagai bahan yang dapat membantu menurunkan berat badan, namun teh hijau juga dapat dimanfaatkan untuk menyembuhkan dan menghilangkan bekas luka.

Cara menggunakannya, ambil kapas dan kemudian celup ke dalam teh hijau yang sudah diparut terlebih dahulu. Sapukan luka dengan kapas itu rata-rata sambal ditekan perlahan.

Perkara penting ketika merawat luka tangan terbuka

  • Sebelum sentuh luka tersebut, pastikan basuh tangan dan jari terlebih dahulu untuk mengelakkan jangkitan.
  • Cuba hentikan pendarahan secepat mungkin kerana luka kecil biasanya tidak memakan masa lama untuk darah daripada berhenti mengalir dengan bahan di atas tadi.
  • Selepas pendarahan terhenti, bilaskan kawasan tersebut dengan air.
  • Jika ada kotoran yang melekat, cucinya dengan bersih
  • Sapukan antibiotik kerana ia mampu membantu melembapkan kawasan luka serta mengatasi parut

Jika anda mengalami pening dan lemah selepas kecederaan, dapatkan rawatan perubatan segera kerana ini boleh menjadi tanda renjatan septik.

Renjatan septik ialah keadaan yang mengancam nyawa yang juga boleh disebabkan oleh jangkitan tempatan yang biasa.

Tanda tangan luka telah dijangkiti

Keadaan tangan luka ini mesti dirawat secara perubatan dengan segera untuk mengelakkan keadaan yang lebih serius. Ada beberapa tanda luka telah mengalami infeksi iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Rasa sakit atau berdenyut

Rasa sakit selepas luka adalah normal. Ia akan hilang secara beransur-ansur.

Ubat tahan sakit juga boleh membantu tetapi anda sepatutnya sudah boleh menahan sakit tanpa ubat untuk beberapa seketika.

#2. Keluar cecair seperti nanah

Sedikit cecair cerah atau sedikit kekuningan keluar dari luka selepas pembedahan adalah biasa. Tetapi jika cecair tersebut berwarna hijau atau berbau busuk, ia mungkin bukan lagi perkara yang biasa.

Ia perlu dibersihkan dengan antiseptik dan jahitannya mungkin perlu dibuka semula.

#3. Bengkak kemerahan

Merah dan bengkak pada luka adalah biasa tetapi ia akan hilang selepas beberapa ketika. Ia adalah sebahagian daripada tindak balas badan terhadap luka.

Jika merah dan bengkak tersebut kekal, ia mungkin petanda kepada jangkitan luka. Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  4 mitos yang ibu bapa selalu sangat percaya apabila merawat luka anak

Baca juga: Lebih Mudah Jaga & Luka Cepat Kering, Tasha Manshahar Kongsi Khatan Anak Ketika Bayi

Baca juga: ”Maryam Luka-Luka & Lebam”, Ibu Kecewa CCTV Taska Dedah Rupanya Anak Diserang Di Bilik Isolasi