Kebanyakan ibu ayah yang bekerja terpaksa memilih meninggalkan anak di taska dari pagi hingga ke petang. Namun siapa sangka pasangan ini diuji anaknya diserang kanak-kanak lain hingga ada banyak kesan lebam dan luka-luka.
Menurut perkongsian El Ameerah, kejadian itu berlaku awal tahun ini dan pada hari ketiga anaknya dihantar ke taska baharu.
Maryam cedera dan ada kesan lebam diserang budak taska
After 3 bulan kumpul kekuatan dan after dah cuba macam-macam cara, saya rasa dah tiba masanya untuk saya disclose di sini apa yang terjadi kepada Maryam.
Semoga menjadi pengajaran bagi semua pihak dan semoga Maryam mendapat pembelaan sewajarnya.
Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. On the first day, Maryam was really happy. Dia jalan sendiri masuk ke pintu entrance. She looked so excited sampai lupa nak lambai ummi dan abah.
Petang tu, abah ambil Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu.
Ummi mula rasa tak sedap hati. Sebab di taska lama, Maryam usually happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis or look stress.
I think ramai followers and friends pun pernah tengok gelagat Maryam di story ummi terutamanya bila sampai taska dan sewaktu nak balik. Di taska lama, Maryam memang rapat dengan teacher and mudah nak hand over pagi-pagi.
Menangis selepas hari pertama
Jadi di taska baru ni, bila Maryam cranky balik first day tu, ummi mula-mula cuba nak bersangka baik. Mungkin Maryam perlukan masa untuk biasakan diri tempat baru atau mungkin terlalu penat berjalan & bermain.
Tambah pula, taska baru ni besar dan fasilitinya memang nampak lebih baik dari taska sebelum ni. Siap ada mini gym, indoor playground etc.
Pada hari kedua, ummi tak bagi abah ambil Maryam. Ummi decide nak pickup Maryam from kindy and nak buat pemerhatian sendiri. Ummi berdiri kat entrance with my phone untuk record Maryam’s reaction. Memang obvious Maryam nampak upset.
Ummi hantar video tu kepada nenek. Nenek replied “Muka Yam tak ceria”. Nenek cakap “maybe Yam ngantuk school pagi sampai petang”.
Nenek nak sedapkan hati ummi. Takmau ummi fikir buruk-buruk.
Sampai rumah, abah tengok ada kesan lebam kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign.
Hari ketiga anak kena serang dengan kanak-kanak lain
Hari ketiga, ummi drop off Maryam macam biasa and notify teacher pasal kesan kat pergelangan tangan.
Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsapp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”.
Ya Allah. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah.
Terbayang keadaan Maryam yang tengah kesakitan. Ummi diam je dalam kereta sebab dalam kepala macam-macam benda fikir.
Sampai sahaja di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terkejut bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri je ada luka and lebam.
Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan lebam. Belakang tapak tangan ada kesan. Tengan kanan ada kesan gigitan.
Selain kesan lebam, ada kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu. Abah ambik Maryam and bawa ke kereta. Ummi masa tu tak tahu nak fikir apa dah. Rasa macam gelap sekejap dunia.
Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian and apa sebenarnya yang jadi.
Masuk dan lihat sendiri keadaan taska di bahagian dalam
Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi expect teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun). Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain.
Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang.
Masa teacher bukak pintu, ummi nampak ada empat lagi budak-budak dalam bilik tu. Terkejut sangat ummi tengok keadaan bilik tu.
Bilik kecil yang KOSONG TAK ADA APA-APA. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids?
Sedangkan ummi dah bagi blanket etc. Masa visit tahun lepas, teacher siap cakap ada cot lah apa lah bagai. And classroom toddler sepatutnya bukan bilik kecik tu!
Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat sebab taska tu berhawa dingin. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring and duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati.
Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai. Kalau lah budak-budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya Allah. Tak terbayang.
Ada bilik isolasi untuk elak ganggu bayi lain
Ummi terkejut sangat kenapa budak-budak ini diletakkan dalam bilik kosong?!!
Ummi tanya teacher, ni bilik apa? Untuk apa bilik ni? Kenapa letak Maryam dengan budak-budak tu dalam bilik ni? Dah berapa jam budak-budak ni kena duduk dalam bilik ni?
Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya Allah masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu. Teacher pun dah check temperature and other common SOP.
Teacher simply jawab yang toddler (budak 1-2 tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur because area baby bersebelahan dengan area toddler.
Ummi rasa nak meletup dah waktu tu. Kenapa teacher bagi keutamaan kepada baby sampai tergamak asingkan budak-budak toddler dalam bilik isolasi??
Sedangkan kelas lain-lain. Teacher yang incharge pun lain-lain. Ada teacher yang memang urus baby. Ada teacher yang memang urus toddler. Masing-masing boleh kawal and jaga kelas masing-masing.
Kenapa tiba-tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, ITU TASKA. Where on earth ada taska senyapppppp macam perpustakaan?!!Terutamanya pada waktu petang where all kids are getting excited too go home!
Baby tak salah. Toddler pun tak salah. Masing-masing perlukan perhatian. Tapi kenapa ada diskriminasi??
Bilik kosong tanpa alas dan bantal
Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap sahaja sementara tunggu ibu ayah sampai waktu petang. SEKEJAP JE KATA TEACHER. Bila ummi tengok cctv, rupa-rupanya Maryam and 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu SEJAK PAGI. Astaghfirullah. Remuk hati ummi.
Dalam cctv tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal! Ya Allah. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher whyyy?? Kenapa tergamak??
Based on siasatan polis, teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali! Dan tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak-budak dalam bilik tu. And ada 1 time tu teacher tinggalkan toddler with handphone yang diletakkan atas air purifier.
Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik tu, ada budak lain gigit and cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena attack 3-4 kali.
Tak lama lepas tu, teacher SEKALI LAGI KELUAR DARI BILIK ISOLASI DAN TINGGALKAN BUDAK-BUDAK TANPA PENGAWASAN! So what do you expect? HABIS MARYAM KENA ATTACK LAGI DENGAN BUDAK TADI!! This time sampai 6 kali serangan gigit and cubit sampai lebam!
Maryam terbaring lemah, penat menjerit dan menangis
Dalam cctv, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Maybe Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni!!!??? Pergi ambik minyak rambut?!!!
AND WHY TINGGALKAN BUDAK BANYAK-BANYAK KALI!!!!
Sampai sekarang ummi dan abah masih tertanya-tanya berapa kali sebenarnya teacher tinggalkan budak-budak. Dan berapa lama tempoh setiap kali teacher tinggalkan. TANPA PENGAWASAN. Sampai Maryam cedera dan lebam macam tu sekali.
Dan paling kecewa sekali, rakaman cctv antara 11am-3.45pm tak diserahkan pada ummi dan abah. Apa yang berlaku dalam tempoh hampir 4 jam ini, apa yang Maryam lalui, kat mana Maryam tido, macam mana Maryam makan, macam mana layanan teacher, hanya Allah je yang tahu.
Malam tu Maryam menangis-nangis. Maybe sakit. Maybe trauma. Pipi Maryam merah tak surut-surut.
Entah. Ummi dan abah masa tu rasa bersalah. Rasa marah. Rasa kecewa. Semua ada.
Atok nenek, grandpa grandma semua sedih tengok keadaan Maryam penuh luka dan lebam. Nenek terus datang malam tu nak tengok Maryam. Grandma sampai tak lalu makan. Semua orang stress dan sedih.
Hidung tiba-tiba berdarah lepas buat laporan polis
Tiba-tiba malam tu, bila dah selesai buat report di balai polis, sampai je kat rumah, hidung Maryam berdarah. Ummi dan abah cepat-cepat bawa Maryam ke hospital. Buat x-ray skull and nasal bone. The next day tu, Maryam was referred to ENT untuk further investigation.
And Maryam was referred to child psychiatry because Maryam jadi susah nak tidur, senang terjaga malam, menangis high pitch and ada beberapa kali cuba nak gigit abang-abang dia.
Dan sehingga May nanti masih ada follow-up dengan pakar. Kesian sangat kat anak ummi. Dalam sehari je berlaku semua ni.
Taska gah dan menang banyak anugerah
Taska yang kononnya gah, menang anugerah itu ini, pengalaman berpuluh tahun. Iklan bukan main hebat lagi. Tunjuk yang cantik-cantik. Cawangan pun belambak-lambak.
Bulan Okt tahun lepas dah kena daftar siap² untuk kemasukan 2023. Untuk daftar kena bayar seribu lebih. Tapi anak-anak duduk dalam bilik kosong! Classroom cantik-cantik untuk apa?Semuanya untuk wayang semata!
Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk fight for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap.
Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka minta ummi dan abah ambil tindakan undang-undang ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi. Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai parents yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan redha.
Ummi dan abah tahu perjuangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zalim mendapat balasan setimpal.
Yes, I know ramai parents di luar sana yang senasib dengan dengan kami. Tolong doakan kami kuat sehingga ke garisan akhir. 🙏
We believe that the truth will ultimately prevails. InsyaAllah.
Rasa bersalah sebagai ibu ayah
Maryam akan sembuh dari semua ni insyaAllah. Tetapi luka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya. Maafkan ummi dan abah kerana tak dapat bersama Maryam ketika Maryam sangat-sangat perlukan pertolongan.
Hanya Allah yang dapat menjaga Maryam dan Allah lah sebaik-baik penjaga. Ummi dan abah sayang Maryam. Sangat sayangkan Maryam. Lillah.
To all parents and everyone out there, we welcome your continuous support and du’a. 🙏🏻
May Allah protect our kids’ bodies, minds, and souls from any kind of evil and harm.
Amin.
El Ameerah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pihak Taska Salah Cara Angkat Anak, Ibu Terkilan Tangan Anak Lembik & Tulang Terkeluar Dari Sendi
Baca juga: Calar-Balar Muka Anak Kena Cakar Di Taska, Guru Bagi Alasan ‘Tak Sempat’ Leraikan Keadaan
Baca juga: Anak Yang Dihantar Ke Taska @ Rumah Pengasuh Terdedah 5 Jenis Penyakit Ini, Ibu Sila Alert!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!