X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tidak Mahu Berkawan & Bermain Dengan Kanak-Kanak Lain, Patutkah Ibu Risau?

4 min bacaan
Anak Tidak Mahu Berkawan & Bermain Dengan Kanak-Kanak Lain, Patutkah Ibu Risau?

Bermain seorang diri dan enggan berkawan dengan kanak-kanak lain adalah perkara yang biasa berlaku. Ada beberapa cara untuk mengatasinya

Pernahkah anda berdepan dengan situasi anak lebih gemar bermain sendiri dan enggan berkawan dengan kanak-kanak lain? Jika ya, pastinya sebagai ibu akan timbul rasa risau.

Hal ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Menurut ahli psikologi di St. John’s, Lorna Berndt Piercey mengatakan kanak-kanak yang sedang membesar cenderung berhati-hati dengan kumpulan besar untuk bermain, mencuba perkara baru dan berkawan.

Anak suka bermain sendiri

Tambah Berndt Piercey, terdapat bukti saintifik bahawa kanak-kanak mungkin telah diprogramkan dengan sifat teragak-agak dan kurang gemar bersama orang tidak dikenali sejak kecil lagi.

Ada beberapa tips untuk ibu bagi mengatasi sikap anak yang suka bermain sendiri dan enggan berkawan dengan kanak-kanak lain. Antaranya:

#1. Kenal pasti penyebab

Mula-mula, ketahui dengan tepat mengapa anak anda tidak mahu mengambil bahagian atau berkawan dengan kanak-kanak lain.

Sesetengah anak berasa takut dan tidak yakin untuk bersama dengan orang yang tidak dikenali. Kesannya mereka memilih untuk bermain seorang diri kerana merasakan diri mereka lebih selamat. Sekiranya ini terjadi, ibu ayah hendaklah menerangkan kepada si manja bahawa mereka akan baik-baik sahaja.

Malah, main bersama kawan-kawan adalah amat menyeronokkan.

Petua pakar: Jika anak anda berumur lebih daripada empat tahun, masih menangis ketika ditinggalkan dan sering kali enggan berinteraksi dengan kanak-kanak lain, dapatkan nasihat daripada doktor bagi mengelakkan mereka mengalami sebarang masalah perkembangan

#2. Ibu ayah beri galakan

anak suka bermain seorang diri

Bagi mengelakkan anak menjadi seorang yang introvert, ibu ayah kena sentiasa memberikan mereka galakan bagi merangsang kemahiran diri.

Kemahiran sosial yang asas merangkumi keupayaan untuk berinteraksi, berkongsi barangan dan melibatkan diri dengan aktif bersama kanak-kanak lain.

Jika berada di rumah, luangkan 10 hingga 15 minit waktu untuk main bersama. Apabila pergi ke rumah saudara-mara, ajarkan mereka untuk bersalam dengan ahli keluarga. Tarik minat si manja untuk berkawan dengan kanak-kanak lain.

#3. Jangan salahkan anak

Adakalanya ibu ayah akan berputus asa untuk melihat anak bermain dengan baik bersama kanak-kanak lain. Sesetengah ibu akan cepat melabelkan anak seorang introvert, tidak pandai bergaul, takut dengan orang dan sebagainya.

Dalam hal ini sebenarnya anak mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri. Mereka juga sebenarnya memerlukan bantuan ibu ayah untuk meyakinkan diri adalah selamat jika bergaul dengan kanak-kanak lain.

#4. Ajarkan beberapa kemahiran kepada anak

Ajar kemahiran ini kepada anak anda: bersama anak anda, lukis gambar, lakonkan senario dan tunjukkan rupa interaksi sosial timbal balik yang sihat

Selain itu selidik dan cari kumpulan kemahiran sosial yang berkualiti di mana anak akan diberi peluang untuk belajar serta bergaul dengan yakin.

Ibu ayah juga boleh ajak anak untuk menyertai beberapa aktiviti luar rumah seperti kelas renang, menunggang kuda, kelab lego atau robotik supaya mereka kurang bermain sendirian.

#5. Elakkan aktiviti kumpulan besar

cara mengatasi anak tidak pandai berkawan

Sebagai permulaan untuk membantu anak pandai bergaul, ibu ayah perlu mengelakkan aktiviti dalam kumpulan kanak-kanak yang ramai.

Sebaiknya cari aktiviti kumpulan kecil dengan komponen individu. Sebagai contoh, anda boleh memilih untuk mengelakkan pasukan bola sepak atau besbol, yang merupakan aktiviti besar yang memerlukan banyak kerjasama.

Sebaliknya, anda boleh mencuba kelas memasak, kelab buku atau kelab lego yang mempunyai lebih sedikit kanak-kanak.

Punca anak tidak mahu berkawan dan bermain dengan orang lain

  • Kekurangan atau kelewatan kemahiran sosial

Apabila kanak-kanak mengalami kelewatan dalam kemahiran sosial, mungkin sukar bagi mereka untuk bergaul dengan kanak-kanak lain atau menunjukkan minat bermain dengan mereka.

  • Masalah perhatian

Sekiranya si manja sukar untuk memberi perhatian secara umum, mereka mungkin sukar untuk memberi tumpuan kepada kepentingan orang lain atau berinteraksi secara baik.

  • Perkembangan yang lewat

Bagi anak yang mengalami kelewatan perkembangan, mereka mungkin tidak mencapai pencapaian sosial pada kadar sama seperti kanak-kanak lain.

Tanda anak berdepan kesukaran berkawan dengan kanak-kanak lain

anak tidak pandai bergaul

#1. Bukan pemain yang bagus. Anak mungkin cenderung bergelut dengan kalah dalam permainan, mengekalkan markah, bermain mengikut peraturan atau membiarkan orang lain pergi dahulu

#2. Tetap dengan pendirian. Si manja cenderung bermain sendiri berbanding permainan yang dicadangkan oleh orang lain atau bermain dengan cara yang berbeza. Mereka menjadi sangat kecewa jika permainan diubah atau peraturan diubah

#3. Tidak mahu berkongsi: Anak tidak membenarkan orang lain bermain mainan dan enggan berkongsi sesuatu yang berharga kepada mereka

#4. Naif: Anak tidak mengetahui motif dan niat orang lain, dan mudah untuk kanak-kanak lain mengambil kesempatan daripada mereka

#5. Hanya jadi pengikut: Anak cenderung untuk selalu mengikut apa sahaja kanak-kanak lain mahu lakukan tanpa mengira pilihan atau kepentingan terbaik mereka

#6. Dalam dunia mereka sendiri: Si manja hanya tertumpu pada minat mereka sendiri dan mengabaikan pemikiran, idea dan perspektif orang lain

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

Semoga bermanfaat!

Cadey, Today’s Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

Baca juga: Cara Ajar Anak Bahasa Mandarin/ Bahasa Cina, Tips Berkesan Ibu Ayah Cuba Di Rumah!

Baca juga: Latih Anak Menunggang Kuda Seawal 5 Tahun, Besar Manfaatnya Untuk Diri Mereka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Anak Tidak Mahu Berkawan & Bermain Dengan Kanak-Kanak Lain, Patutkah Ibu Risau?
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham