TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

4 min bacaan
Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!

Abjad ABC hingga Z perlu diperkenalkan kepada anak seawal usia mereka 3 tahun. Hal ini kerana ia adalah asas keupayaan menulis dan membaca

Pengenalan kepada abjad ABC hingga Z menjadi asas bagi kemahiran membaca dan menulis. Sekitar umur 2 tahun, kebanyakan anak kecil mula menunjukkan minat mereka mengenali setiap huruf.

Sesetengah kanak-kanak dapat mengingati dan mengenali kesemua abjad ABC dengan cepat disebabkan oleh ibu ayah sering meluangkan masa bersama untuk belajar serta menekakan proses pengulangan.

Cara ajar anak abjad ABC seawal usia

Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, Puan Ashikin Hashim telah berkongsi beberapa tips berguna untuk ibu ayah ikuti dalam mengajar anak dengan huruf ABC.

Ada dua perkara yang anda perlu utamakan iaitu memastikan anak belajar dalam keadaan gembira dan tidak memaksa mereka.

Cukupkah jika ibu ayah menunjukkan buku ABC supaya anak kenal ABC? Bagi saya ia tidak cukup. Untuk seorang anak yang aktif, ceria, produktif, imaginatif – memaksa dia duduk diam memandang buku tanpa aktiviti merangsang minda anak adalah sesuatu yang membosankan.

Jom kita jadi ibu bapa yang efektif dan kreatif! Berikut adalah beberapa cara dan aktiviti yang boleh  dilakukan untuk anak mengenal abjad ABC dengan cara yang menyeronokkan.

*Perhatian: kenalkan huruf kecil dahulu baru huruf besa

#1. Menyanyi

cara oerkenal anak abc

Banyak sekali lagu-lagu nursery ryhmes yang boleh kita pelajari dari youtube unruk mengajar anak-anak mengenal ABC.

#2. Sebut dan sebut selalu

Ketika ibu ayah pakaikan lampin atau anak sedang bermain, anda boleh sentiasa sebut ABC supaya si manja dengar dan terbiasa dengan huruf-huruf ini.

#3. Flash the cards

ajar anak huruf abc

Jika rajin buat kad imbas sendiri. Jika tidak, banyak sekali kad imbas di pasaran. Dapatkan satu set untuk anak, dan tunjukkan di hadapan mereka untuk tempoh 5 minit sahaja dalam sehari. Lakukannya secara konsisten.

#4. Carta huruf ABC yang lengkap

Buat atau beli carta huruf dan lekatkannya pada dinding rumah. Tetapkan masa 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut kebolehan mata anak melihat. Pastikan ia tidak terlalu tinggi.

#5. Letakkan huruf dimana-mana

tips ajar anak abc

Buat satu target, misalnya minggu ini perkenalkan dua huruf dahulu pada anak seperti K dan L.

Lekatkan kad K dan L di tempat yang selalu anak berada. Contohnya di pintu utama, di sebelah komputer, di tempat anak bermain dan sebagainya. Minta anak sebut bila terjumpa huruf tersebut.

#6. Ambil gambar

 Saya pernah kongsikan aktiviti Wajdi yang menggunakan telefon lama untuk mengambil gambar huruf yang saya lekat di sekeliling rumah. Dia snap dan tunjukkan kepada saya dan sebut huruf itu. Ia sungguh menyeronokkan!

#7. Aktiviti kolaj

Aktiviti ini melibatkan tindakan mengoyak kertas dan menampal. Lukis sebiji buah epal misalnya dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan kecil-kecil oleh anak dan tampal.

Kemudian ajarkan anak, a is for apple. Sebut a berulang kali. Atau berikan template huruf yang boleh dicetak dari internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan dalam journal ya!

#8. Mewarna jari

tips ajar anak mengenal abc

Belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf tersebut dengan jari. Wah, bestnya! Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis tapi dapat juga kenal warna, campur warna, rasa teksturnya dan macam-macam lagi.

#9. Hide and seek

Jom main sorok-sorok. Caranya adalah dengan menyorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya di bawah meja makan. Minta anak cari huruf tersebut. ‘ Wajdi tolong cari huruf ‘a’.!’ Bagi clue kepada anak. Misalnya: huruf ‘a’ ada di tempat kita selalu makan!

#10. Buku skrap ABC

Akhir sekali ibu ayah juga boleh lakukan aktiviti yang mengumpulkan semua huruf ABC.

Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul sehingga ‘z’. Compile dan jadikannya buku skrap.

anak belajar abc huruf

Sentiasa beri galakan kepada anak. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ‘apple’ – makan apple, potong apple, buat jus apple, pergi pasaraya cari apple (maaf saya campur Melayu English – pandai-pandailah nanti anda nak fully english atau Melayu sahaja)

MashaAllah. Banyaknya aktiviti mengenal abjad ABC. Jadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Jom jadi ibu bapa yang kreatif!

Semoga bermanfaat.

Ashikin Hashim 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka

Baca juga: 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Berkesan Ajar Anak Abjad ABC, Seawal 3 Tahun Dah Boleh Ingat Semua Huruf!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham