Taska Kemas Untuk Anak 2-4 Tahun: Cara Permohonan, Syarat & Senarai Taska KL Selangor

TASKA kemas untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun. Manakala TABIKA Kemas adalah untuk anak berumur empat hingga enam tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak iaitu TASKA kemas untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun dan  Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) kemas untuk anak empat hingga enam tahun. 

Waktu Operasi Taska Kemas

8.00 pagi hingga 6 petang 

Yuran Taska Kemas

Kategori A (wajib) : 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pendaftaran : RM10
  2. Insurans : RM10

Kategori B (yuran bulanan):

  1. Pendapatan isi rumah RM1,500 ke bawah : Percuma
  2. Pendapatan isi rumah RM1,501 hingga RM2,999 : RM10 hingga RM50
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke atas : RM51 hingga RM100

Syarat-Syarat Kemasukan Taska

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status warganegara Malaysia atau salah seorang ibu bapa warganegara
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun
  3. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (www.kemas.gov.my) serta di semua TASKA PERMATA KEMAS
  4. Bilangan kanak-kanak dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak)
  5. Nisbah seorang Pemaju Masyarakat adalah 5 – 6 orang kanak-kanak
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TASKA PERMATA KEMAS yang berdekatan
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TASKA akan mengeluarkan surat jawapan terima/tolak kepada ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Pendaftaran 

  1. Salinan sijil kelahiran kanak-kanak
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa atau penjaga
  3. Slip gaji ibu dan bapa atau penjaga
  4. Dua keping gambar kanak-kanak berukuran pasport
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak (bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Borang Permohonan Taska

Pautan borang permohonan : www.kemas.gov.my (borang kemasukan ke taska)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alamat Taska

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : www.kemas.gov.my

Selangor : www.kemas.gov.my

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Taska yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/daerah yang berhampiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Portal Rasmi Kemas

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Anak Baru Lahir, Ini Dokumen Penting Yang Perlu Dibawa Bersama

Baca juga: Panduan Lengkap Ibu Ayah Perlu Tahu Tentang Kelahiran Bayi Pramatang

Baca juga: Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2025 (Idme KPM) & Panduan Lengkap

Penulis

Lala Annuar