Buah-buahan sering menjadi snek pilihan yang sihat buat semua lapisan usia dari kecil hinggalah dewasa. Disebabkan oleh permintaan tinggi dalam kalangan pengguna, Taste Australia menampilkan rangkaian buah-buahan musim panas yang segar dan bertaraf dunia.
Berbanding makanan lain, adalah lebih baik anda menyediakan buah-buahan untuk seisi keluarga kerana ia kaya dengan pelbagai nutrisi yang mampu mengekalkan diet serta kesihatan tubuh badan.
Taste Australia beri peluang anda menikmati buah manis dan berkhasiat
Jenama nasional yang mewakili industri hortikultur Australia telah membawa rangkaian buah-buahan musim panas yang segar seperti pic, aprikot, nektarin dan plum secara istimewa dari negara tersebut.
Menurut Ketua Perdagangan Antarabangsa Hort Innovation, Brei Mongomery menjelaskan pihaknya telah membelanjakan berjuta dolar bagi meningkatkan kualiti setiap hasil tanaman mereka.
”Setiap tahun peladang Australia melaburkan berjuta-juta dolar dalam industri ini untuk menyediakan hasil buah dengan kualiti bertaraf dunia.”
”Bagi menyokong Taste Australia melalui Hort Innovation, pelada melabur dalam biosekuriti, penyelidikan perosak dan penyakit, pembiakan dan inisiatif pemantauan rantaian bekalan agar pengeluaran Cherries and Summerfruits dengan kualiti tertinggi,” jelasnya.
Buah-buahan ini menjadi cara terbaik untuk anda meraikan sebarang jenis majlis atau menjadikannya sebagai hadiah kepada orang tersayang.
Cherries and Summerfruits Australia yang terkenal dengan khasiat dan rasa manisnya ini melaui proses ketat di Australia bagi memastikan hasilnya benar-benar berkualiti sebelum dieksport ke Malaysia.
Kelebihan buah-buahan musim panas dari Taste Australia
Buah pic, nektarin, aprikot dan plum amat kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, E dan C. Kandungan antioksidan di dalamnya mampu membekalkan tenaga kepada badan serta meningkatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jenis penyakit.
Sementara itu vitamin C juga untuk meningkatkan pengeluaran kolagen, membantu kulit menjadi sihat dan cantik.
Buah ceri turut kaya dengan serat dan potassium. Ia menjadi nutrisi penting dalam mengekalkan kesihatan anda seisi keluarga. Bukan itu sahaja, ia rendah kalori serta indeks glisemik, yang sekaligus menjadi snek yang sempurna untuk mereka yang mengutamakan kesihatan.
Menteri Kaunselor (Komersial) dan Pesuruhjaya Perdagangan Kanak- Malaysia & Brunei, pihaknya amat teruja untuk melancarkan ceri Australia dan buah-buahan musim panas yang lain selepas setahun ia berbuah dalam kebun mereka
”Cherries and Summerfruits adalah gabungan terbaik untuk anda yang mementingkan kesihatan pada masa kini. Ia memiliki antioksidan, kaya vitamin C, A dan K yang memberikan manfaat kesihatan termasuklah jantung, menurunkan tekanan darah dan rangsangan kuat kepada imuniti anda.” jelasnya.
Buat para ibu, Cherries and Summerfruits dari Taste Australia ini boleh digunakan dengan pelbagai cara. Antaranya sesuai dijadikan tart, pai atau pencuci mulut kegemaran anak-anak di rumah.
Tidak kiralah apa sajian yang ingin anda sediakan, rasa manis ceri dari Taste Australia ini terjamin dalam setiap gigitan.
Sertai peraduan dan menang hadiah wang tunai
Untuk terus memacu kempen ini, Taste Australia mengadakan peraduan khas media sosial. Bertemakan Basket of Summer Joy (Bakul Kegembiraan Musim Panas), peraduan ini mempelawa rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreativiti masing-masing menyusun bakul buah yang menggunakan satu atau gabungan ceri Australia dan buah-buahan musim panas.
Hasil yang paling kreatif layak memenangi wang tunai atau baucar pasar raya bernilai RM200.
Peraduan Basket of Summer Joy ini berlangsung dari tarikh 19 Disember 2021 sehingga 26 Februari 2022. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus melayari media sosial Taste Australia.
Kini, rangkaian Cherries and Summerfruits Taste Australia kini boleh didapati di pasar raya utama seperti Village Grocer, Lotus, Jaya Grocer dan AEON di seluruh Malaysia.
Bagi mendapatkan hidangan buah-buahan segar setiap hari atau tujuan pemberian hadiah untuk insan tersayang, anda boleh terus mengunjungi kedai terdekat hari ini!
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang Taste Australia atau laman media sosial Facebook dan Instagram.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Buah-Buahan Terbaik Untuk Ibu Hamil & Perkembangan Janin Dalam Kandungan