Siapa yang tak suka taufufa bukan? Boleh kata manisan ini menjadi pilihan ramai kala bulan puasa, tetapi tak perlu tunggu bulan sekali pun untuk merasa kenikmatin taufufa.
Paling nikmat apabila ia dihidang dingin ketika cuaca panas membahang. Tak dinafikan yang ia sungguh menyegarkan dan sesuai juga untuk hidangan seisi keluarga.
Bahkan, kalau kita buat sendiri di rumah juga ia jauh lebih sihat kerana kadar gula yang kita sukat bergantung pada tahap kemanisan yang kita mahukan. Betul tak?
Jadi di sini kami ada kongsikan resepi homemade tau foo fah yang boleh anda cuba di rumah.
Isi Kandungan
Resepi Taufufa Yang Simple & Lembut
Taufu fa Versi Original
Bahan-bahan:
Bahan-bahan A:
- 500 gram kacang soya (basuh dan rendam 5 jam) atau alternatif lain adalah gunakan air soya kotak
- 3200 ml air
Cara-cara (A):
- Kedua-dua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
- Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk.
- Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
- Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
- Setelah air soya cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dituang seperti jug air.
Bahan-bahan B:
- 1 1/2 sudu teh GDL
- 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung
- 3 sudu besar air soya yang belum dimasak
Cara-cara (B):
- Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
- Gunakan sudu sukatan yang khas untuk membuat kek untuk menyukat bahan.
Bahan-bahan C:
- Air
- Gula/gula melaka
- Daun pandan
Cara-cara (C):
- Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
- Tapis dan sejukkan.
Cara-cara Membuat Taufu Fa:
- Sediakan satu bekas. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas (seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Tau fu Fah halus)
- Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang sudah siap dicampur itu.
- Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.
- Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Tau Fu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.
- Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
Taufufa Telang
Bahan-bahan:
- 1 kotak Air Soya (1 liter)
-
1 1/2 sb gula
-
3 sb gelatin
-
27 kuntum Bunga Telang
-
1/4 cawan gula Melaka
-
1 cawan air
-
1 helai daun pandan
- Air gula melaka
Cara penyediaan:
- Kisar sedikit air soya dengan bunga telang, gula dan gelatin.
- Tapis dan masakkan di atas api sederhana sehingga mendidih dan sekata.
- Potong kotak dari sisi. Dan masukkan air soya dalam kotak selepas bancuhan sejuk.
- Untuk air gula, panaskan semua bahan sehingga larut.
- Angkat dari periuk untuk disejukkan sebelum dihidang dengan taufufa.
Taufufa Segera
Bahan-bahan:
-
1 liter air
-
3 ketul gula melaka
-
1 helai daun pandan
-
1 bekas tauhu lembut
Cara penyediaan:
- Didihkan air. Masukkan daun pandan bersama gula melaka. Masak hingga mendidih. Sejukkan seketika.
- Tauhu lembut tadi dikeluarkan dari bekasnya.
- Tuangkan air gula ke atasnya.
- Sedia untuk dinikmati.
Taufufa: Tips Membuat Tau Fu Fa
- Pastikan air soya mendidih dan dimasak dengan baik. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
- Bahan utama yang wajib ada untuk membuat Taufufa adalah GDL iaitu glucono-delta-lactone. Tujuannya untuk membekukan air soya supaya tidak terlalu keras atau terlalu cair.
Selamat mencuba!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bolehkah Wanita Hamil Minum Susu Soya Atau Ada Kesan Sampingan Pada Janin?
Baca juga: Pengganti Gula Selamat Untuk Ibu Hamil Jika Diambil Sederhana, 6 Pengganti Gula Ini Boleh Dicuba Ibu
Baca juga: Dalgona Coffee? Apa Tu! Jom Cuba Resepi VIRAL Guna 5 Bahan Sahaja!