DIY Teether Untuk Baby Gatal Gusi, Mudah, Cepat & Selamat Untuk Si Comel Ibu

Mudah saja nak buat teether untuk bayi yang baru saja tumbuh gigi kerana mereka akan mengalami gatal gusi sewaktu ini sampai ada yang asyik duk meragam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu menggunakan pelbagai cara untuk meredakan gatal gusi anak dan salah satunya adalah teether untuk bayi. Namun sebenarnya ada banyak cara lain yang boleh dilakukan bagi menenangkan gusi si kecil itu.

Walaubagaimanapun, ibu perlu tahu si kecil yang gatal gusi itu disebabkan oleh pertumbuhan gigi susu mereka yang biasanya berlaku terlebih dahulu di bahagian bawah dan kemudian di susuli pada bahagian atas.

Jadi sudah tentu banyak produk teether dikeluarkan untuk membantu para ibu memberi ketenangan kepada bayi mereka di kala mengalami gatal gusi.

DIY Teether untuk bayi 

Namun perkongsian salah seorang ibu ini mungkin boleh membantu ibu-ibu lain yang sedang mencari cara terbaik untuk mengantikan teether dengan sesuatu yang lebih selamat dan buatan sendiri sekaligus dapat berfungsi dengan baik.

Ibu berkenaan bernama Janey, berkongsi tutorial tentang cara menyediakan teeether DIY dari kain atau tuala yang telah dibekukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Dalam video tersebut, Janey memulakan proses dengan membasahi kain dengan air sejuk dari paip.

Selepas itu, dia menggulung kain tersebut dan memasukannya ke dalam dulang kek cawan logam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian dia meletakkan dulang tersebut di dalam peti sejuk selama setengah jam sebelum memberikan salah satu kain beku itu kepada bayinya.

Walaubagaimanapun, Janey menekankan bahawa kain tersebut perlu dikeluarkan setelah 15 ke 30 minit untuk mengelakkan terlebih beku.

Video tersebut telah mendapat lebih dari 97,000 likes dan ramai ibu ayah yang lain turut berterima kasih di atas perkongsian itu dan ingin mencubanya sendiri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Teether untuk bayi – Cara lain redakan kesakitan bayi yang sedang tumbuh gigi

Ramai ibu ayah yang kasihan bila melihat anak kurang selesa dan meragam sewaktu tumbuh gigi. Namun ada juga baby yang langsung tak meragam sewaktu gigi tumbuh dan berlangsung dengan baik.

Bahkan ada baby yang sampai demam-demam selepas tumbuh gigi, alahai kasihan si kecil ibu. Jadi untuk meredakan gatal gusi anak, ibu boleh cuba salah satu cara-cara ini selain kain sejuk di atas tadi.

#1. Makanan sejuk

Cara lain yang ibu boleh buat adalah memberikan makanan sejuk kepada anak. Misalnya buah-buahan seperti pisang, puri buah-buahan, betik dan sebagainya yang telah dikeluarkan dari peti sejuk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana dengan pemberian makanan sejuk ini dapat mengalihkan perhatian anak dan melupakan kesakitan yang dialami itu.

#2. Masukkan jari ke dalam mulutnya

Memasukkan jari ke dalam mulut anak juga dapat membantu mengatasi masalah ini namun perlulah memotong kuku dan mencuci tangan terlebih dahulu.

Mengapa nak masukkan jari? sebabnya bayi biasanya lebih suka menggigit jari orang dewasa kerana jari itu dianggap mempunyai tekstur yang sesuai seperti teether.

Tapi janganlah pula cuak bila masukkan jari ke dalam mulut anak, mereka tak gigit sungguh-sungguh pun, sebab gigi si kecil kan baru nak tumbuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Menggunakan teether silikon

Hati-hati juga semasa memilih teether untuk anak dan pastikan ia diperbuat daripada silikon. Ini kerana material jenis ini lebih sesuai berbanding teether getah yang diisi air.

Apapun sebelum beri pada si kecil, pastikan anda telah sterilkan ia terlebih dahulu.

Kemudian masukkan teether silikon itu dalam peti sejuk selama seminit supaya ia terasa sejuk-sejuk dalam mulut anak.

#4. Ubat penahan sakit

Untuk memberikan ubat tahan sakit jika keadaan anak bertambah teruk, ibu perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang ubat dan tidak memandai sendiri memberikan ubat tahan sakit kepada anak.

Justeru, tak perlu terlalu risau jika anak meragam sewaktu tumbuh gigi kerana keadaan ini hanya berlaku cuma seketika dan ia akan beransur hilang seiring dengan pertumbuhan gigi anak.

Semoga bermanfaat.

Info extraa:

Memberus gigi bayi boleh dimulakan seawal gigi pertama kelihatan tumbuh di dalam mulut. Sekaligus ia dapat menanamkan tabiat penjagan kesihatan pergigian yang baik kepada anak.

Ibu boleh memberus gigi anak sekurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

Sekiranya membeli berus gigi bayi, pilihlah yang mempunyai kepala berus yang kecil, lembut dan senang dipegang.

Kemudian guna sedikit ubat gigi dan gosok perlahan-lahan di bahagian dalam dan luar untuk membuang plak dan kotoran.

Sumber : Metro.Uk, Iluminasi 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Anak Menggigit Adalah Normal? Tapi Sakitnya! Ini Punca Dan Cara Mengatasi