30 Teka Teki Lawak (Dengan Jawapan) Yang Senang & Boleh Hiburkan Hati Anak-Anak

Teka teki lawak dan melucukan mampu menghiburkan hati anak-anak sama ada di rumah atau dalam perjalanan untuk bercuti bersama keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memandangkan cuti sekolah kali ini ramai yang merancang pergi bercuti bersama keluarga ataupun bonding di rumah sahaja, apa kata ibu ayah selitkan aktiviti teka teki lawak dan lucu untuk menghiburkan anak-anak.

Tidak hanya mampu menguji keupayaan otak untuk berfikir dan membuatkan si kecil tertanya-tanya, ibu dan ayah juga rasa seronok melihat gelagat masing-masing untuk mencari jawapan yang tepat.

Teka teki lawak dan senang untuk anak-anak

Perjalanan yang jauh serta mengambil masa yang lama dalam kereta boleh buat anak-anak bosan. Mulalah mereka tunjuk perangai nak itu dan ini.

Ataupun menghambat ibu bapa dengan soalan “bila nak sampai” “jauh lagi ke” dan macam-macam lagi.

Seorang ibu, Hanim Rosli telah menyenaraikan beberapa permainan teka teki kelakar dengan anak-anak.  Masa bosan di atas kereta atau di rumah pasti bertukar ceria.

Mereka pasti bergelak ketawa mendengar soalan yang tidak difikirkan akal dan jawapan yang kelakar. Sebenarnya lagi ramai peserta, suasana jadi lagi meriah. Pelbagai jawapan yang kelakar pasti membuatkan suasana menjadi girang.

Jom bergelak ketawa. Ada 30 teka teki lawak untuk dicuba. Jawapan pun ada disertakan bersama!

1. Teka-teki: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam. Maka ayam jadi apa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Ayam jadi banyak

2. Teka-teki: Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?

Jawapan: Kereta kabel

3. Teka-teki: Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Udang iaitu U dan G

4. Teka-teki: Tak ada kepala, ada leher ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki

Jawapan: Baju

5. Teka-teki: Permainan apa yang paling berat sekali?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jawapan: Catur (sebab kena bawa raja, permaisuri, kuda dan sebagainya)

6. Teka-teki: Benda apa kepala bujur dan ada satu kaki?

Jawapan: Raket Badminton

7. Teka-teki:  Dalam banyak-banyak batu, batu apa yang sejuk

Jawapan: stone cold

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Teka-teki: Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?

Jawapan: Pokok pisang

9. Teka-teki: Dia lembu, tapi bukan lembu

Jawapan: Gambar lembu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10. Teka-teki: Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?

Jawapan: Ubat nyamuk

11. Teka-teki: Negara apakah yang ejaaannya huruf berganda?

Jawapan: Uganda

12. Teka-teki: Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?

Jawapan: Lidah buaya

13. Teka-teki: Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?

Jawapan: Tilapia

14. Teka-teki: Benda apa bila cabut, nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping dan kaki besar?

Jawapan: Pelita

15.Teka-teki: Benda apa bila masuk segi tiga, bila keluar bergulung-gulung

Jawapan: Seluar dalam

16. Teka-teki: Pokok apakah yang ada jantung?

Jawapan: Pokok pisang

17. Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan

Jawapan: Lilin semasa sambut hari lahir

18. Teka-teki: Bila kita letak kepala, dia rendah. Bila kita angkat kepala dia jadi tinggi sedikit. Apakah benda itu?

Jawapan: Bantal

19. Teka-teki: Apakah makhluk yang ada 2 tangan, 8 kaki dan 3 kepala?

Jawapan: Koboi naik kuda bawa ayam

20. Teka-teki: Buah apakah kalau kita nak makan, kena langkah dahulu?

Jawapan: Buah dam

21. Teka-teki: Kotak apakah yang paling berat?

Jawapan: Kotak penalti

22. Teka-teki: Bila kita nak ambil susah. Bila kita sudah dapat, kita buang sahaja. Apakah itu?

Jawapan: Tahi hidung

23. Teka-teki: Benda apakah yang mempunyai banyak gigi

Jawapan: Sikat rambut

24. Teka-teki: Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang SEKALI. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakus. Seman yang berada berhampiran Udin berasa amat takut.

Setelah harimau membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa buat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau lari menyelamatkan diri. Semakan jadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya?

Jawapan: Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan dalam cerita.

25. Teka-teki: Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa. Kecil di China, besar di Arab. Ada di sana tiada di sini. Ada besar, tiada kecil. Dua di atas dan dua di bawah. Dua di kanan tiada di kiri. Satu pada emak, dua pada ayah.

Ada dekat ayam tiada pada itik, tidak rindu tapi lebih pada sayang. Apakah dia?

Jawapan: Huruf A

26. Teka-teki: Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?

Jawapan: Kalau angkat dua kaki, macam mana bangau hendak berdiri

27. Teka-teki: Pintu apa yang 10 orang pun tak boleh nak tolak?

Jawapan: Pintu tarik

28. Teka-teki: Apakah dia ”jauh di mata, dekat di hati?”

Jawapan: Usus

29. Teka-teki: Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.

Jawapan: Stoking

30. Teka-teki: Dia ada banyak kaki, tapi bukan binatang. Dia lalu ikut landasan tapi dia bukan kereta api. Apakah dia?

Jawapan: Zip

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Baca juga: 7 Idea Eksperimen Sains Yang Mudah Dibuat Di Rumah, Aktiviti Best Cuti Sekolah

Baca juga: Suami Cuba Tenangkan Isteri Bersalin, Kena Marah Diajak Main Teka-Teki Dalam Labour Room

Baca juga: Main Sudoku, Teka Silang Kata Antara 8 Cara Atasi Masalah Pelupa Ketika Hamil