Telur rebus adalah salah satu pilihan yang selamat untuk diambil oleh ibu mengandung kerana ia mengandungi vitamin D, vitamin B12, dan zat besi. Namun ibu hamil diingatkan untuk mengelakkan dari makan telur separuh masak.
Hal ini kerana telur separuh masak boleh menyebabkan risiko jangkitan makanan seperti Salmonella yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi.
Isi Kandungan
Makan telur separuh masak ketika hamil
Tabiat menikmati telur separuh masak bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat kita. Ia dipercayai memiliki banyak nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan seperti protein, riboflavin dan juga selenium.
Ada pendapat mengatakan, memakan telur separuh masak juga membantu menurunkan berat badan dan mencegah anemia. Jadi salah satu cara untuk menaikkan bacaan hb dalam darah ialah dengan mengamalkan memakan telur separuh masak.
Namun, ibu mengandung adalah sangat dilarang untuk mengambil telur separuh masak di dalam menu makanan seharian kerana ia boleh membahayakan janin di dalam kandungan malah bahaya juga untuk diri mereka sendiri.
Bahaya jangkitan Salmonella
Kenapa tidak bahaya kepada orang lain tetapi bahaya kepada ibu mengandung?
Apabila mengandung, sistem imunisasi seorang ibu akan menjadi lemah. Apabila sistem imunisasi lemah, sukar untuk tubuh badan melawan serangan bakteria atau virus. Akibatnya, risiko untuk kandungan gugur atau kematian janin sangat tinggi.
Hanya dengan dimasak sepenuhnya atau pun dipasteurkan, barulah bakteria ini akan mati. Bakteria salmonella ini datangnya dari usus dan tahi ayam yang masuk ke dalam telur, semasa ayam bertelur dan sebelum kulit ayam menjadi keras.
Jadi, kepada ibu mengandung yang teringin untuk menikmati telur separuh masak, tangguhkan dulu keinginan anda sehingga habis tempoh melahirkan dan berpantang nanti ya!
Terlanjur makan telur setengah matang saat hamil
Makan telur yang kurang masak atau mentah boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan, terutamanya berkaitan dengan bakteria Salmonella.
Jangkitan Salmonella boleh menyebabkan gejala seperti demam, loya, muntah, cirit-birit, dan sakit perut. Semasa kehamilan, jangkitan seperti ini boleh menjadi lebih serius dan berpotensi menyebabkan komplikasi kepada wanita hamil dan janin yang sedang berkembang.
Untuk mengelakkan risiko jangkitan makanan semasa kehamilan, adalah penting untuk memasak telur dengan teliti. Telur yang dimasak membekalkan sumber protein yang baik dan selamat dimakan semasa mengandung.
Telur separuh masak berapa minit
Telur separuh masak berapa minit sebenarnya bergantung pada pilihan peribadi dan kaedah memasak yang digunakan.
Berikut ialah anggaran masa memasak untuk telur:
- Telur rebus lembut dengan kuning cair: Rebus selama kira-kira 4-5 minit.
- Telur rebus lembut dengan kuning sedikit cair: Rebus selama kira-kira 6-7 minit.
- Telur rebus lembut dengan kuning sedikit padat: Rebus selama kira-kira 8-9 minit.
Kalori telur separuh masak
Bilangan kalori dalam telur rebus akan berbeza-beza bergantung pada saiz telur dan kaedah memasak yang digunakan. Walau bagaimanapun secara umum, berikut adalah anggaran bilangan kalori dalam sebiji telur rebus:
- Kalori telur separuh masak (anggaran 4-5 minit memasak): Anggaran 70-80 kalori.
- Telur dadar rebus lembut (dimandikan atau digoreng dengan kuning telur): Anggaran 90-100 kalori.
Perlu diingat bahawa bilangan kalori dalam telur boleh berbeza-beza bergantung pada saiz telur (kecil, sederhana atau besar) dan kaedah memasak yang digunakan (merebus atau menggoreng).
Selain itu, bahan tambahan atau minyak yang digunakan dalam proses memasak juga boleh meningkatkan jumlah kalori.
Hukum makan telur separuh masak
Dari segi hukum Islam, makan telur mentah tidak berdosa, asalkan telur itu berasal dari haiwan yang halal untuk dimakan.
Dalam fatwa Syabakah Islamiyah disebutkan,
فشرب البيض النيء جائز ، بل إن أهل الطب يذكرون أن له فوائد صحية كثيرة.
ويشترط لجواز أكل البيض – سواء كان نيئاً أو مسلوقاً-
Mengambil telur mentah adalah harus. Malah ada doktor mengatakan, telur mentah bermanfaat untuk kesihatan.
Terdapat beberapa syarat, dibenarkan makan telur rebus atau separuh masak iaitu:
1. Telur berasal dari haiwan yang halal dimakan seperti ayam atau burung.
2. Kandungan telur tidak berubah dari keadaan asal, dengan bertukar menjadi darah atau sebagainya.
Kesimpulannya telur yang berasal dari haiwan halal adalah halal untuk dimakan.
Telur separuh masak tahan berapa lama
Jika anda menyimpan telur yang kurang masak dalam keadaan yang tidak betul, seperti pada suhu bilik atau untuk jangka masa yang lama, risiko pertumbuhan bakteria berbahaya meningkat. Bakteria boleh membiak dan menyebabkan jangkitan makanan.
Justeru sekiranya anda ingin menyimpan telur, sama ada mentah atau masak, masukkannya ke dalam peti sejuk pada suhu yang selamat dan masak sebelum tarikh luput yang tertera pada bungkusan telur.
Jika terdapat sebarang keraguan tentang kesegaran atau keselamatan telur, anda harus mengelak daripada memakannya.
Khasiat telur rebus untuk ibu mengandung
Telur semasa kehamilan adalah makanan yang merupakan komponen penting dalam diet ibu hamil kerana ia kaya dengan vitamin A, D, B2, B6, E, besi, fosforus, tembaga, kalsium, kobalt dan bahan-bahan lain yang sangat diperlukan untuk setiap orang.
Jadi sudah pasti ia sangat berkhasiat untuk ibu hamil dengan syarat ia dimasak dengan sempurna.
#1. Protein
Terdapat banyak protein dalam telur rebus untuk ibu mengandung yang mudah diserap oleh badan. Nutrien seperti protein, asid folik dan vitamin B12 sangat diperlukan bukan sahaja untuk ibu, tetapi bayi yang dikandung.
Mengikut keperluan piramid makanan, pertambahan kalori ibu hamil pada trimester pertama hanya 80 sahaja iaitu bersamaan dengan sekeping roti.
#2. Choline
Terdapat banyak choline dalam telur rebus untuk ibu mengandung yang menyokong perkembangan mental bayi serta mengatasi kecacatan tiub saraf tidak berkembang. Oleh itu risiko kecacatan dan perkembangan keabnormalan dikurangkan.
Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia.
Ia juga dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Kandungan nutrisi di dalam telur adalah tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
#3. Sulfur
Telur rebus untuk ibu mengandung amat baik untuk rambut dan kuku. Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulfur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.
#4. Telur bantu hilangkan jerawat
Jika hamil pasti ada yang muka diserang jerawat. Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas.
Telur rebus untuk ibu mengandung bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal.
#5. Karotenoid
Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata.
Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit ‘age-related degeneration’ dan katarak.
Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Awas Keracunan Makanan Akibat Telur, Elak Membasuhnya Awal Jika Belum Ingin Memasak
Baca juga: 20 Pantang Larang Semasa Mengandung Ikut Tradisi Melayu, Suami Isteri Kena Jaga-Jaga
Baca juga: Rahsia Telur Dadar Crispy & Gebu, Pastikan Anda Masukkan Dua Bahan Ini Sebelum Goreng