Sukar Dapat Tempat Duduk LRT, Ibu Mengandung Kecewa Pengguna Buat-Buat Tak Nampak

Tempat duduk khas untuk ibu hamil telah disediakan dalam pengangkutan awam. Namun ramai bersikap pentingkan diri dan buat-buat tidak nampak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil yang menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan pengangkutan awam lainnya pasti mempunyai ruang khas untuk mereka. Malangnya, sikap tidak peka warga sekeliling telah menyebabkan ibu hamil tidak mendapat tempat duduk.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Tempat duduk khas ibu mengandung dalam LRT diduduki penumpang pentingkan diri
  • Luahan warganet yang hadapi situasi sama

Peliknya papan tanda telah diletakkan dalam saiz besar dan jelas untuk dilihat, tapi para pengguna seperti tidak peduli. Malah, mereka lebih pentingkan diri dengan mengambil ruang ibu hamil.

Tempat duduk khas ibu mengandung dalam LRT diduduki penumpang pentingkan diri

Hal ini telah dikongsikan Rose melalui aplikasi TikTok. Dalam video tersebut dapat dilihat dia yang sedang menggunakan perkhidmatan LRT dengan membawa perut yang besar dan tag mengandung pada beg.

Melalui kapsyen yang diletakkan pada Tiktok, jelas menunjukkan dia kecewa dengan sikap para penumpang yang tidak peka,

“Bila duduk priority seat kenalah aware dengan surrounding, jangan ignorance sangat. Penat tau hari-hari nak mintak seat. Ada pregnant tag, perut besar pun diorang buat tak nampak. Orang tua lagi la kesian.”

Difahamkan juga bahawa Rose terpaksa meminta tempat duduk dari mereka yang menduduki ruang khas itu. Hal ini menyebabkan dia penat kerana terpaksa meminta tempat duduk setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedangkan sepatutnya mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling. Apabila memandang ibu hamil atau sesiapa yang diberikan keutamaan untuk duduk, mereka seharusnya beralah.

Luahan warganet yang hadapi situasi sama

Video dikongsikan Rose juga telah mendapat perhatian warganet. Luahan kekecewaan turut dirasai sama oleh ibu hamil lain.

Penat tau pregnant. Kaki bengkak, sakit. Perut mengah. Pinggang sakit, badan semua lenguh-lenguh. Kalau ada bagi seat memang saya nangis kat situ sebab rasa bersyukur.

I feel you… Kadang diorang buat-buat tak nampak sedangkan diorang nampak je…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betul… Saya pakai pakaian besar sebab pregnant… So yang lain-lain muda-muda… Ada orang tua bertongkat berdiri dekat saya, saya nak bangun suami tak bagi then suami cakap dengan diorang. Tu pun diorang jeling saya sebab nampak saya lagi muda… Sampai suami saja cakap, “Yang, keluar buku pink sayang, abang kipas sayang.”

Saya pregnant dulu, saya yang minta seat. Nak harap orang bagi jarang la dapat.

Biasa dah kena. Masa pergi kerja naik monorel diri depan-depan pun kena tolak lagilah.

Ada juga warganet memberikan idea untuk menghadapi penumpang yang tidak peka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan penat minta seat, sis. Masa mintak tu CAKAP KUAT-KUAT. My mom pernah buat masa dia mengandung dulu. Nanti semua kat seat tu bangun.

Puan, no need to expect much from the people on train. 8 bulan pregnant saya naik train, kaki bengkak, I just directly tell them I need the seat.

Cakap je, sis. Jangan pendam-pendam. Atau tak puas hati keluarkan buku pink.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau aku ni borak kuat-kuat dengan baby cakap, “Baby, nanti dah besar jangan tak reti baca sign ya, belajar common sense.”

 Diharapkan agar perkara sebegini tidak berlaku lagi dalam kalangan masyarakat kita. Semoga mereka lebih peka dengan orang sekeliling dan mengutamakan golongan lebih memerlukan tempat duduk di dalam LRT. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Demi Penyusuan Eksklusif, Ibu Ini Bawa Bayinya Sambil Memandu Pengangkutan Awam

Baca juga: Aksi Heroik Kanak-Kanak Lelaki Dalam LRT Ini Buat Netizen Terharu

Baca juga: Pekerja Rapid KL Jadi Bidan Terjun, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Di Stesen LRT

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ain Yusof