Taiping, bandar bersejarah di Perak, bukan sahaja kaya dengan tarikan semula jadi dan tempat menarik, tetapi juga menawarkan pelbagai tempat makan best di Taiping yang pasti memikat selera.
Jika anda sedang mencari tempat makan yang sedap dan terkenal, berikut adalah senarai pilihan terbaik yang patut anda cuba.
30 Tempat Makan Best Di Taiping Yang Sedap Dan Terkenal
1. Restoran Gulai Semilang Taiping
Restoran ini terkenal dengan pelbagai hidangan gulai yang lazat dan autentik. Antara menu utama yang sering menjadi pilihan pelanggan ialah gulai kambing dan gulai ikan.
Setiap hidangan disediakan dengan rempah ratus tradisional yang memberikan rasa yang memukau. Tidak hairanlah, restoran ini sering menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong.
- Lokasi: Taiping, Perak
- Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam
2. Mee Combat
Mee Combat merupakan gerai mi goreng mamak yang telah beroperasi sejak tahun 1945. Hidangan ini sangat unik kerana ia dimasak dengan cara tradisional menggunakan api arang, memberikan rasa yang sukar ditandingi.
Sepinggan cuma RM4.50, dan anda boleh tambah lauk ayam atau daging dengan harga RM7.
- Lokasi: Cashier Market, Jalan Panggung Wayang, Taiping
- Waktu Operasi: 8.00 pagi – 6.00 petang
3. Nasi Kerabu MASHWI
Untuk peminat masakan Pantai Timur, Nasi Kerabu MASHWI menawarkan hidangan nasi kerabu yang autentik dengan pelbagai pilihan lauk-pauk seperti ayam percik, ikan bakar dan daging salai.
Warna biru nasi kerabu yang diperoleh daripada bunga telang serta rasa sambalnya yang pedas manis menjadikan hidangan ini sangat istimewa.
- Lokasi: No 13, Jalan Tekah, Lorong Jaya 6, Taman Tekah Jaya, 34000 Taiping, Perak.
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9 pagi – 8 malam).
4. Warung Muhibbah
Pagi-pagi dah lapar? Warung Muhibbah adalah destinasi wajib untuk menikmati nasi lemak popular yang digilai ramai.
Sambal nasi lemaknya tidak terlalu pedas, tetapi cukup rasa. Lauk pilihan seperti sotong, ayam dan daging pasti memenuhi selera anda.
- Alamat: Taman Tupai Mas, 34000 Taiping, Perak.
- Beroperasi dari awal pagi.
5. Doli Kuey Teow
Restoran ini salah satu tempat makan best di Taiping sinonim dengan hidangan Char Kuey Teow bergaya Chinese style. Char Kuey Teow di sini digoreng basah dengan kuah pekat, lengkap dengan isi udang dan sotong yang banyak!
Hidangan ini hanya berharga RM10 – RM13. Menu lain yang boleh anda cuba ialah nasi ayam dan mee rebus.
Lokasi : Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak.
6. Locs & Thyme
Kalau anda suka menu fusion, Locs & Thyme ialah pilihan ideal. Kafe ini menyajikan gabungan masakan barat dan Melayu dengan kreativiti tersendiri.Pelbagai kek dan kopi ala hipster turut disediakan untuk melengkapkan hidangan anda.
Lokasi: 12, Jalan Lim Teong Chye, 34000 Taiping, Perak.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9 pagi – 6 petang).
7. Oasis Yemeni Arabic Cuisine
Nak rasa masakan Arab-Yaman yang asli? Oasis Yemeni ialah pilihan terbaik. Restoran ini diusahakan oleh keluarga Melayu dan mendapat pujian ramai atas keenakan hidangannya.
- Lokasi: 42, Jalan Asam Kumbang, Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak.
- Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12 tengah hari – 11 malam).
8. Nafis Restoran
Kalau perut sudah berkeroncong minta diisi pada waktu makan malam, singgahlah di kedai mamak style gred A ini.
Restoran ini menyajikan pelbagai masakan Thai, Melayu, makanan laut dan juga mamak.
- Alamat: Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari (12pm – 11pm)
9. Laksa Pak Ngah
Anda boleh mencuba menu sampingan seperti cucur udang dan pulut panggang yang cukup menyelerakan. Harganya pula sangat berpatutan!
- Alamat: Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Rabu – Ahad (11am – 6pm)
10. Miker Food
Jika anda mencari tempat makan santai dengan pelbagai jenis makanan, Miker Food adalah pilihan terbaik. Lokasi restoran yang terletak di tengah bandar Taiping ini sangat strategik untuk makan malam bersama keluarga.
- Alamat: Jalan Maharajalela, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari (4pm – 11pm)
11. Restoran Mr BBQ
Restoran ini menawarkan hidangan berasaskan masakan Cina dan Asia. Antara menu yang wajib dicuba ialah itik pei pa, tauhu labu kuning istimewa dan roti kari udang.
Restoran Mr BBQ juga terkenal dengan suasana yang selesa dan sesuai untuk makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan.
- Lokasi: Taiping, Perak
- Waktu Operasi: 12.00 tengah hari – 10.00 malam
12. Larut Matang Hawker Centre
Jika anda ingin mencuba pelbagai jenis makanan tempatan, Larut Matang Hawker Centre adalah tempat yang sesuai.
Di sini, anda boleh menikmati Char Kway Teow yang popular bersama hidangan lain seperti nasi ayam hainan, laksa dan kuih-muih tempatan.
Harga yang berpatutan menjadikan pusat penjaja ini destinasi pilihan ramai.
- Lokasi: Taiping, Perak
- Waktu Operasi: 6.00 pagi – 11.00 malam
13. Restoran Tomyam Sejati Taiping
Bagi pencinta masakan Thai, Restoran Tomyam Sejati menawarkan tomyam yang autentik serta pelbagai hidangan Thai lain seperti pad thai, kerabu mangga dan som tam.
Rasa hidangannya yang pedas dan masam pasti membangkitkan selera anda. Restoran ini juga terkenal dengan servis yang pantas dan mesra pelanggan.
- Lokasi: Taiping, Perak
- Waktu Operasi: 4.00 petang – 12.00 tengah malam
14. Nasi Lemak Drummond Hill
Bagi penggemar nasi lemak, Nasi Lemak Drummond Hill adalah destinasi wajib singgah di Taiping. Terletak di kawasan Bukit Doraemon yang terkenal dengan pemandangan hijau dan suasana damai, gerai ini menyajikan nasi lemak klasik yang sempurna untuk sarapan pagi anda.
- Lokasi: Bukit Doraemon
- Waktu Operasi: 7.00 pagi -11.00 pagi
15. Cendol Bismillah
Cendol Bismillah adalah salah satu cendol paling popular di Taiping dan menjadi tumpuan pengunjung tempatan mahupun luar kawasan.
Hidangan ini menggunakan resipi tradisional yang mengekalkan keaslian rasa dengan campuran bahan-bahan segar seperti santan lemak, cendol buatan sendiri dan gula Melaka yang pekat serta harum.
Ditambah pula dengan ais parut halus, cendol ini memberikan rasa manis dan menyegarkan, sesuai dinikmati pada waktu tengah hari panas.
- Lokasi : Pasar Larut Matang, Taiping
- Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang
16. Laksa Buyong
Laksa Buyong merupakan sajian istimewa yang dikenali dengan kelainan rasa kuahnya yang pekat, diperbuat daripada ikan belut segar. Kombinasi rasa masam, pedas dan manis. Memang sedap!
- Lokasi: KPW Kampung Jelutong, 34850 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (11 pagi – 6 petang)
17. Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang sememangnya terkenal dengan kuahnya yang pekat dan rasa udangnya yang segar. Dengan harga yang sangat berpatutan, antara RM11 hingga RM15, setiap hidangan di sini disajikan bersama 5 hingga 7 ekor udang bersaiz besar.
- Lokasi: Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (12 tengah hari – 10 malam)
18. Taiping Bomba Yong Tau Foo
Medan selera di belakang Balai Bomba Taiping ini memang menjadi tumpuan peminat Yong Tau Foo. Di sini, anda boleh memilih pelbagai variasi bahan Yong Tau Foo sambil menikmati kuah yang pekat dan berkualiti. Ia sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam bagi mereka yang menginginkan hidangan ringan tetapi mengenyangkan.
- Lokasi: Pusat Penjaja Taiping, Jalan Tupai
Waktu Operasi: Setiap hari (3 petang – 12 tengah malam)
19. Ipoh Bakery
Ipoh Bakery, yang diasaskan sejak 1918, masih mengekalkan legasi keasliannya. Anda boleh mencuba pai ayam, puff curry, dan jem kaya asli mereka yang unik. Jangan lupa bungkus untuk keluarga di rumah – pasti seronok dinikmati sambil minum petang.
- Lokasi: 144-146, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (8.30 pagi – 7.30 malam)
20. Talam Lounge
Jika anda sukakan makanan kuantiti banyak tetapi harga murah, Talam Lounge adalah pilihan ideal. Restoran ini menawarkan hidangan seperti grilled chicken, pasta, nasi kerabu, nasi arab, dan banyak lagi dalam talam besar untuk dikongsi.
Bonus buat ibu bapa – makanan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun!
- Lokasi: Jalan Asam Kumbang, Kampung Asam Kumbang, 34000 Taiping, Perak
Waktu Operasi: Setiap hari (5 petang – 12 tengah malam)
21. Station FMS-Selera Taiping
Station FMS menampilkan konsep medan selera dengan pelbagai gerai kecil yang menyajikan menu seperti Yong Tau Foo, Nasi Ayam, Char Kuey Teow, dan Mee Kuah. Pada waktu malam, anda boleh menikmati hidangan sambil ditemani persembahan live band atau buskers.
- Lokasi: Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu (11 pagi – 1 pagi)
22. Ilham Rasa Café
Ilham Rasa Café menawarkan pelbagai menu seperti set nasi ikan keli, ayam goreng, dan udang bersama nasi tambah percuma. Jika inginkan sesuatu yang ringan, anda boleh mencuba Pad Thai atau kerabu maggi sebagai destinasi tempat makan best di Taiping bersama keluarga.
- Lokasi: No. 53, Persiaran TBC, Taiping Business Centre, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 pagi – 3.30 petang)
23. Steamboat & Steak Taiping
Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar untuk steamboat, pilihan kuah sup ayam atau tomyam. Jangan lupa cuba signature dish seperti steak dan asam pedas claypot istimewa mereka.
- Lokasi: Berhadapan Wisma Persekutuan, Jalan Istana Larut, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari (3 petang – 2 pagi)
24. Dataran Wann Ikan Bakar
Selain ikan bakar segar, Dataran Wann Ikan Bakar juga menyajikan lauk pauk Melayu, sate, dan pau. Konsep layan diri menjadikan makan di sini santai dan mudah untuk keluarga.
- Lokasi: Lot 5628, Kampung Pasir, Berhadapan Taman Tasik, 34600 Kamunting, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (10 pagi – 9.30 malam)
25. D’Labit Café Taiping
D’Labit Café menawarkan menu seperti steamboat segar, steak, lamb chop, serta nasi goreng chicken chop. Ruang makan yang berhawa dingin menjadikannya lokasi selesa untuk makan malam bersama keluarga.
- Lokasi: 51, Jalan Unta, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak
- Waktu Operasi: Setiap hari (7.30 pagi – 3.30 petang)
26. Le’pak Kitchen Taiping
Restoran Le’pak Kitchen terkenal dengan lamb chop dan nasi goreng chicken chop yang dimasak sempurna. Dengan suasana santai dan kebersihan yang terjaga, ia pasti membuatkan anda ingin kembali lagi.
Taiping sememangnya kaya dengan pelbagai pilihan tempat makan yang menarik dan lazat. Dari hidangan tradisional hingga masakan moden, setiap tempat menawarkan pengalaman kuliner yang unik.
Jadi, jika anda merancang lawatan ke Taiping, pastikan anda mencuba salah satu tempat makan best di Taiping yang disenaraikan di atas.
Selamat menjamu selera!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!