Ini Cara Bancuh Tepung Goreng Macam Peniaga Pisang Goreng Tepi Jalan, Rangup Dan Tahan Lama!

Teringin nak buat sendiri pisang goreng yang rangup? Ini resepi bancuhan tepung goreng sama seperti dijual di gerai tepi jalan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang Malaysia sangat gemar menikmati minum petang dengan sajian seperti pisang goreng atau keledek goreng. Boleh dikatakan kudapan ini 'wajib dibeli' di gerai-gerai jualan di tepi jalan kerana bancuhan tepung gorengnya rangup, sedangkan kalau bancuh sendiri tidak menjadi.

Namun, seorang peniaga telah 'membocorkan' rahsia resepi bancuhan tepung goreng yang rangup dan tahan lama kepada pengguna di Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) yang mana bancuhan tepung ini bukan sahaja sangat sesuai untuk pisang sahaja, malah keledek dan tauhu pun boleh digunakan. Jom kita cuba!

Ini niaga gorengan saya. Pisang, keledek, roti, kuih rengas@kasturi. Saya niaga dah lebih 20 tahun, Alhamdulillah customer suka tepung goreng saya, sebab rangup dan tak berminyak.

Tadi ada sahabat minta resepi bancuhan tepung goreng yang rangup dan tahan lama. Nah saya share resepinya, resepi cara saya. Rasanya banyak sahabat-sahabat yang niaga goreng pisang dan lain-lain resepinya mungkin tak sama. So janganlah ada yang toxic nak compare resepi orang, cara kita tak sama. So kita raikan bersama.

Versi tepung beras :

Saya guna tepung cap teratai, tepung ni memang elok untuk goreng-goreng. Saya bagi sukatan cawan ye senang, kalau nak buat banyak boleh gandakan sukatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu tepung ubi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1 sudu teh gula, gula ni gunanya untuk merangupkan lagi tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air
  • Pewarna kuning telur, saya guna yang serbuk, warna dia soft
  • Bancuhan ni dah cukup, tak cair sangat tak pekat sangat ya

Versi tepung gandum :

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu minyak
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 11/2 cawan air

Untuk versi ini, tak perlu pewarna, sebab tepung kastard dah kuning. Bancuh semua, nak senang, blendkan saja. Kalau nak blend, masukkan air dulu baru tepung, jadi tak melekat tepung dekat jug blend tu. Ikut la mana-mana versi resepi yang disukai.

Cara menggoreng :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Panaskan minyak, betul-betul panas kalau nak dapatkan kerak-kerak macam dalam gambar.

2. Masukkan pisang, jangan penuh sangat dalam kuali, bila dah cukup terus terbalikkan supaya nanti pisang melekat satu sama lain.

3. Kecilkan sikit api, bagi pisang tak rentung, tapi jangan kecil sangat, nanti tepung lemau dan serap minyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kalau untuk roti, tak perlu balikkan, biar dia kekuningan baru terbalikkan, cukup sekali balik je.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Resepi Popia Pisang Penuh Topping Coklat & Oreo, Sedapnya Untuk Minum Petang!

Baca juga : Resepi Kari Ayam Yang Pekat, Likat & Memikat, Sedap Makan Dengan Nasi Atau Roti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga : Resepi Oreo Cheesecake Sedap Dengan 3 Cara Yang Mudah, Anak Kecil Pasti Suka!

Penulis

Nursyamimi