Ini antara terapi speech delay ini di rumah yang ibu bapa boleh lakukan buat anak yang mengalami masalah kelewatan pertuturan. Aktiviti-aktiviti ini mudah dibuat dalam kehidupan seharian anda dan anak anda.
Isi Kandungan
Apa Itu Masalah Lewat Pertuturan
Masalah pertuturan atau ‘speech delay’ merujuk kepada kelewatan seorang kanak-kanak mengembangkan kemahiran pertuturan dan bahasanya pada kadar yang dijangkakan.
Jika anda mengesyaki anak anda mempunyai masalah pertuturan, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar seperti ahli terapi bahasa pertuturan.
Tapi, anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti bersama anak anda untuk membantu mereka mengatasi masalah kelewatan bertutur.
Pada masa yang sama, anda juga boleh meluangkan lebih banyak masa dengan anak anda sepanjang melakukan aktiviti terapi ini. Jadi, jom pelajari 10 terapi speech delay di rumah anda.
10 terapi untuk anak lambat bercakap
1. Main Bersama Setiap Hari
Bermain merupakan cara terbaik untuk kanak-kanak belajar. Selain itu ia merupakan cara yang menyeronokkan untuk mengajar anak anda konsep yang berbeza seperti mengajar warna, mainan haiwan dan aksi.
Luangkan masa sekurang-kurangnya 30 minit hingga satu jam setiap hari dengan anak anda tanpa sebarang gangguan seperti telefon atau televisyen.
Selain itu, meluangkan masa dengan anak anda juga adalah antara hadiah terbaik buat mereka kerana selain membantu perkembangan mereka, anda juga boleh mencipta memori bersama.
2. Pastikan Aktiviti Bersama Mudah
Kanak-kanak tak perlukan banyak mainan untuk belajar. Anda hanya perlu memilih mainan yang menggalakkan interaksi sosial.
Tapi, meluangkan masa bersama di luar rumah lebih baik buat anak anda kerana ia menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
Ia bukan sahaja membolehkan mereka berimaginasi dengan bebas tapi ia juga membuatkan mereka lebih banyak bergerak.
Alam semulajadi juga baik untuk anak anda kerana ia dapat mengaktifkan banyak deria seperti melihat, mendengar, menghidu dan menyentuh persekitaran luar.
#3. Membaca Buku
Membaca buku juga boleh membantu anak anda untuk mengatasi masalah kelewatan pertuturan terutama apabila mereka membaca buku bergambar.
Membaca buku dengan gambar berwarna-warni boleh menghiburkan anak anda disamping membantunya mempelajari konsep baharu.
Apabila anak anda membaca buku, lebih baik bertanya dan meninggalkan perkataan yang mudah dijangka seperti bunyi haiwan.
Membaca juga boleh melatih kemahiran menyelesaikan masalah anak anda disamping terbukti dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan imaginasi mereka.
#4. Ajar Berkaitan Perasaan Dan Emosi
Ia menjadi tanggungjawab anda sebagai orang dewasa untuk mengajar anak anda cara yang lebih sesuai untuk menangani emosi mereka.
Apabila kanak-kanak kecil mula berkomunikasi, mereka mungkin mudah kecewa. Menurut kajian, kanak-kanak menggunakan bahagian kanan otak mereka, di mana emosi diproses apabila mereka mengalami pengalaman luar biasa.
Disebabkan itu, mereka menangis hampir setiap kali mengalami pengalaman yang mengecewakan. Mengajar tentang perasaan akan membantu mereka mendapatkan pengesahan tentang apa yang mereka rasai.
Mengajar tentang perasaan seperti gembira, sedih, marah, kecewa, cemburu, terkejut dan takut akan membantu mereka untuk menanganinya apabila mengalami situasi yang tidak dapat dilupakan.
Pada masa yang sama, mengajar perasaan dan cara mengawalnya dapat membantu dalam kehidupan mereka secara keseluruhan, termasuklah kesihatan mental mereka.
#5. Ajar Tentang Warna
Pada usia 18 hingga 29 bulan, kanak-kanak mula belajar warna. Mungkin ada yang mengajar anak mereka lebih awal, namun adalah lebih sesuai untuk mengajar warna pada usia ini.
Mulakan dengan warna asas terlebih dahulu, iaitu warna kuning, merah, hijau dan biru. Apabila mereka dah kuasai warna ini, barulah ajar warna pelangi yang lain.
Antara aktiviti yang membantu pertuturan dalam warna ialah mewarna buku, menyanyi lagu berkaitan warna atau pelangi, bermain blok atau bola warna-warni, mengkategorikan objek yang berwarna sama di rumah atau bermain doh mainan.
#6. Ajar Bahasa Isyarat
Apabila anak anda mula belajar bercakap, mungkin sukar untuk berkomunikasi dengan mereka, tetapi dengan menggunakan bahasa isyarat anak anda dapat menyatakan kehendak mereka dengan lebih baik.
Jangan risau, menggunakan bahasa isyarata tidak akan membantutkan perkembangan anak anda, sebaliknya ia akan memberi mereka alat untuk berkomunikasi.
Mengajar bahasa isyarat juga membolehkan mereka berasa lebih bebas untuk meluahkan perasaan mereka dan tidak akan berasa kecewa.
#7. Letakkan Barangan Jauh Dari Jangkauan Anak
Antara teknik yang digunakan oleh ahli terapi pertuturan adalah mengalakkan kanak-kanak untuk mempraktikkan kemahiran komunikasi mereka dengan meletakkan barang seperti mainan jauh daripad jangkauan mereka.
Ini mewujudkan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapatkan perhatian daripada penjaha mereka sekaligus membuatkan mereka terlibat dalam komunikasi dengan orang lain.
#8. Menyanyikan Lagu
Cara lain untuk mengoptimumkan pembelajaran anak anda ialah menyanyikan lagu kanak-kanak bersama mereka. Ini boleh menjadi bahagian paling penting dalam aktviti terapi mereka.
Kanak-kanak suka menari dan bergerak mengikut muzik. Lagu boleh meningkatkan mood mereka sekaligus menggalakkan pertuturan kerana ia aktiviti yang menyeronokkan.
#9. Gunakan Setiap Hari Sebagai Peluang Pembelajaran
Jadikan rutin harian seperti mandi, makan dan menukar pakaian sebagai satu peluang untuk mengajar anak anda lebih banyak konsep.
Oleh kerana aktiviti ini dilakukan setiap hari, ia mudah untuk diulang setiap hari. Apabila mempelajari konsep baru, penting untuk anak anda mengamalkannya dan menggunakannya setiap hari agar ia menjadi kebiasaan.
Lebih banyak anda memperkenalkan konsep, lebih banyak mereka membuat generalisasi dan menghasilkan lebih banyak perkataan.
#10. Gunakan ‘Self-Talk’
‘Self-talk’ adalah teknik yang selalu digunakan sepanjang aktiviti terapi pertuturan yang mana ia berkisar tentang perbincangan diri.
Sebagai contoh, anda bermain bola dengan anak anda. Semasa bermain, anda terangkan apa yang sedang anda lakukan kepada bola itu, apa yang anda lihat pada bola itu, perasaan anda bermain bola dan apa yang anda dengar daripada bola itu.
Anak anda boleh mempelajari perkataan baharu menerusi interaksi ini tapi anda perlulah bercakap dengan ringkas dan pendek agar anak anda mudah memahaminya.
Perbezaan antara kelewatan dan gangguan bercakap
Untuk pengetahuan anda, kelewatan bercakap dan gangguan bercakap sebenarnya berbeza. Kelewatan bercakap hanyalah jurang umur antara kanak-kanak dan kemahiran bertutur berbanding rakan sebayanya.
Kanak-kanak yang mengalami kelewatan bahasa menunjukkan tanda-tanda permulaan yang perlahan dan kemajuan kemahiran bahasa dan kemahiran pertuturan.
Menurut kajian, kanak-kanak yang mengalami masalah ini masih berkembang seperti anak lain namun mereka memperoleh kemahiran baru ini dengan lebih perlahan.
Manakala, menurut American Speech-Language-Hearing Association (ASHA), gangguan bertutur pula adalah apabila kanak-kanak mengalami masalah ketara dalam perolehan dan penggunaan bahasa dalam semua aspek.
Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami dan menghasulkan bahasa dalam semua domain bahasa iaitu fonologi, morfilogi, sintaksis, semantik dan pragmatik.
Biasanya, kanak-kanak ini didiagnosis pada tahun persekolahan atau sekolah rendah dengan gangguan bahasa.
Jangan lupa untuk lakukan terapi speech delay di rumah bersama anak anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca lagi: Kalau Anak Tak Nak Pergi Sekolah, Ikuti Tips Berkesan Dari Pakar Terapi Ini
Baca lagi: Perawatan Postnatal Di Rumah Penting Ya Para Ibu Sekalian! Ini Antara Sebabnya
Baca lagi: Tahukah Ibu Bapa? Inilah Waktu Terbaik untuk Hantar Anak Anda ke Kelas ‘Enrichment’