X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Sedih! Anak Masih Simpan Bubur Terakhir Masakan Ibu Walaupun Sudah 5 Tahun Kematiannya

29 Jun, 2020
Sedih! Anak Masih Simpan Bubur Terakhir Masakan Ibu Walaupun Sudah 5 Tahun Kematiannya

Kehilangan seseorang tersayang pasti akan meyebabkan perasaan terlalu rindu terhadapnya. Peninggalan terakhir arwah ibu menjadi kenangan paling berharga

Tidak dinafikan kehilangan ibu tercinta pasti memberikan kesan paling mendalam terhadap sesebuah keluarga. Selain dilanda perasaan sedih, hati ahli keluarga turut merasakan terlalu rindu yang tiada penghujung bagi menerima setiap takdir ditetapkan.

Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan kasih sayang seorang ibu meskipun dia sudah tiada di dunia. Kasih sayang dan senyumannya akan menjadi sesuatu tidak akan dilupakan oleh setiap orang yang bergelar anak.

Terlalu rindu insan yang telah tiada

terlalu rindu ibu

Selain itu, air tangan seorang ibu dikatakan sesuatu yang hebat sehingga tiada siapa dapat meniru keunikan rasanya.

Sebuah pengalaman sedih telah dikongsikan oleh seorang wanita yang berasal dari negara matahari terbit, Jepun berusia 25 tahun.

Takaya Reiki masih menyimpan masakan terakhir yang dimasak mendiang ibunya di dalam peti sejuk selama lebih 5 tahun. Dia membekukan masakan ibunya kerana takut suatu hari nanti dia akan lupa bagaimana rasanya.

Kisah ini telah disiarkan di sebuah rancangan televisyen di Jepun, di mana rancangan tersebut Reiki telah membawa bubur daging yang masih beku.

Difahamkan sebelum ibunya meninggal dunia, mereka sempat berbincang menu makanan yang ingin dimasak untuk makan malam selepas dia pulang dari sekolah.

Untuk memudahkan proses memasak, mereka hanya memilih untuk menu bubur daging sahaja. Namun ketika Reiki pulang dari sekolah, ibunya sudah terbaring tidak sedarkan diri di rumah.

Reiki dan ayahnya segera membawa ibu ke hospital, namun doktor yang bertugas telah mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Disebabkan oleh dia takut tidak dapat merasai masakan ibunya lagi, Reiki telah memutuskan untuk menyimpan bubur daging yang sudah dimasak dalam sebuah bekas dan membekunya.

Dalam rancangan berkenaan, krew rancangan telah menghantar bubur yang telah dibekukan kepada pakar biologi untuk diperiksa keadaan makanan tersebut kerana usianya telah lebih 5 tahun.

Walaupun sudah ada tanda-tanda jangkitan bakteria, tetapi jika dimasak dengan cara yang betul pada suhu lebih 100 darjah celsius, bubur daging tersebut boleh dimakan dengan selamat tanpa mengakibatkan keracunan.

Seorang tukang masak telah membantuk menyiapkan hidangan bubur tersebut dengan mencairkannya dan menambah beberapa bahan agar ia sama seperti masakan ibu Reiki.

perasaan terlalu rindu

Setelah dihidangkan, dapat dilihat dengan jelas Reiki dan ayahnya mengalirkan air mata kerana terlalu rindu insan penyeri keluarga ini.

”Rasanya sangat sedap, sama seperti masakan mendiang ibu,” kata Reiki.

Panduan bekukan makanan agar kekal berkhasiat dan selamat dimakan

Sejak kebelakangan ini, kebanyakan para wanita mula berkongsi cara mudah menyediakan makanan disebabkan oleh kesuntukan masa untuk memasak di rumah.

Walaupun begitu, segelintir ibu tidak setuju dengan cara ini kerana menganggap ia adalah kurang sihat. Melalui perkongsian salah seorang individu di kumpulan Facebook, terdapat beberapa cara yang selamat untuk simpan makanan di tempat beku mengikut panduan doktor, iaitu:

  • Bekukan terus makanan selepas ia dimasak. Suam-suam sikit, anda dah boleh terus memasukannya ke dalam peti sejuk beku.
  • Bahagikan makanan tersebut ke dalam bekas kecil untuk sekali makan sahaja.

simpan bubur 5 tahun

  • Apabila makanan yang dibeku telah dipanaskan, ia sudah tidak selamat untuk dibekukan lagi.
  • Jangan bekukan makanan lebihan selepas dimakan. Mesti bekukan yang baru dimasak.
  • Pilih bekas yang selamat untuk sejuk beku.
  • Jika stok makanan tersebut untuk 3-4 hari, ia tidak perlu dibekukan. Sudah memadai anda menyimpannya di bahagian sejuk sahaja.
  • Makanan yang dibekukan dengan suhu sempurna dapat bertahan lebih dari sebulan.
  • Untuk mengekalkan kesegaran, bekukan makanan yang 3/4 masak serta pekat. Apabila dipanaskan nanti baru tambahkan sedikit air, sayur dan sebagainya.
  • Tandakan ”K” (kuah) supaya anda tahu makanan dalam bekas tersebut adalah jenis yang berkuah.

Justeru, ibu ayah perlu tahu cara yang betul dalam menyimpan makanan agar ia tidak mudah rosak dan selamat dari sebarang serangan bakteria.

Anda hendaklah memastikan julat suhu di ruang peti sejuk bawah 4°C untuk ruang pendingin peti sejuk (chiller) dan -18°C hingga 0°C bagi ruang sejuk beku (freezer).  Suhu lebih tinggi akan merosakkan makanan yang didinginkan dan suhu lebih rendah akan menyebabkan masalah pembekuan.

Stories Rakan Kongsi
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
Why Mums Need Maternal Milk and Its Influence On Foetal Growth
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
5 Reasons Why You Should Book a Family Holiday to Desaru Coast
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Sumber: Tribunnews

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhati-seorang-ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sedih! Anak Masih Simpan Bubur Terakhir Masakan Ibu Walaupun Sudah 5 Tahun Kematiannya
Kongsikan:
  • "Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

    "Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

  • 'Rindu Mama Sangat-Sangat', Anak Mangsa Bunuh Luah Segalanya Di Laman Sosial

    'Rindu Mama Sangat-Sangat', Anak Mangsa Bunuh Luah Segalanya Di Laman Sosial

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • "Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

    "Irfan Ini Ibu," 5 Bulan Terpisah Bayi Dan Ibu Akhirnya Bersatu Kembali

  • 'Rindu Mama Sangat-Sangat', Anak Mangsa Bunuh Luah Segalanya Di Laman Sosial

    'Rindu Mama Sangat-Sangat', Anak Mangsa Bunuh Luah Segalanya Di Laman Sosial

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.