Sedih Bila Suami Terlupa Wish Birthday, Ini Cara Untuk Bagi 'Hint' Pada Tarikh Penting!

Terlupa tarikh penting dalam perkahwinan boleh membuatkan isteri berasa amat sedih dan tidak dihargai oleh suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap terlupa akan sesuatu perkara adalah yang biasa berlaku, lebih-lebih lagi apabila seseorang memegang tanggungjawab sebagai ibu ayah. Pastinya banyak perkara perlu difikirkan hingga kadang-kadang anda lupa untuk menghargai diri dan pasangan.

Kajian yang dilakukan mendapati lelaki sebenarnya lebih mudah lupa daripada wanita. Profesor Jostein Holmen, dari Universiti Sains dan Teknologi Norway (NTNU) berkata: "Adalah mengejutkan apabila melihat lelaki lebih lupa daripada wanita sama ada pada usia 30 atau 60 tahun.''

Suami selalu bersikap terlupa berbanding isteri

Menurutnya, wanita juga mempunyai masalah terlupa memasuki usia 30 atau 50 tahun. Namun pada tahap yang lebih rendah. Biasanya, nama dan tarikh antara yang paling sukar diingat oleh kaum wanita.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa orang yang berpendidikan tinggi kurang lupa berbanding mereka yang kurang pendidikan.

Orang yang mengalami kebimbangan atau kemurungan lupa lebih daripada orang lain. Ini sememangnya terjadi pada kedua-dua jantina.

Punca suami lupa tarikh penting dalam perkahwinan

Menurut Dr. Zubaidi, lelaki mungkin tidak dapat mengingati tarikh lahir isterinya, tidak bermakna dia sudah tidak menyayangi isterinya.

#1. Fokus suami sudah berubah

Hal ini kerana mereka perlu memberikan fokus kepada perkara yang ‘lebih penting’ dan ‘lebih besar’.

Apabila lelaki sedang memikat seorang wanita, dia semestinya cuba membuktikan bahawa mereka adalah lelaki yang boleh diharapkan menjadi ketua keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, apa saja prasyarat bagi sebuah perkenalan akan ditunaikan bagi membuktikan bahawa mereka adalah lelaki yang mampu membuatkan wanita itu bahagia.

Lelaki akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita yang dihajati. Fokus diberikan kepada usaha untuk memiliki.

#2. Ingin memastikan keluarga selamat dan bahagia

Namun setelah bernikah, lelaki yang telah bergelar suami mempunyai set pemikiran berlainan. Dia harus memastikan isteri dan keluarga yang telah dibina berada dalam keadaan selamat dan bahagia.

Lelaki bergelar suami akan memberikan fokus bagaimana isterinya tidak kelaparan di rumah, berada dalam rumah yang selamat dan terus berfikir untuk memberikan kebahagian fizikal dan material pada isterinya.

#3. Tidak mengutamakan nilai emosi

Lelaki yang tidak mendapat tauladan dari ibubapanya, tentu saja menganggap bahawa memberikan kebahagian fizikal dan material telah mencukupi bagi sebuah keluarga. Mereka tidak terfikir bahawa sebuah keluarga harus juga diberikan nilai emosi dan spiritual.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Apa yang awak mahu lagi? Tak cukup ke saya berikan duit setiap bulan? ” itu adalah dialog yang sering diberikan.

Itulah naluri seorang lelaki. Ramai suami yang menganggap bahawa tugas mereka hanya di luar rumah dan akan berakhir apabila mereka memasuki pintu rumah. Di rumah, segalanya diserahkan kepada isteri.

#4. Rasa lebih baik bekerja dari sambut hari lahir isteri

“Doktor, saya bukan tak suka menyambut hari harijadi isteri saya. Ini bukan ulang tahun yang ke sepuluh, tapi dah masuk ke 50. Saya rasa kalau saya bekerja lagi berfaedah” alasan seorang suami yang lupa tarikh lahir isterinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai isteri yang kecewa dan memendam rasa. Bukan kerana suami tidak sambut tarikh yang bersejarah, tapi mereka kesal dan kecewa dengan sikap suami yang seolah-olah tidak mempedulikan mereka lagi.

#5. Lumrah lelaki yang terlepas pandang

Sekali lagi jika kita memeriksa sikap lelaki yang bergelar suami, kebanyakannya ‘terlepas pandang’ terhadap perkara-perkara yang mereka anggap kecil, tetapi ia adalah suatu isu yang besar bagi isteri.

Mereka bukan tidak peduli pada keluarga tetapi mereka lebih fokus kepada perkara yang mereka anggap lebih penting.

Cara untuk ingatkan suami pada tarikh penting

Justeru sebagai isteri, usahlah berdiam diri dan menangis bila suami lupa untuk ucapkan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan.

  • Beritahu berulang kali

Jadi jika ada perkara-perkara yang ’kecil tetapi penting’ harus diberi perhatian, beritahulah suami berulang-ulang kali.

  • Kirim mesej atau letak notis

Jangan rasa jemu memberitahu suami kerana mempunyai masalah sikap yang sama. Jika perlu, letakkan notis di papan kenyataan, kirimkan sms atau mengingatkan beliau setiap kali mahu ke tempat kerja.
Beritahu suami bahawa perkara itu penting dan sebagai isteri mahu perkara itu diingati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Elak terus bersangka buruk

Jadi jangan memendam rasa dan merasakan suami tidak menyayangi. Bantu para suami mengingatkan hal-hal itu. Itu lebih baik dari memendam rasa dan berburuk sangka pada suami.

Punca isteri merajuk bila suami lupa tarikh penting

Dalam perkahwinan, setiap isteri pastinya ingin sentiasa rasa dihargai dan disayangi oleh lelaki yang dicintai.

Walau bagaimanapun kesibukan jadual harian yang dilalui oleh ketua keluarga ini selalunya membuatkan mereka lupa atau mengambil mudah daripada mengingati beberapa tarikh penting dalam perkahwinan.

Ada beberapa sebab mengapa kaum isteri amat pentingkan tarikh ulang tahun perkahwinan, tarikh hari lahirnya, tarikh mula berpasangan ataupun sebaliknya.

#1. Ingin suami menghargainya

Memandangkan isteri sentiasa ada dan bersama dengan suami tidak kira susah ataupun senang, pastinya mereka ingin pengorbanannya dihargai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika suami mengucapkan selamat hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, ia sudah cukup mengembirakan hati mereka.

#2. Lebih yakin suami seorang yang setia

Setiap wanita akan menjadi terlalu banyak berfikir apabila sudah menjadi isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi jika anda seorang suri rumah serta tidak bekerja.

Pasti akan rasa curiga dan bimbang suami berpaling hati pada wanita lain di tempat kerja mereka.

Justeru dengan mengingat hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, ia boleh membuatkan isteri percaya bahawa pasangan setia padanya yang satu.

#3. Inginkan lebih perhatian pada tarikh tersebut

Menguruskan rumah tangga dan anak-anak adalah tugas yang begitu memenatkan. Hingga sesetengah isteri lupa tarikh lahir atau ulang tahun perkahwinan.

Namun sekiranya suami memberikan ucapan ringkas dan mengingatkan isteri, pasti mereka akan rasa lebih gembira.

Jika berkesempatan, bawalah keluar dan ambil semula hati isteri. Ini sekaligus boleh menyerikan lagi rumah tangga. Bahagia seorang ibu, maka bahagialah seisi rumahnya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kajian Mendapati Telinga Lelaki Pekak Sebelah, Hanya Fokus Pada Apa Yang Mata Lihat

Baca juga: Suami Buat Tidak Endah & Lepas Tangan, Ramai Isteri Kecil Hati Dengan Suami Ketika Pantang

Baca juga: Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia