Kanak-kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?

lead image

Kanak-kanak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka selalunya tidak tahu erti bahaya dan meletakkan diri mereka dalam situasi yang bahaya, seperti kes baru-baru ini – seorang kanak-kanak tersekat dalam mesin basuh di China.

Menurut ibu kepada kanak-kanak berusia 6 tahun itu, mangsa telah memanjat ke dalam mesin basuh pada satu malam Ahad pada jam 8.30 malam.

Katanya dia hanya bermain sebelum menyedari yang dia tidak dapat keluar dari mesin basuh itu.

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/03/child stuck washing machine.jpg Kanak kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?

Kanak-kanak tersekat dalam mesin basuh diselamatkan oleh bomba

Ibu bapa anak ini menelefon panggilan kecemasan setelah gagal keluarkan anak mereka dari mesin basuh itu. 7 orang bomba datang untuk menyelamatkan kanak-kanak ini.

Pihak bomba mengambil masa selama hampir satu jam dengan dibantu oleh peralatan bahaya seperti gergaji automatik. Mereka akhirnya berjaya melepaskan kanak-kanak ini.

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/03/child stuck washing machine 2.jpg Kanak kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?

Anak-anak memang boleh meletakkan diri mereka dalam bahaya jika ibu bapa tidak memerhatikan mereka.

Nasib baik, kanak-kanak ini boleh keluar dengan selamat kerana sebaliknya ia boleh bertukar menjadi tragedi.

Anak tersekat dalam mesin basuh mengajar kita tentang keselamatan di rumah

Kanak-kanak dalam cerita ini memang sangat bertuah berjaya keluar dari kemalangan itu tanpa sebaang kecederaan. Tapi ia boleh menjadi perkara yang tak diingini jika kanak-kanak itu berjaya menghidupkan mesin basuh tersebut.

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran untuk semua ibu bapa tentang betapa pantasnya anak anda boleh terlibat dalam kemalangan. 

src=https://sg.theasianparent.com/wp content/uploads/2018/03/child stuck washing machine 4.jpg Kanak kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?

Jadi ambil sedikit masa untuk membaca langkah-langkah keselamatan di rumah ini agar anak anda sentiasa selamat:

  • Tutup laluan ke dapur. Dapur mempunyai barang-barang yang berbahaya untuk si kecil anda. 
  • Semua almari di rumah lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan-bahan kimia dan berbahaya patut dikunci.
  • Mesin basuh, microwave, peti sejuk dan oven sepatutnya menjadi tempat larangan untuk anak-anak.
  • Ikat atau lekatkan perabot yang berat untuk mengelakkan dari jatuh atas anak.
  • Letakkan pagar keselamatan kanak-kanak di atas dan bawah tangga.
  • Jauhkan air atau makanan panas dari anak-anak. 

Kejadian kemalangan yang sering berlaku di rumah boleh dielakkan. Jadi, periksa keselamatan di rumah untuk menjamin keselamatan anak.

 

 

 

 

 

 

Artikel diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga

Adakah rumah anda 'baby proof'?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!