Perut Ngilu, Janin Kurang Gerak, 2 Tanda Ibu Hamil Jangan Teruskan Usaha Puasa, Berbuka Segera!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mahu teruskan usaha berpuasa, tetapi badan sebenarnya rasa sangat tidak larat dan tak mampu tanggung kelesuan lagi. Kali ini kami kongsikan tanda-tanda ibu hamil perlu buka puasa.

Apa yang penting jangan paksa diri ya ibu kerana bagi ibu hamil yang bimbangkan kesihatannya dan bayi dalam kandungan memang tidak diwajibkan untuk berpuasa dan anda wajib qadha.

Jadi jika bimbang sesuatu terjadi pada kandungan atau pada mulanya okay saja tetapi selepas beberapa ketika hati rasa tak sedap eloklah anda berbuka saja.

Teruskan usaha puasa, tapi hati rasa tak sedap dan badan tak larat? Jangan paksa diri ibu!

Kredit: pa&ma

Ramai ibu hamil yang kadangkala paksa diri dan cuba juga teruskan usaha untuk berpuasa, tetapi akhirnya menyebabkan beberapa komplikasi berlaku pada diri dan bayi sedangkan jika keadaan tidak mengizikan dan mereka risaukan keadaan kandungan atau kesihatan diri, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.

Kali ini kami kongsikan tanda, yang mana sudah tiba masanya ibu hamil sudah boleh buka puasa:

#1. Kehausan berlebihan

Rasa haus yang berlebihan antara tanda ibu hamil itu mengalami dihidrasi. Tanda ini seringkali diikuti dengan gejala pening kepala, demam, muntah, sesak nafas dan bibir jadi kering. 

Jika sudah begini keadaanya, eloklah jika ibu hamil berbuka puasa kerana keadaan ini sangat bahaya untuk ibu hamil dan kandungannya. Jika ibu hamil risaukan keadaan diri dan kandungan, tidak salah pun berbuka puasa dan anda boleh gantikannya selepas bersalin nanti. 

Haus berlebihan juga dikatakan ada kaitan dengan keadaan air ketuban. Kajian dari American Pregnancy Association, mendapati dehidrasi akan menyebabkan komplikasi serius seperti air ketuban kurang, cacat lekahiran, penghasilan susu berkurangan malah kelahiran pramatang.

Selain itu, haus berlebihan juga boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat dan warna air kencing akan menjadi lebih pekat yang menjadi salah satu tanda dehidrasi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Mual dan muntah

Ini sangat biasa berlaku pada ibu hamil yang berada di pada awal trimester kehamilan. Perkara ini sekaligus boleh menyebabkan dehidrasi pada ibu hamil.

Jangan berlengah, jika rasa sudah tidak mampu bertahan, eloklah berbuka kerana ia akan membahayakan ibu hamil dan kandungannya. 

Jika gejala muntah-muntah sudah berkurangan, boleh saja untuk terus berpuasa. Keadaan tubuh ibu hamil yang tidak bermaya dan keletihan akan mengakibatkan gangguan kepada keadaan janin. 

Selain itu, ia juga petanda gangguan serius terjadi dalam tubuh sekiranya teruskan juga berpuasa. Jadi boleh saja teruskan puasa pada trimester kedua atau ketiga jika anda sudah tidak alami gejala muntah-muntah.

#3. Rasa ngilu pada perut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: klikdokter

Jika anda ada rasa mengilu pada perut atau rasa sakit pada perut, mungkin boleh cuba untuk berhenti dulu puasa. Cubalah untuk berbuka dan lihat sama ada ada berkurang atau tidak.

Rasa mengilu atau cramp pada perut adalah salah satu tanda yang tidak baik ketika kehamilan terutama pada trimester pertama kehamilan.

#4. Pergerakan janin berkurang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantau pergerakan janin anda. Jika pergerakannya berkurang ibu hamil harus berwaspada dan bersedia untuk bebuka puasa. Ini boleh jadi tanda serius sedang terjadi kepada janin. 

Segeralah berbuka dengan sedikit makanan dan minuman untuk merangsang pergerakan bayi. Jika masih tiada respon seperti biasa, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. 

Jika keadaan ini berlanjutan dikhuatiri akan berlaku komplikasi kepada kandungan atau ibu hamil yang seterusnya boleh membawa kepada kelahiran pramatang dan sebagainya. 

#5. Pendarahan pada hidung

Kredit: sishawa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ini mungkin terjadi akibat kekurang air dalam badan. Jadi suhu badan ibu hamil akan meningkat dan berlakunya pendarahan pada hidung ibu hamil.

Rongga hidung ibu hamil juga akan sedikit sensitif ketika hamil dan menyebabkan pendarahan mudah berlaku sekaligus akan membuatkan ibu hamil rasa pening dan sebagainya. 

Jadi jika berlaku pendarahan pada hidung, eloklah jika ibu hamil cuba dulu untuk berhenti berpuasa dan cuba minum air untuk elakkan dehidrasi.

Tidak salah untuk anda teruskan usaha untuk berpuasa, tetapi jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan bimbang akan keadaan diri dan kandungan, tidak salah pun untuk anda berbuka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: liputan6

Baca juga: Ibu Hamil GDM Cepat Rasa Lapar, Doktor Ini Kongsikan Tips Buat Anda Kenyang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar