Tidak Buka Buku Pink/ Lewat Buka Buku Pink, Ibu Kongsi Pengalaman & Risiko Hamil Tanpa Pemeriksaan Klinik

Tidak buka buku pink atau lewat buka buku pink boleh menyukarkan doktor untuk mengenal pasti tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buku pink atau Buku Rekod Kesihatan Ibu Hamil adalah dokumen penting  untuk merekodkan maklumat kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Namun ada sesetengah ibu tidak buka buku pink disebabkan oleh kekangan peribadi, atau tidak sedar diri sedang mengandung.

Jika anda mengalami situasi ini, jangan risau! Komuniti theAsianparent Malaysia telah kongsikan pengalaman mereka yang lambat buka buku pink dan sedar-sedar diri bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Pengalaman Lambat Buka Buku Pink

Soalan: Nak tanya, jangan kecam ya! Ada tak kat sini ibu-ibu yang tidak buka atau daftar buku pink? Tahu-tahu dah nak bersalin? Mana tahu ada kawan atau ibu sendiri alami, nak tahu juga sebab boleh jadi macam tu. Ada terbaca ibu yang rasa malas atau takut nak buka buku pink, ada juga yang tidak tahu dia mengandung. Sedar-sedar dah 7 bulan.

Tidak Buka Buku Pink Sebab Tiada Duit

Jiran saya, tidak buka buku pink. Takut pergi hospital sebab tiada duit dan kenderaan. Suami isteri kerja kampung sahaja. Tiba-tiba dia datang ketuk rumah mak saya sebab bini dia dah bersalin dekat rumah. Mereka takut sebab baby dah biru. Mak tolong telefon ambulans, tapi datang lambat sangat. Last sekali hantar sendiri ke hospital. Ibu dan anak alhamdulillah selamat. Tapi mereka kena denda RM300 sebab bersalin di rumah dan tidak pernah check up kehamilan.

Hospital denda sebab dia memang nak bersalin di rumah, bukan terberanak di rumah. Ini kes yang jadi beberapa tahun lepas. Waktu tu rasanya tengah meluas tentang doula yang ajak orang jangan pergi hospital, bersalin di rumah sahaja. Mungkin pihak hospital tidak mahu dia ulangi perkara yang sama lagi kot.

Tidak Sedar Hamil, Koma Selepas Bersalin

Macam orang kampung saya. Tahu-tahu sudah bersalin. Lepas bersalin dia tidak sedarkan diri. Bayi dah dibenarkan keluar wad. Ibu saudara yang tolong jagakan anak sepanjang mak budak tu duduk di wad. Tapi bila jadi kes macam ni, selalu pihak hospital yang dipersalahkan.

Kena Marah Dengan Misi

Ibu saya dulu. Dia cerita masa mengandungkan saya. Tak pergi bukak buku sebab mengandung jarak rapat. Beza saya dengan abang cuma setahun 2 bulan je. Ibu saya cakap kena marah juga dengan misi. Misi tu cakap ngandung jarak dekat tu isu no 2. Tapi bukak buku paling penting bila tahu dah mengandung.

Memang sebenarnya dari dulu lagi KKM dah urge pentingnya bukak buku pink ni. Alhamdulillah juga ibu selamat lahirkan saya normal tak ada masalah apa2 cuma saya lahir awal, ibu cakap lahir masa 32w macam tu kalau kira ikut tarikh last period.

Tak tau actual sebab tak pernah buat scan. Lepas tu adik-adik saya semua ibu awal dah buka buku bila tahu mengandung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak Sedar Mengandung Anak Ke-5

Terjadi pada kakak saya sendiri. Dah 6 atau 7 bulan baru tahu mengandung anak ke-5. Unplanned. Sebabnya ambil perancang depo. Bayangkan ye perancang still on dan period pula datang tak menentu. Saya tak ingat cerita dia macam mana yang sampai dia terdetik nak check UPT dan orangnya badan agak berisi, bahu bidang.

Tak terasa langsung tendangan bayi. Tapi dah tahu mengandung cecepat buka buku pink. Itulah ceritanya. Bukan saja saja ya. Alhamdulillah anak nya sihat walafiat dan dah masuk 6tahun pun sekarang dan anaknya masih berstatus bongsu setakat ini.

Ingatkan Fibroid, Tapi Baby

Kadang ada yang tidak tahu menandung. Macam kawan saya, dia tidak tahu pun dia mengandung sebab ada fibroid yang membesar. Rasanya dekat 7 bulan dia pergi hospital nak check up fibroidnya. Bila doktor nak scan, sekali terkejut tengok ada baby.

Kawan saya pun terkejut sebab baby dah 7 bulan. Alhamdulillah dia selamat bersalin walaupun beza anak nombor 1 dan nombor 2 adalah 14 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buku Pink Untuk Elak Komplikasi Kehamilan

Tolong buka buku pink. Banyak kes bayi lahir cacat tiada tempurung kepala, usus bermasalah sebab kesihatan ibu tidak terjaga. Baru tahu ada kencing manis atau darah tinggi ketika mengandung. Ada kes yang tidak buka buku pink sebab nak sorokkan kandungan atau warga asing yang tidak cukup duit.

Buku Pink Dapat Pantau Kesihatan

Pesanan saya, baik buka buku pink. Tidak kiralah di klinik kesihatan atau klinik swasta. Janji kad klinik, kalau nak daftar dekat klinik swasta dahulu kemudian tukar follow up di klinik kesihatan pun boleh juga. Kesian anak dalam kandungan. Sekurang-kurangnya kita tahu kesihatan ketika hamil atau sebarang risiko yang ada seperti kencing manis atau darah tinggi.

Doktor juga dapat pantau faktor risiko kesihatan atau pilih rawatan terbaik untuk ibu. Selain itu kita juga dapat tahu perkembangan anak dalam kandungan. Baik ikut temu janji kehamilan, nanti kalau bayi tu lahir sakit atau tidak normal, kita yang ibu ayah kena hadap seumur hidup untuk jaga dia. 

Dapat Tahu Hb Rendah

Saya pun lewat buka buku pink sebab tidak perasan mengandung. Bila dah tahu mengandung, cepat-cepat buka buku pink di klinik kesihatan selepas buat imbasan di klinik swasta. Baru saya tahu masalah Hb rendah boleh beri kesan pada bayi. Mungkin keguguran kalau saya tidak jaga kesihatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masa tu lasak juga bekerja, memang tak sedar pun. Tahu-tahu masa buka buku pink saya dah 3 bulan mengandung. Lepas tu masuk 5 bulan, saya nekad berhenti kerja sebab nak jaga kandungan sebaiknya. Nurse dan doktor tak bagi dah kerja lebih masa, kena banyakkan berehat di rumah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Bila Boleh Buka Buku Pink Sebaik Tahu Diri Hamil? Ini Panduan Lengkap Buat Ibu, Jangan Lambat Ya!

Baca juga: Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Klinik Kesihatan? Bakal Parent Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu

Baca juga:  Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan