TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Klinik Kesihatan? Bakal Parent Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu

6 min bacaan
Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Klinik Kesihatan? Bakal Parent Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu

Buka buku pink di klinik swasta atau klinik kesihatan tidak menjadi masalah. Ia dokumen penting untuk rujukan kehamilan anda.

Ramai ibu hamil yang menyebut tentang buku pink, pasti terbayang klinik kesihatan. Namun, adakah anda tahu perbezaan jika buka buku pink di klinik swasta?

Isi Kandungan

  • Lakukan Ujian Kehamilan
  • Beza Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Dan Klinik Kerajaan
  • Prosedur Buka Buku Pranatal Di KKIA Lebih Terperinci
  • Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Lebih Mudah Lakukan Janji Temu
  • Prosedur Pemeriksaan Jika Buka Buku Pink Di Klinik Swasta
  • Bayaran Setiap Kali Pemeriksaan Jika Buka Buku Pink Di Klinik Swasta
  • Bolehkah Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Bersalin Di Hospital Kerajaan?
  • Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Kerajaan: Pilihan Di Tangan Anda

Lakukan Ujian Kehamilan

Sebelum membincangkan perbezaan antara buka buku pink di klinik swasta atau klinik kerajaan, perkara paling penting yang perlu anda pastikan terlebih dahulu adalah bahawa anda benar-benar hamil.

Antara simptom kehamilan yang dapat membantu menentukan sama ada anda hamil atau tidak adalah jika anda terlepas haid atau tidak mengalami pendarahan haid pada tarikh yang sepatutnya. Namun, itu bukan satu-satunya petunjuk. Anda juga perlu mengesahkan keadaan tersebut dengan melakukan ujian kehamilan di rumah.

Jika anda tidak mahu melakukan ujian di rumah, anda boleh memilih untuk mendapatkan pemeriksaan kehamilan di mana-mana klinik, sama ada melalui ujian air kencing atau dengan melakukan imbasan (scan).

buka buku pink di klinik swasta, panduan buka buku pink

Beza Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Dan Klinik Kerajaan

Setelah kehamilan disahkan, langkah seterusnya adalah membuka buku pink. Yang paling penting, pastikan usia kehamilan anda berada dalam anggaran 12 minggu atau masih dalam trimester pertama.

Ini kerana, jika anda terlambat membuka buku pink, terutamanya di klinik kesihatan, anda akan dianggap sebagai ‘late booking’.

Prosedur Buka Buku Pranatal Di KKIA Lebih Terperinci

Bagi ibu yang hamil buat kali pertama, pastinya anda belum pernah melalui proses membuka buku pranatal di klinik kesihatan atau KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak). Biasanya, pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan seperti:

Prosedur di klinik kesihatan:

  • Mengukur ketinggian dan berat badan
  • Memeriksa tekanan darah
  • Ujian air kencing
  • Ujian darah
  • Pemeriksaan perut
  • Menyemak sejarah kehamilan dan sejarah penyakit keluarga

Manakala, prosedur di klinik swasta adalah lebih ringkas, antaranya:

  • Ujian air kencing
  • Memeriksa tekanan darah
  • Menimbang berat badan
  • Pemeriksaan perut
 

Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Lebih Mudah Lakukan Janji Temu

Kelebiha buka buku pranatal dan menjalani pemeriksaan bulanan di klinik swasta adalah anda boleh menetapkan janji temu pada waktu yang sesuai dengan keadaan anda. Anda tidak perlu menunggu lama, hanya perlu mengambil nombor giliran dan menunggu untuk dipanggil.

Sebagai contoh, jika pekerjaan anda sukar membolehkan anda mengambil cuti semasa waktu bekerja, anda boleh membuat janji temu pada hari Sabtu atau Ahad iaitu pada hujung minggu.

Berbeza dengan di KKIA, janji temu hanya boleh dibuat pada hari Isnin hingga Jumaat, dan ibu hamil biasanya perlu datang lebih awal untuk mengelakkan menunggu terlalu lama. Buku pranatal akan diletakkan di dalam bakul bersama nombor giliran yang akan dipanggil kemudian.

Prosedur Pemeriksaan Jika Buka Buku Pink Di Klinik Swasta

Prosedur pemeriksaan di klinik swasta biasanya melibatkan beberapa langkah seperti:

  • Ujian air kencing
  • Menimbang berat badan
  • Imbasan (scan) bayi

Semasa imbasan, doktor akan memberikan maklumat mengenai perkembangan bayi dalam kandungan, termasuk saiz, degupan jantung, berat bayi, jumlah air ketuban, dan lain-lain.

Sementara itu, jika anda membuka buku pink di klinik kesihatan, prosedur yang perlu dilakukan adalah:

  • Ujian air kencing
  • Menimbang berat badan
  • Memeriksa tekanan darah
  • Memeriksa degupan jantung bayi
  • Pemeriksaan dengan jururawat

Bagi ibu yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes gestasi, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor. Pemeriksaan ultrasound pula hanya akan dilakukan pada bulan-bulan tertentu dan jika terdapat sebarang masalah pada kandungan.

Bayaran Setiap Kali Pemeriksaan Jika Buka Buku Pink Di Klinik Swasta

Ini adalah faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan sama ada ingin membuka buku pink di klinik kesihatan atau klinik swasta.

Di klinik swasta, setiap kali janji temu, kos yang perlu dibayar biasanya sekitar RM100+ dan mungkin lebih mahal bergantung pada klinik yang dipilih. Kos ini belum termasuk ubat-ubatan yang mungkin perlu diambil.

Caj tersebut mungkin juga akan meningkat jika terdapat masalah pada kandungan atau kesihatan ibu. Sebaliknya, di KKIA, tiada bayaran dikenakan dan pemberian ubat atau vitamin pranatal adalah percuma.

Bolehkah Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Bersalin Di Hospital Kerajaan?

Boleh! Anda boleh membuka buku pink di klinik swasta dan tetap bersalin di hospital kerajaan. Banyak ibu hamil memilih untuk membuat pemeriksaan pranatal di klinik swasta kerana fleksibiliti masa dan keselesaan. Namun, apabila tiba masa untuk bersalin, anda boleh memilih untuk bersalin di hospital kerajaan, asalkan anda masih memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak hospital.

Pastikan anda membawa buku pink ke hospital kerajaan, kerana ia mengandungi rekod penting mengenai perkembangan kehamilan anda yang akan membantu pihak hospital menyediakan penjagaan terbaik semasa proses bersalin.

Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Kerajaan: Pilihan Di Tangan Anda

Tak kira anda pilih untuk buka buku pranatal di KKIA atau klinik swasta, satu perkara yang pasti buku ini sangat penting untuk anda dan bayi dalam kandungan! Kenapa?

Sebabnya, buku pink ini penuh dengan maklumat penting seperti berat badan, bacaan HB, kandungan gula, ukuran bayi, serta catatan dari jururawat dan doktor setiap kali temujanji.

Jadi, sepanjang kehamilan, pastikan ibu mengandung sentiasa bawa buku ini ke mana-mana. Sebab, ia bukan sahaja menjadi rujukan bagi doktor yang merawat, malah sangat berguna jika berlaku kecemasan. Jadi, jangan lupa ya!

eCentral

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

Baca juga: Bila Boleh Buka Buku Pink Sebaik Tahu Diri Hamil? Ini Panduan Lengkap Buat Ibu, Jangan Lambat Ya!

Baca juga: Utamakan Buku Pink & IC Bila Nak Bersalin, Anggap Macam Nyawa Sendiri! Ini Sebabnya…

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Buka Buku Pink Di Klinik Swasta Atau Klinik Kesihatan? Bakal Parent Pertimbangkan 7 Perkara Ini Dulu
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham