Apa Perlu Buat Jika Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas? Ini Penjelasannya

Sesiapa yang meninggalkan puasa wajib perlu qada’ semula, bagaimana pula jika tidak sempat ganti puasa sebelum Ramadan akan datang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih kurang seminggu sahaja lagi nak menyambut bulan Ramadan, apa perlu buat jika tidak sempat ganti puasa tahun lepas?

Jika puasa belum digantikan sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya sedangkan mampu melaksanakannya, wajib membayar fidyah atau denda baik lelaki mahupun perempuan.

Tidak Sempat Ganti Puasa Yang Ditinggalkan Sebelum Ramadan Tiba

Sesiapa yang meninggalkan puasa wajib secara sengaja atau tidak sengaja perlu menggantikannya semula (qada’) sebelum masuk Ramadan seterusnya. Jika tidak sempat ganti puasa, wajib dikenakan bayaran fidyah.

Bayaran fidyah boleh mula dibayar pada bulan Ramadan tahun berikutnya dan perlu dilangsaikan dengan segera supaya tidak berhutang dengan Allah SWT.

Di samping itu, umat Islam juga dikatakan lebih baik berpuasa berbanding membayar fidyah. Sepertimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke-184: 

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.”

Sebab-Sebab Dikenakan Fidyah

  • Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
  • Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
  • Wanita hamil yang risaukan kesihatan kandungannya sahaja.
  • Wanita yang menyusukan anak kerana risaukan anaknya sahaja.
  • Orang yang menunda-nunda untuk qada’ (ganti) puasa sehingga masuk Ramadan yang berikutnya.
  • Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasa sedangkan dia mampu melaksanakannya semasa hidup. Maka, waris perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta dilakukan.

Kadar Bayaran fidyah

Menurut mazhab Syafie, kadar fidyah yang diwajibkan bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah secupak beras yang boleh dibuat zakat firah. Secupak bersamaan dengan 1/4 gantang Baghdad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harga fidyah mengikut negeri

  • Wilayah Persekutuan : RM4.00
  • Selangor : RM1.80
  • Kedah : RM1.80
  • Pulau Pinang : RM1.75
  • Perak : RM1.80
  • Negeri Sembilan : RM1.75
  • Melaka : RM1.80
  • Johor : RM1.75
  • Perlis : RM5.00
  • Pahang : RM1.75
  • Terengganu : RM1.75
  • Kelantan : RM1.75
  • Sarawak : RM1.75
  • Sabah: RM1.75

Cara kiraan fidyah adalah bergantung sama ada fidyah ridak berganda atau berganda.

Kiraan bayaran fidyah tidak berganda:

(jumlah hari ditinggalkan) X (kadar fidyah ikut negeri) = (bayaran fidyah)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kira bayaran fidyah berganda:

(jumlah hari ditinggalkan) X (kadar fidyah ikut negeri) X (jumlah tahun ditinggalkan) = (bayaran fidyah)

Namun begitu, ada sesetengah negeri yang menetapkan bahawa puasa yang ditinggalkan sehingga beberapa tahun, fidyah perlu didarab bilangan tahun yang telah ditinggalkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Niat Puasa Ganti/ Qada Puasa Ramadhan Bahasa Arab Dan Rumi Mengikut Mufti WP

Baca juga: Ibu Menyusu Berpuasa Yang Rasa Terlalu Letih Boleh Berbuka, Jangan Sampai Paksa Diri

Baca juga: Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah