Normalkah Ibu Hamil Kerap Berasa Mengantuk & Tidur Lama Ketika Waktu Siang?

Dalam melalui setiap fasa kehamilan, tubuh ibu akan mengalami pelbagai perubahan termasuklah kerap berasa penat dan waktu tidur menjadi lebih lama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses kehamilan mendatangkan banyak perubahan dalam sebahagian besar hidup bakal ibu. Ini termasuklah selera terhadap makan, kerap berasa penat, mengantuk dan tidur lama berbanding sebelum berbadan dua dahulu. Ramai mengakui masalah ini berlaku ketika trimester pertama.

Bagi anda baru pertama kali mengandung, fasa kehamilan mungkin membuatkan anda kurang selesa, emosi tidak stabil dan tubuh hilang tenaga kerana terpaksa berdepan alahan serta pening kepala yang berpanjangan.

Baca juga: Elakkan Posisi Tidur Terlentang, Ia Mendatangkan Risiko Kematian Bayi Dalam Kandungan!

Penyebab ibu hamil berdepan masalah tidur lama

credit to sources

Menurut penelitian ketika ibu dalam trimester pertama kehamilan, hormon progesteron dihasilkan lebih banyak. Ini yang membuatkan anda berasa mudah mengantuk dan sering menguap meskipun pada waktu siang. Aliran hormon progesteron turut membuatkan ibu berasa hari-hari yang dilalui adalah sama penat dengan berlari marathon.

Bagi anda yang tidak tahu, sukar untuk tidur malam terjadi disebabkan oleh hormon ini. Progesteron ini menyokong penghasilan air kencing dan membuatkan ibu sering ulang-alik ke tandas.

Ketika memasuki trimester kedua pula, ibu hamil cenderung berdepan masalah lain yang menganggu tidur seperti pedih ulu hati dan restless leg syndrome.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 Sesetengah ibu mengalami kekurangan zat besi serta anemia dalam tubuhnya. Senaman ringkas seperti berjalan-jalan di sekitar rumah kadang-kala memberikan kesan sampingan kepada anda pada malam hari. Anda mungkin berasa lenguh kaki atau sakit bahagian belakang.

Manakala pada trimester ketiga, janin semakin membesar dan ukuran rahim turut berkembang. Keadaan ini menyebabkan ibu semakin sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang lebih selesa. Menurut National Sleep Foundation menyarankan ibu mengandung tidur secara mengiring bagi membantu aliran darah dan nutrisi kepada janin.

Anda sememangnya digalakkan tidur lama ketika mengandung

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Disebabkan oleh berlaku perubahan terhadap pola tidur ibu seperti yang dijelaskan di atas, sebuah penelitian yang dilakukan oleh Lee KA kepada seramai 131 ibu mengandung pada usia ke-9 bulan mendapati bahawa golongan yang sering kali mengalami gangguan tidur malam berisiko besar melahirkan bayi secara pembedahan.

Selain itu kekurangan kualiti waktu tidur ibu juga menjadi pendorong kepada depresi, mudah sensitif, tekanan dan sukar untuk fokus. Ini turut menjejaskan penghasilan hormon yang diperlukan oleh janin untuk berkembang dengan baik.

Dalam erti kata lain, ibu mengandung sangat memerlukan waktu tidur yang lama kerana sering kali berdepan pelbagai gangguan ketika waktu malam.

Petua mengatasi sukar tidur ketika mengandung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada mengambil pil ubat-ubatan bagi membolehkan anda lebih mudah tidur, ibu sebenarnya disarankan untuk berbincang dengan doktor ketika berdepan masalah ini.

Kami menggalakkan anda untuk tidur ketika siang pada pukul 2 hingga 4 petang. Sesekali luangkanlah sedikit masa sekitar 30 minit untuk melakukan aktiviti fizikal pada waktu pagi dan petang untuk mengurangkan masalah insomnia ibu sepanjang kehamilan.

Selain itu, beberapa tips ini mungkin membantu anda:

#1. Amalkan segelas susu panas atau suam

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebelum melangkah masuk ke bilik tidur, ibu boleh cuba mengamalkan pengambilan segelas susu panas dan suam bagi membolehkan anda tidur lena. Sebenarnya susu mengandungi amino tryptophan yang berupaya meningkatkan kadar serotonin dalam otak dan membantu ibu mudah melelapkan mata.

#2. Elak makan dan minum berlebihan

Tidak dinafikan anda mungkin kerap berasa lapar terutamanya masuk waktu malam. Justeru, cuba mengawal nafsu makan. Elak mengambil makanan berat, anda boleh menggantikannya dengan makanan ringan seperti biskut atau buah-buahan.

Selain itu, kurangkan pengambilan air menjelang waktu tidur bagi mengelakkan anda kerap kali berulang ke bilik air. Bayangkan sahaja tengah lena tidur, sekejap-sekejap terjaga sebab nak buang air kecil, mesti jadi sukar untuk tidur semula!

#3. Jangan tidur secara terlentang

Bagi membuatkan tidur menjadi lebih selesa, ibu mengandung hendaklah mendapatkan posisi tidur yang terbaik. Antara yang disarankan ketika hamil ialah posisi tidur secara mengiring ke belah kiri. Ini adalah penting bagi melancarkan pengaliran darah, oksigen dan nutrisi kepada janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala gunakan bantal selesa bagi mengurangkan rasa sakit pada bahagian belakang, pinggang atau pinggul. Ini sekaligus membuatkan anda berasa lebih selesa untuk tidur lena.

Sumber: Hello Sehat, Mingguan Wanita

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia