Latih Anak Tidur Awal Setiap Malam, Baik Untuk Otak Mereka, Ibu Ayah Pun Dapat Rehat Lebih

Tidur yang berkualiti setiap hari amat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak. Elakkan masalah kurang tidur pada anak kecil. Ini yang ibu ayah perlu tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkembangan fizikal dan mental si manja sering dikaitkan dengan tidur yang berkualiti. Meskipun banyak masa dipenuhi dengan bermain serta melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan, ibu ayah hendaklah bijak dalam mengatur waktu tidur anak-anak, supaya mereka tidak mengalami masalah kurang tidur.

Menurut kajian yang melibatkan kanak-kanak di Malaysia, hampir 41.5 peratus daripada mereka tidak memperoleh tidur mencukupi. Hal ini sekaligus mendorong masalah tingkah laku si manja seperti suka meragam dan menangis.

Di dalam artikel ini, anda akan mengetahui lanjut tentang:

  • Pentingnya waktu tidur yang berkualiti bagi perkembangan kanak-kanak 
  • Perubahan pada anak bila mereka tidur awal
  • Kesan tidur yang berkualiti pada otak kanak-kanak
  • Kesan negatif jika anak tidak cukup tidur

Pentingnya waktu tidur yang berkualiti bagi perkembangan kanak-kanak

foto: irine nadia

Menurut ahli terapi cara kerja, Siti Aisyah Rozalli, anak yang tidur lebih awal pada waktu malam membolehkan mood ceria dan positif pada keesokan hari. Selain itu, si manja juga mempunyai kelebihan lain seperti selera makan meningkat kerana keseluruhan fungsi tubuh telah 'dicaj' semula.

Sejak anak sudah mula sekolah kali ini, saya tidurkan mereka awal. Jika sebelum ini masuk pukul 10 malam baru saya bunyikan suara dan minta anak-anak masuk ke bilik.

Dan biasanya kesemua mereka akan benar-benar tidur dalam lebih kurang jam 11 malam. Kadang-kadang terbawa sehingga jam 1 pagi. (Yelah, nak haus dulu lah, nak guling dulu lah, nak gaduh dulu lah..)

Namun dalam tempoh sebulan dua ini, saya usaha latih anak-anak untuk tidur awal. Ketika jam 8.30 malam, adik-adik yang kecil sudah baring di atas katil, tutup semua lampu dan diajak tidur.

Selepas waktu Isyak, giliran abang-abang pula melelapkan mata. Dan alhamdulillah, sekarang ini masuk jam 9 malam, anak-anak saya semua sudah tidur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada petang semalam, Aufa balik playgroup. Dia makan aiskrim McD dalam kereta (sebab dah seminggu janji nak belanja), masuk je rumah dia tertidur dengan mudah hinggalah ke pagi Subuh.

Ibu ayah nak tahu tak apa perubahan yang paling ketara pada anak saya bila mereka tidur awal?

  • Mood lebih mudah diramal
  • Senang bawa berbincang
  • Makan menjadi sangat berselera
  • Setiap pagi memang tiada drama langsung nak bangun tidur (anak-anak saya yang sudah sekolah rendah semua solat Subuh jemaah sekali, alhamdulillah)

Manakala perubahan yang saya alami bersama suami pula ialah:

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kami mempunyai masa dan ruang untuk berehat selepas jam 9 malam sebab anak-anak semua dan tidur
  • Kami berdua lebih mudah bangun awal pagi
  • Tabiat makan malam sudah tiada kerana dapur tutup awal
  • Kami lebih tenang di pagi hari semasa rush hour pagi tu

Dan sebab itulah juga saya mulakan rutin harian setiap jam 10 malam sebab anak-anak kecil semua sudah tidur. Kalau dulu, mereka kadang-kadang jam 1 pagi baru reti nak masuk bilik sebab saya dan suami kerja sehingga lewat malam. 

Manakala tidak jadikan waktu tidur anak-anak sebagai keutamaan.

Kesan tidur yang berkualiti terhadap otak kanak-kanak

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Tidur membersihkan toksik dalam otak

Otak memerlukan tenaga untuk berfungsi. Hasil daripada itu ia menghasilkan sejenis toksik yang perlu disingkirkan melalui glymphatic system. Ia juga menjadi punca berlakunya penyakit Alzherimer.

Glymphatic system ini berfungsi sepanjang masa, tetapi lebih aktif semasa tidur. Justeru bagi memastikan proses pembersihan berjalan lancar, ibu ayah hendaklah memastikan si manja tidur yang cukup.

#2. Menjadikan otak lebih kreatif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hypnagogia merupakan keadaan seseorang itu antara sedar dan tidur. Ketika dalam fasa ini, si manja akan menemui cara kreatif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada siang hari.

Hal ini kerana otak menyusun dan menstruktur semula memori. Ini sekaligus mampu meningkatkan daya kreativiti anak kecil anda.

#3. Menguatkan ingatan

Sewaktu si manja memperoleh tidur yang berkualiti, memori jangka pendek akan ditukar kepada memori jangka panjang. Semasa tidur juga otak akan memaparkan semula kejadian yang berlaku pada hari tersebut dan sekaligus menguatkan ingatan.

Menurut Sleep Deprivation dan False Memories, waktu tidur yang tidak mencukupi pada kanak-kanak bukan sahaja menyebabkan otak tidak mampu menukar memori jangka pendek kepada jangka panjang. Malah, ia turut bercampur aduk daripada situasi yang lain sehingga mewujudkan false memories.

Kesan negatif jika anak tidak cukup tidur

Bahaya sekiranya anak tidak cukup tidur, dan ia bukan sekadar memberi efek pada prestasi akademik semata-mata, kata pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah apabila kekurangan tidur yang digabungkan dengan pendedahan yang lebih besar kepada kuman di sekolah menjadikan lebih tinggi risiko untuk kanak-kanak jatuh sakit.

"Kesihatan fizikal anda boleh mula terjejas apabila anda tidak mendapat secukupnya rehat malam yang anda perlukan," Sujay Kansagra, MD, pengarah program perubatan tidur neurologi pediatrik Duke University di North Carolina, dalam laporannya di portal Healthline.

Kekurangan tidur juga memberi efek pada perkembangan otak kanak-kanak. 

"Orang muda, terutamanya remaja, masih mengembangkan frontal lobe (otak depan) dan kemahiran membuat keputusan mereka, tetapi apabila kekurangan tidur diburukkan lagi, frontal lobe anda paling terjejas," kata Kansagra.

"Ini boleh menyebabkan fungsi mental berkurangan seolah sama seperti orang mabuk, di mana proses membuat keputusan ditangguhkan dan terjejas, perhatian dipendekkan, dan fungsi ingatan berkurangan," katanya.

Kesannya juga boleh membawa kepada hilang ingatan.

"Kanak-kanak kurang tidur mempunyai lebih banyak masalah tingkah laku, lebih banyak masalah akademik, lebih banyak masalah kesihatan, lebih banyak risiko dalam tingkah laku, dan lebih banyak kebimbangan dan masalah berkaitan mood," Lynelle Schneeberg, PsyD, penolong profesor di Yale School of Medicine dan pengarah tingkah laku. program tidur di Pusat Perubatan Kanak-kanak Connecticut.

Di samping itu, dia berkata, "Kanak-kanak yang kurang tidur mempunyai lebih banyak ketakutan tidur, mimpi ngeri, mengigau seperti berjalan sambil tidur dan kencing."

Di samping itu, kurang tidur juga boleh meningkatkan risiko kanak-kanak untuk masalah kesihatan, seperti obesiti, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, strok, degupan jantung tidak teratur, dan diabetes, kata Jessica Brown, DO, MPH, pakar yang disahkan lembaga dalam perubatan tidur kanak-kanak. di Our Lady of the Lake Children's Health di Louisiana.

Siti Aisyah, Root of Science, Healthline

Kredit foto: mother and baby

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pastikan Anak Tidur Cukup Pada Waktu Siang, Ini 9 Akibat Jika Anda Mengabaikannya!