Ibu Bapa Boleh Pilih Tidak Hantar Anak Ke Sekolah Pada 3 Okt, Tiada Tindakan Disiplin Dikenakan

Tiada tindakan disiplin dikenakan kepada pelajar jika ibubapa mereka memilih untuk tidak hantar ke sekolah bermula 3 Oktober nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesi persekolahan secara bersemuka akan dilaksanakan pada 3 Oktober ini mendapat reaksi pelbagai daripada ibu bapa. Apa yang penting, tidak salah jika ibu bapa tidak benarkan anak ke sekolah kerana anak tidak akan dikenakan tindakan disiplin.

Perkara itu diumumkan, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengambil kira kerisauan ibu bapa mengenai jangkitan Covid-19 kepada anak mereka.

Tiada tindakan disiplin jika tak hantar anak ke sekolah

kredit: mykmu.net

Ibu bapa yang memutuskan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila ia kembali dibuka 3 Oktober ini tidak akan dianggap telah melakukan kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarkan.

Mengesahkan perkara itu, Radzi berkata, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memahami tentang kegusaran pihak penjaga, berikutan penularan Covid-19 di negara ini.

Namun, biarpun tiada surat amaran, pihak ibu bapa dan penjaga masih perlu menulis surat tentang ketidakhadiran jagaan mereka, bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah.

Hanya perlu kemukan surat penjelasan

“Tak hadir tak apa..kami tak akan hantar surat amaran tetapi ibu bapa (dan penjaga) perlu menulis surat penjelasan kepada pihak sekolah dan kaedah ini akan digunapakai sehingga hujung tahun ini.

“Kalau ibu bapa rasa tak selamat, takut (anak-anak dan jagaan) kena denda, tak perlu risau, kerana kami tak akan ambil tindakan displin, tapi perlu ditulis surat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini merupakan satu keseimbangan yang kita gunakan, dalam kita cuba membawa anak-anak kembali ke sekolah, dan pada yang masa, kita mengambil kira kerisauan mereka,” katanya.

Bagaimana pastikan anak jaga diri di sekolah?

kredit: sumberkini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Percayalah ibu bapa, anak akan mudah faham dan praktik apabila kita ajarkan padanya.

Mungkin ada yang membantah pembukaan ini, tetapi tidak kurang juga yang rasa sedikit ‘lega’ terutama ibu bapa yang bekerja.

Mereka tiada pilihan, apa yang boleh dilakukan adalah mendidik anak untuk mengamalkan norma baharu di sekolah.

Mungkin susah bunyinya, tapi jika ia menjadi amalan yang diterapkan sejak dari rumah, tidak mustahil anak-anak boleh lakukan dengan baik di sekolah. Jom lihat apa yang perlu ada sebelum anak ke sekolah.

#1. Ajar mereka untuk sentiasa menjaga kebersihan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti biasa, anak sudah diajar untuk sentiasa mencuci tangan, pesan pada mereka, perkara itu perlu dibuat lebih lagi sekarang ini.

Ajar mereka jangan sentuh bahagian muka, mata atau hidung selagi belum membasuh tangan.

#2. Bekalkan dengan hand sanitizer

kredit: ohbulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada yang takut anak akan termakan, tetapi ia boleh dipraktikkan dari awal. Ada anak kini seawal usia empat tahun sudah tahu apa itu hand sanitizer dan mereka tahu ia bahaya untuk di makan.

Jadi terangkan pada anak anda, mengapa ia perlu.

#3. Sediakan topeng muka

Di pasaran terdapat pelbagai saiz topeng muka, pastikan beli lebih untuk kegunaan anak. Tidak salah untuk simpan stok lebih awal sebelum sekolah dibuka.

#4. Jangan bersentuhan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin sukar untuk mereka fahami, kenapa tidak boleh bersentuhan dengan rakan lain di sekolah. Gunakan bahasa yang mudah supaya mereka faham kini tidak lagi boleh bersalaman dan berpelukan seperti biasa.

Anak kecil memang takut dengan perkataan ‘bad germs’, kuman dan sebagainya. Jadi jika anda terangkan dalam bahasa mudah difahami, mereka mungkin boleh praktikkan lebih baik dari orang dewasa.

Bagaimana buat anak biasakan diri dengan norma baharu?

Apa yang penting anak itu perlu memahami kehidupan dalam norma baharu. Jadi bagaimana untuk biasakan mereka dengan norma baharu.

#1. Beri penerangan jelas, guna bahasa yang anak fahami

Ini sangat penting kerana ia menentukan sama ada anak anda akan bejaya atau sebaliknya. 

#2. Tunjuk kepad anak situasi jika mereka dijangkiti

Ada kanak-kanak yang mereka mahu ditunjukkan bukti dulu baru dengar kata, jadi tunjukkan kepada mereka situasi yang mungkin dihadapi jika dijangkiti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

kredit foto: siraplimau

Baca juga: Risau Penularan Covid-19, Lelaki Ini Sukarela Basuh Taman Permainan Kanak-Kanak

Baca juga: Kes COVID-19 Dah Mula Meningkat Balik, Ini Cara Biasakan Anak Jaga Kebersihan Diri Di Tadika

Baca juga: 9 Cara Menjaga Kebersihan Pekarangan Rumah Yang Salah, Ia Punca Kenapa Anak Kerap Sakit!

Penulis

Lala Annuar