Tingkah laku kanak-kanak hendaklah dibentuk dengan baik sejak mereka masih kecil. Mana tidaknya, anak yang sering dimanjakan oleh ibu ayah berpotensi besar menjadi seorang ‘raja’ apabila mereka dewasa kelak.
Sebab itulah jika anda melihat kembali gaya keibubapaan yang diterapkan pada zaman nenek moyang dahulu, walaupun anak kecil mempunyai kebebasan bermain, namun masih ada hukuman yang menanti jika anak melakukan kesilapan.
Tingkah laku kanak-kanak yang gemar merampas barang
Kebiasaannya apabila ibu ayah melihat anak meragam kerana berebut makanan atau barang mainan, si kakak atau abanglah yang selalu terpaksa beralah dengan adik. Sekiranya mereka enggan, bermulalah episod suasana bising dalam rumah dan mula membuatkan ibu berasa stres.
Bagi mengelakkan situasi sebegini, anda sebenarnya perlu bijak dalam menarik perhatian anak-anak supaya mereka tidak bergaduh dan ibu ayah tanpa perlu tinggikan suara.
Ahli terapi Perkembangan Anak, Nurul Sheriena Musa memberikan penerangan yang cukup jelas bagi ibu ayah mengawal tingkah laku kanak-kanak di rumah.
Baiklah saya mahu kongsikan bahaya jika anak suka rampas mainan atau diberi galakan untuk merampas mainan orang lain di mana ada kemungkinan kehilangan.
#1. Gagal berkongsi
Pernah tak ibu ayah ternampak atau sendiri memaksa anak yang lebih besar mengalah dengan adiknya masih kecil? Sebelum belajar, saya juga pernah beranggapan bahawa jika abang atau kakak, sudah sememangnya mereka perlu mengalah kerana lebih mudah memahami arahan.
Dan biarkan pula adik menang. Ye lah, selalunya kena beralah.
Dari sudut perkembangan, ada masanya anak tidak dapat memahami konsep berkongsi. Baginya semua barang adalah dia yang punya. Jadi, dia akan merampas sesuka hati meskipun ia bukanlah milik dia.
Sekiranya ibu ayah hanya melihat dan membiarkannya sahaja, anak mampu belajar sendiri. Namun kebanyakan anak ini akan lebih mudah faham jika ibu ayah tunjukkan.
#2. Menghapuskan keupayaan untuk meminta
Peluang untuk mengajar si manja meminta akan hilang kerana anak belajar yang apa dia minta barulah dia akan dapat kerana ibu ayah terlalu membantu mereka walaupun bukan milik dia.
Kesannya, dia minta dengan cara merampas atau mengamuk sehinggalah ia memperoleh keinginan tersebut. Bukan itu sahaja, ia turut menjauhkan anak untuk belajar bersabar.
Dalam bahasa Inggerisnya ia dipanggil sebagai Delay Gratification. Ya anak akan menjadi tergopoh-gapah dan semua perkara hendaklah ikut speed cara dia, sebab itulah bila ingin sesuatu, dia suka merampas!
Conquer sahaja semua.
#3. Mudah menjadi marah
Anak yang suka berebut dan merampas barang juga mudah menjadi seorang yang pemarah dan bengis kerana apabila tindakannya gagal, dia mula dilanda kegelisahan, mengamuk, menjerit dan marah.
Lagi seronok, ibu ayah beri galakan suruh adik yang merampas itu menang dan si abang pula mengalah. Bagi anak itu, bila dia marah gerenti dia akan senang dapat.
Dalam hal ini, ibu ayah perlu mengajar anak kecil untuk mempertahankan hak mainan. Anda tidak boleh sentiasa menyuruh abang dan kakak mengalah dengan adik.
Jika barang abang bermaksud itu barang abang. Tapi janganlah ibu ayah kalut pergi beli barang mainan baru untuk si adik pula.
Gunakan teknik yang sesuai untuk mendidik
Ada teknik yang sesuai untuk mendidik jiwa anak yang belum faham konsep berkongsi atau menunggu giliran. Antaranya ialah peluang mendidik anak tentang adab. Barang orang lain perlu anda ajarkan supaya anak menghormati dan belajar untuk berkongsi mainan secara bergilir-gilir.
Bukan apa takut risau apabila lama-kelamaan, anak-anak mula menjadi tuan rumah sekiranya anda terus bertenang melihat sikap anak suka merampas mainan orang tidak kira di rumah ataupun di tempat lain.
Selain terus menghukum, ibu ayah sebenarnya tidak perlu mudah melenting dan naik angin.
Anak-anak yang membesar sebenarnya mudah diajar supaya mereka berdisiplin dan tahu ada perkara yang dibolehkan serta ada juga perkara tidak boleh dilakukan sama sekali.
Sumber: Nurul Sheriena Musa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: