X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

3 min bacaan
5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Anak kecil terkenal dengan sifatnya yang tidak reti duduk diam, tidak mampu bersabar atau tidak mahir untuk menunggu. Jadi, apa caranya untuk kita mendidik kanak-kanak bersabar dan menunggu? Jom baca lanjut untuk ketahui tipnya!

Tidak semua orang suka menunggu atau dapat menunggu dengan sabar; apatah pula kanak-kanak yang memang kita tahu sifatnya yang tak reti nak duduk diam. Macam manalah mahu ajar anak cara sabar ni?

Tetapi, nak tak nak, kita sebagai ibu ayah perlu mengajar anak kita cara sabar dan tabah menunggu. Tak kiralah menunggu apa sekalipun.

Cara Ajar Anak Cara Sabar

Ada beberapa kaedah yang boleh membantu anda memupuk kawalan diri dalam diri anak supaya dia tidak bosan menunggu.

1. Visualisasi masa

5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Kalau anda hendak tahu, kanak-kanak mampu membina pemikiran abstrak pada seawal usia 9 tahun.

Sebelum itu, fikiran mereka berfungsi dengan cara yang lebih konkrit, yang menjadi sebab mengapa ia sukar bagi mereka untuk membezakan antara 15 dan 45 minit.

Untuk mengatasi masalah sukar membayangkan masa itu, anda boleh mencuba untuk menggambarkan masa sebaik mungkin.

Cara yang salah: “Kita akan bertolak dalam masa satu jam” atau “Kamu mempunyai 10 minit untuk menyimpan mainan semula kamu.”

Cara yang betul: “Ayah akan pulang dari kerja ketika matahari terbenam atau bila hari sudah mula gelap.”

Proses menunggu untuk anak kecil tidak akan membosankan jika dia boleh membuat perbandingan seperti “Oh, ia secepat seperti menggosok gigi saya!“

2. Ajar permainan yang anak-anak anda boleh bermain dengan sendiri

5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Terdapat beberapa sebab mengapa bermain bersendirian adalah penting untuk kanak-kanak.

Salah satunya adalah mereka dapat melayan diri mereka di mana saja dan bila-bila masa.

Imaginasi kanak-kanak tiada sempadannya, dan permainan ini tidak memerlukan sebarang penyediaan atau objek khusus.

Jenis permainan yang salah: Permainan dalam smartphones atau tablet menghalang perkembangan imaginasi dan kreativiti (permainan telah ditetapkan oleh perekanya).

Jenis permainan yang betul: teka-teki jigsaw, memburu harta karun, mereka cerita dongeng, bermain-main, dan sebagainya.

Terdapat beberapa cara untuk mengajar kanak-kanak bermain secara bebas, dan hasilnya sangat berbaloi jika anda bersabar.

3. Permainan di tempat awam

5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Kanak-kanak memang cepat berasa bosan ketika menunggu bas atau menunggu ibunya pulang dari kedai.

Ada beberapa cara terbaik untuk mengalihkan perhatian mereka.

Permainan: Main games mencari/mengira pada objek di kawasan sekeliling (warna, bentuk, huruf pertama nama). Sebagai contoh, anda boleh bermain mengira kereta berwarna merah yang lalu di jalan semasa menunggu di perhentian bas atau mencari perkataan pada signboard jalan semasa di dalam kereta. Menarik, bukan?

4. Cara mudah untuk tidak mengganggu orang dewasa

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu

Gambar: @thehouseofhendrix

Allison Hendrix adalah seorang blogger dan ibu kepada dua orang anak di mana dia telah mereka “permainan Interrupt Rule” yang tular di laman media.

Cara: Apabila anak anda ingin menyampuk ketika anda sedang bersembang dengan orang lain, mereka harus meletakkan tangan mereka pada lengan atau bahu anda. Jika anda menyentuh semula tangan mereka sebagai tindak balas, ia bermakna bahawa hajatnya untuk menyampuk itu telah “didengari” dan akan dilayan secepat mungkin.

Mengapa ia berkesan: Ia menunjukkan kita hormat keinginan si kecil itu dan tidak mengabaikannya, walaupun kita tengah sibuk bersembang pada ketika itu.

5. Menunggu peristiwa besar (Hari jadi, Hari Raya, Krismas)

cara sabar

Kadang-kadang, anak kecil juga tidak sabar untuk menunggu tibanya hari penting dalam hidup mereka.

Dia tidak sabar mahu menerima hadiah atau makan kek ketika hari jadinya. Atau, dia tidak sabar mahu bermain bunga api ketika hari raya.

Penat kita terangkan padanya tetapi dia masih tetap tidak sabar!

Bagaimana untuk membantu: Tunjukkan pada si kecil anda tarikh peristiwa tersebut dalam kalendar. Ini supaya dia dapat membayangkan jarak hari tersebut. Setiap hari, tandakan tarikh yang dilalui dan berikannya tugas kecil yang kreatif untuk dilakukannya. Lambat laun, hari yang dinantinya akan tiba juga!

Rencana diterjemah daripada Brightside.

Baca juga:

Bagaimana Saya Menjadi Seorang Ibu Yang Tenang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • 5 Cara Mengajar Kanak-Kanak Bersabar Dan Menunggu
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham