9 Rahsia Mendidik Anak Jadi Pintar Sejak Dari Dalam Perut, #5 Ibu Wajib Cuba Hari Ini!

Tips anak bijak dalam kandungan boleh dicuba oleh ibu-ibu mengandung. Ia tidaklah sukar dan perlu dilakukan konsisten dengan kerjasama suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang perjalanan kehamilan memberikan pelbagai perasaan suka dan duka. Setiap ibu pastinya ingin yang terbaik buat si manja. Justeru apa kata anda semak beberapa tips anak bijak dalam kandungan ini.

Tidak dinafikan setiap ibu ayah mempunyai impian memiliki anak yang pintar dan bijak sejak kecil. Sebenarnya sejak mengandung lagi para ibu boleh mencuba beberapa petua bagi merangsang perkembangan otak bayi.

Tips anak bijak dalam kandungan

credit to sources

Secara asasnya, untuk menjadikan anak pintar dalam perut adalah dengan:

#1. Tips anak bijak dalam kandungan- memastikan berat badan tidak berlebihan atau berkurangan semasa mengandung

Elakkan tabiat makan untuk dua orang. IQ bayi amat berkait rapat dengan volume otak bayi. Volume otak bayi pula berkait rapat dengan berat bayi semasa lahir.

Ini bermakna lebih besar bayi, lebih bijaklah dia. Peningkatan ini mula perlahan apabila berat bayi mencecah lebih kurang 2.9kg. Tabiat pemakanan semasa kehamilan amat mempengaruhi berat bayi anda.

Justeru para ibu hendaklah memastikan anda ambil makanan berkhasiat dan mengawal berat badan pada kadar yang normal. Jangan sampai terlebih atau terkurang berat badan ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Anak pintar dalam kandungan- berikan nama yang baik

Memandangkan kini ibu ayah dapat mengetahui jantina bayi seawal usia kandungan enam bulan, anda disarankan untuk memilih nama dengan maksud yang baik. Setiap kali bercakap, ibu boleh mengusap perut dan memanggil namanya.

Tidak semena-mena janin akan memberi respon comel dengan menendang-nendang dari dalam perut.

#3. Alunkan ayat al-quran

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sewaktu hamil, ayah juga perlu memainkan peranan yang baik dengan sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al-quran. Selain dapat merangsang kecerdasan otak bayi, ia juga menjadi persediaan bagi memudahkan proses ibu bersalin nanti.

Bukan itu sahaja, alunan al-quran dapat membantu para ibu untuk lebih bertenang menghadapi setiap liku-liku sepanjang kehamilan.

#4. Menerima kehadiran cahaya mata dengan ikhlas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebenarnya tidak semua ibu bersedia untuk menimang cahaya mata yang seterusnya. Ada juga yang mengatakan ‘termengandung’ ketika tempoh PKP lalu. Sekiranya anda dalam situasi ini, elakkan mengeluh dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah tetapkan.

Penerimaan ini penting kerana ia membabitkan emosi serta hubungan antara ibu dan si manja. 

#5. Lakukan latihan matematik

Untuk mendidik anak pintar dalam perut, ibu dan ayah boleh mendapatkan beberapa buku soalan matematik dan selesaikannya bersama-sama. Mungkin ada yang tidak tahu ini merupakan salah satu rahsia kepandaian Bani Israel (Yahudi).

Sebaik sahaja mengetahui diri mengandung, kaum ibu akan menyanyi dan bermain piano. Bukan itu sahaja, mereka juga akan membuat latihan Matematik sehinggalah bayi dilahirkan.

#6. Mempelajari alat muzik dan bahasa asing

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk merangsang otak bayi dan mendidik anak pintar dalam perut, ibu disarankan mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola.

Difahamkan dengan bermain muzik dan belajar bahasa asing ini dapat merangsang otak kiri serta kanan.

#7. Pilih makanan yang berkhasiat

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pemakanan ketika mengandung hendaklah dititikberatkan agar janin dapat membesar dengan sempurna. Antara makanan yang boleh anda amalkan selalu ialah kacang badam, buah kurma, makan ikan tanpa kepala dengan banyak serta salad.

Orang-orang Yahudi menekankan pengambilan isi ikan kerana ia amat baik bagi perkembangan otak bayi. Ibu mengandung juga disaran untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan.

#8. Sentuhan tangan ayah

Walaupun ayah tidak dapat merasai tendangan bayi, namun anda boleh berinteraksi dengannya melalui usapan tangan. 

Suami yang selau berborak dengan anak dalam kandungan dapat meningkatkan perkembangan otak. Bukan itu sahaja, janin dapat mengenali suara anda dan merasai kasih sayang yang sama rata.

#9. Ibu mengandung kerap membaca buku

Selain al-quran, para ibu juga disaran untuk membaca buku-buku ilmiah. Caranya adalah dengan membaca kuat-kuat supaya janin dalam kandungan dapat mendengarinya.

Berbual dan berceritalah selalu dengan bayi. Apabila ibu berada dalam keadaan sentiasa gembira, bayi juga dapat merasai hal yang sama. Elakkan rasa tertekan kerana ia secara tidak langsung mempengaruhinya ketika dalam kandungan.

Sumber: Annur Syuhada

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Jenis Rangsangan Pada Bayi TERBUKTI Berkesan Untuk Perkembangan Otak & Minda