Semua Ibu Kena Buat Sendiri, Doktor Kongsi 7 Panduan Bersalin Tanpa Suami Ketika PKP

Tips bersalin ketika PKP yang disarankan oleh doktor ialah para ibu perlu mempersiapkan fizikal dan mental kerana suami tidak dibenarkan menemani isteri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang baru pertama kali, pengalaman bersalin sendiri tanpa ditemani oleh suami sedikit sebanyak membuatkan anda berasa takut dan berdebar. Memandangkan kali ini kerajaan mengumumkan PKP dengan SOP yang lebih ketat, adalah penting mempersiapkan diri dengan tips bersalin yang betul.

Meskipun agak sukar, namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya anda memberikan kerjasama yang baik ketika doktor dan jururawat memberikan arahan. Justeru, seorang doktor telah berkongsikan beberapa panduan yang boleh anda gunakan dalam mengharungi proses bersalin yang mencabar ketika tempoh PKP ini.

Tips bersalin tanpa suami, ibu perlu get ready lebih awal lagi

credit to sources

”Doktor, saya mengandung. Macam mana saya nak bersalin musim PKP ini?”

Dr. Ahmad Samhan cuba menjawab persoalan untuk ibu mengandung di musim PKP dan menerangkan apakah persiapan yang perlu anda lakukan terutamanya dari segi mental.

#1. Tips bersalin- boleh ke pergi check up seperti biasa?

Klinik untuk ibu mengandung akan dibuka seperti biasa. Memandangkan anda tergolong dalam individu berisiko tinggi jika dijangkiti Covid-19, beberapa langkah penjagaan hendaklah dititikberatkan ketika keluar rumah untuk ke klinik.

  • Basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer selepas menyentuh kerusi, tombol atau butang lif
  • Elakkan menyentuh muka, hidung dan mulut
  • Pastikan pakai topeng muka dengan betul
  • Jaga jarak 1 meter dengan orang lain
  • Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk atau sesak nafas

#2. Barang apa yang perlu dibawa ke hospital?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda digalakkan membeli barang keperluan ibu dan bayi secara atas talian. Beli awal dan packing siap-siap dalam beg supaya nanti tidak kelam-kabut. Jika tidak bersedia awal, bila tiba-tiba dah sakit perut dan perlu ke hospital, nanti pening pula suami.

Sediakan apa yang patut. Tidak perlu membazir. Senarai barang boleh rujuk pada gambar.

#3. Suami boleh hantar ke wad?

Memandangkan situasi pandemik Covid-19 mencatatkan jumlah kes baharu tinggi setiap hari, ssuami hanya boleh hantar isteri di bawah sahaja bersama dengan barang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu hamil musim PKP perlu mempersiapkan mentaliti yang kuat. Suami tidak dibenarkan langsung untuk masuk ke dalam wad. Mengiringi masuk ke wad puntidak dibenarkan.

Hospital telah menetapkan polisi ini bagi mengurangkan kehadiran pelawat dan hanya untuk pesakit.

#4. Suami boleh masuk ke dewan bersalin?

Suami tidak dibenarkan masuk untuk teman isteri bersalin. Anda hanya boleh telefon atau Whatsapp suami sebelum ditolak ke dewan bersalin, minta maaf dan minta doa agar dimudahkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makan kurma supaya ada tenaga. Ibu jangan panik, kena kuat. Jangan menjerit, menangis. Ikut arahan doktor dan jururawat untuk kawal pernafasan ketika meneran. Banyakkan berzikir.

#5. Lepas bersalin, suami boleh teman di wad?

Tiada sesiapa dibenarkan untuk menemani anda di wad siang ataupun malam. Sediakan barang bayi dan ibu secukupnya. Jika perlukan sebarang pertolongan, minta tolong pada jururawat yang bertugas.

Mereka juga akan ajar teknik menyusu dengan betul di wad nanti. Jika berlaku banyak pendarahan selepas bersalin, beritahu nurse awal-awal.

#6. Boleh tak ibu atau adik datang melawat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: berita harian

Pelawat tidak dibenarkan masuk. Kalau nak kirim barang atau makanan dari rumah, hanya kirimkan pada guard. Nanti apabila sudah dibenarkan pulang ke rumah, guard yang akan tolong bawa semua barang keluar dari wad.

Suami atau ahli keluarga hanya boleh menunggu di luar wad sahaja.

#7. Tips bersalin- Adakah jangkitan Covid-19 boleh berjangkit kepada kandungan?

Meskipun setakat ini sudah ada kes ibu mengandung positif Covid-19, namun belum ada kajian menunjukkan virus ini boleh menjangkiti kepada bayi dalam kandungan atau melalui susu ibu.

Jangkitan sememangnya boleh berlaku selepas anak dilahirkan jika ibu batuk atau bersin pada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda memiliki gejala jangkitan, ibu dan anak akan diasingkan selama 14 hari ataupun sehingga keputusan ujian Covid-19. Penyusuan susu ibu sepanjang tempoh ini juga tidak disarankan.

Sumber: Ahmad Samhan

Kredit foto: Google, Persatuan Setiausaha UTeM (SATU) 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Risau Hamil Lagi Ketika PKP? Ini 5 Kaedah Merancang BERKESAN Ikut Saranan Pakar!