TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tips dari Vivy Yusof Untuk Mencari Suami Yang Terbaik

19 Jan, 2017
Tips dari Vivy Yusof Untuk Mencari Suami Yang Terbaik

Di sini Vivy ada kongsikan bersama tips untuk memilih calon-calon suami yang baik dan bertanggungjawab.

Sebut sahaja nama Vivy Yusof, sudah tentu anda pernah dengar namanya.

Seorang blogger, usahawan (Pengasas Fashion Valet) dan juga seorang ibu kepada dua orang cahayamata.

Vivy bukan sahaja terkenal di Malaysia, namanya dikenali di negara asing juga, seperti di Singapura, Brunei, dan Indonesia.

Vivy bukan sahaja diminati ramai kerana caranya berpakaian (sentiasa cantik dan mengikuti trend semasa), tetapi ramai menyukai sikapnya yang sentiasa mementingkan keluarganya dahulu.

Oh, dan dia juga boleh tahan kelakar! Anda pernah membaca caption dan hashtag yang digunakannya dalam IG? Boleh tergelak sorang-sorang bila membacanya!

screenshot-2017-01-19-12-57-20

Gambar: Instagram Vivy Yusof

Jika anda mengikuti blog ataupun Instagram Vivy, sudah pasti anda dapat lihat kebahagiaan Vivy bersama suami dan anak-anaknya.

Di situ juga Vivy ada kongsikan bersama tips untuk memilih calon-calon suami yang baik dan bertanggungjawab.

Psstt…para ayah juga boleh mengambil beberapa tip di bawah ini dan mempraktikkannya untuk menjadi suami terbaik buat si isteri!

Bagaimana anda ingin tahu lelaki yang yang anda pilih itu seorang yang bertanggungjawab dan penyayang?

Anda boleh melihat personaliti lelaki pilihan anda yang sebenarnya dengan melihat bagaimana hubungannya dengan keluarganya.

Jangan tinggalkannya jika dia mempunyai hubungan yang rapat dan sayangkan ibunya (asalkan tidak terlalu obses ataupun dikongkong).

Ini menunjukkan dia menghormati wanita dan sifat itu lah yang akan diajarkan kepada anak-anaknya nanti. Begitu juga hubungan dengan bapanya.

Anda perlu lihat jika si dia menghormati bapanya (tapi anda perlu bezakan antara hormat dan takut).

Ini bermakna dia akan menjadi seorang bapa yang akan menerapkan sifat hormat-menghormati kepada anak-anaknya.

Jika si dia sentiasa luangkan masa bersama adik-beradiknya, itu bermakna keluarganya amat penting bagi dirinya.

Pada Vivy, ciri yang perlu ada bagi lelaki pilihannya adalah seorang lelaki yang sanggup membuat apa sahaja untuk keluarganya.

Antara nasihat Vivy lagi:

Jangan sekali-kali meletakkan diri anda di antara si dia dan ibunya.

Jangan letakkan si dia dia dalam situasi di mana dia terpaksa memilih di antara anda ataupun ibunya.

Sebaliknya, anda perlu mengenali ibunya dengan lebih rapat kerana itulah cara untuk menyejukkan hati si dia.

Pesanan ini adalah dari ibu Vivy sendiri!

Ada masanya anda berada di dalam situasi di mana anda sayangkan si dia tetapi keluarganya tidak tahu tentang anda. Jangan risau.

Berikan si dia lebih masa untuk memberi penjelasan kepada keluarganya, namun begitu, jika ia berlarutan lebih dari setahun, Vivy menasihatkan anda untuk tinggalkan saja si dia.

Adakalanya, anda mencintai si dia, tetapi anda tidak serasi dengan keluarganya.

Anda boleh cuba untuk biasakan diri dengan keluarganya. Ataupun, anda boleh tinggal di luar negara.

Stories Rakan Kongsi
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Mencari Aktiviti Hujung Minggu dengan Harga Berbaloi? Jom Terokai 4 Taman Tema Terkemuka di Malaysia Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar

Ada juga situasi di mana anda boleh serasi dengan keluarganya, tetapi rasa cinta anda dengan si dia sudah pudar. Ia semestinya akan membuatkan anda berasa sedih.

Tetapi, bila anda sudah berjumpa dengan si dia dan anda juga sayangkan keluarganya, itu bermakna pencarian anda sudah berakhir.

Itulah lelaki untuk sepanjang hayat anda. Dialah lelaki yang dapat menjadi suami terbaik buat diri anda dan bapa yang terbaik buat anak-anak!

Rujukan: Oh Bulan

Gambar dari Instagram Vivy Yusof

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Tips dari Vivy Yusof Untuk Mencari Suami Yang Terbaik
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham