Tips kurus dalam sebulan, siapa je tak nak kan? Sebenarnya, anda boleh menurunkan berat badan dalam masa sebulan dengan menjaga pemakanan anda. Begitulah kisah seorang wanita yang berjaya menurunkan berat badan dari 82kg kepada 58kg!
Isi Kandungan
Tips Kurus Dalam Sebulan, Turun Berat Dalam Masa 10 Bulan
Menurut wanita yang dikenali dengan nama Scha Ellcha Lee, dia memulakan perjalanan menurunkan berat badannya sebanyak 25kg dalam masa lebih kurang 10 bulan sahaja! Menurut Scha, dalam masa sebulan, dia hilang berat badan sekitar 2kg hingga 3 kg. Wah, banyak tu!
Scha juga senaraikan basal metabolic rate (BMR), daily caloric restriction (DCR), daily calorie intake (DCI), tinggi dan berat asal sebagai rujukan kepada orang ramai.
- BMR: 1546.5
- DCR: 2126.43
- DCI: 1594.80
- Tinggi: 158cm
- Berat: 82kg ++
Disebabkan ramai yang meminta tips dan menu makanan sepanjang perjalanan Scha, wanita ini telah berkongsi beberapa 10 tips kurus dalam masa sebulan sahaja!
10+ Tips Daripada Scha
1. Kurangkan Garam Dan Minyak
Kurangkan garam dan minyak dalam masakan. Makanan yang tinggi kandungan sodium, gula, makanan diproses, dan makanan segera perlu dielakkan. Garam yang berlebihan boleh menyebabkan pengekalan air dalam badan, manakala makanan berminyak akan meningkatkan kalori yang tidak diperlukan.
2. Makan Sumber-Sumber Semulajadi
Fokus kepada makanan semulajadi seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan, dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja kaya dengan nutrien tetapi juga rendah kalori. Pemilihan makanan yang tepat adalah kunci dalam mengekalkan diet yang seimbang.
3. Makan Kerap Tetapi Dalam Portion Yang Betul
Satu lagi tip penting adalah makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Konsep suku suku separuh adalah yang terbaik. Ini bermaksud, suku pinggan diisi dengan karbohidrat, suku lagi dengan protein, dan separuh dengan sayur-sayuran. Dengan cara ini, tubuh akan mendapatkan nutrien yang mencukupi tanpa makan berlebihan.
4. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Hadkan pengambilan karbohidrat kepada segenggam sahaja. Karbohidrat yang berlebihan akan bertukar menjadi lemak jika tidak dibakar. Dengan mengurangkan karbohidrat, saya dapat mengurangkan pengambilan kalori dan memudahkan penurunan berat badan.
5. Lebihkan Sayur-Sayuran
Lebihkan pengambilan sayur-sayuran dalam diet. Jika terasa nak mengunyah, pilih kekacang sebagai sumber lemak yang baik, tetapi dalam jumlah yang terkawal, iaitu sekitar 10 hingga 12 biji sekali snack. Buah-buahan atau sayur-sayuran juga boleh dijadikan sebagai snack yang sihat.
6. Fahami Maksud Sebenar Diet
Ramai yang salah anggap bahawa diet bermaksud berlapar. TIDAK! Anda boleh makan 6-7 kali sehari, tetapi dalam portion yang betul. Penting untuk memahami bahawa diet adalah mengenai pengurusan pemakanan, bukan berlapar.
7. Lupakan Air Bergas
Lupakan terus air bergas atau berkarbonat dan lebihkan minum air kosong atau green tea. Air kosong membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan metabolisme badan.
8. Jaga Makanan, Senaman Sekadar 20%
Ingat, 80% kejayaan kurus adalah dari penjagaan makanan, manakala 20% lagi dari senaman. Walaupun senaman penting, tetapi jika pemakanan tidak dijaga, progress penurunan berat akan menjadi perlahan.
9. Jangan Terlalu Memaksa Badan
Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Stress boleh mengganggu proses penurunan berat badan.
11. Tidur Cukup Dan Berkualiti
Tidur mesti cukup 6-7 jam sehari. Tidur yang berkualiti sangat baik untuk kesihatan dan membantu dalam proses penurunan berat badan.
12. Minum Air Putih Secukupnya
Pastikan minum air putih sehingga urin berwarna jernih. Bila urin jernih, badan kita cukup air.
13. Bersenam Secara Konsisten
Tak perlu bersenam hari-hari, cukup 3-4 kali seminggu yang penting konsisten.
2 Menu Diet Yang Sedap Daripada Scha
1. Mash Potato + Ayam Grill + Salad + Tomato Cherry
Resepi Ayam Grill
Bahan-bahan:
- 100g dada ayam (buang kulit)
- Secubit black pepper
- Secubit cajun
- 2 hiris lemon
Cara masak:
- Perap dada ayam bersama cajun dan black pepper selama 30-40 minit, perah lemon
- Grill atas pan hingga masak. Siap!
Resepi Mash Potato
Bahan-bahan:
- 100g keledek
Cara masak:
- Cuci dan bersihkan keledek.
- Rebus atau kukus keledek hingga empuk, buang kulit dan lenyek-lenyek sampai hancur. Siap!
2. Brown Rice + Ikan Singgang + Sayur Celur
Resepi Ikan Singgang
Bahan-bahan:
- Seekor ikan kembung (saiz sederhana)
- 2 hiris lengkuas
- 2 hiris halia
- 1 biji bawang putih
- 1 biji bawang merah kecil
- 1 batang serai
- 1 keping asam keping
- Secubit garam bukit
- Air secukupnya
Cara masak:
- Hiris nipis halia, lengkuas, bawang putih, bawang merah. Ketuk serai
- Masukkan ikan dalam periuk kemudian masukkan semua bahan lain. Masukkan air.
- Biarkan menggelegak ganas, perlahankan api, tabur secubit garam bukit dan gaul mesra. Siap!
Resepi Sayur Celur
- Panaskan air dalam periuk, biarkan menggelegak ganas.
- Masukkan brokoli, bunga kobis dan lobak merah.
- Tunggu mendidih sekali lagi dan siap!
- Tak perlu garam dan perasa ya!
Untuk mana-mana yang nak kurus dalam masa kurang daripada setahun, anda boleh amalkan tips dan masak menu daripada Scha ini. Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Makanan Yang Lebih Sihat Jika Direbus Berserta Cara Penyediaan Hidangannya
Baca juga: Kebaikan Saffron Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Baik Lelaki Mahupun Wanita
Baca juga: Resipi Terung Goreng Berlada Guna 5 Bahan Sahaja, Menu Masakan Simple & Sedap