Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap nafas, tak lalu makan dan muka pucat bila terkena serangan asma. Malah, jika asma tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! Jadi, apakah petua hilangkan asma pada anak?
Baca juga: Kebaikan Pisang Untuk Bayi, Ia Mencegah Asma & Masalah Tulang Rapuh
Petua hilangkan asma pada anak: Apakah itu asma?
Sebelum berkongsi tips mencegah asma pada anak, mari kami terangkan apakah maksud asma atau lelah. Ia merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan penghidapnya mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ini disebabkan pesakit diserang asma dan keradangan yang membuatkan lapisan dinding udara bronkiol dalam paru-paru menjadi sempit. Apabila sukar bernafas, biasanya pesakit asma akan mengalami nafas yang berbunyi, tersekat di bahagian dada atau sukar bernafas.
Mengikut kajian, asma tak boleh diubati tapi ia memerlukan sistem imun yang kuat bagi membantu mencegah asma.
Akan tetapi penyakit asma ini akan hilang sendiri bila kanak-kanak menginjak ke usia dewasa tapi ada juga yang menghidp asma hingga ke tua.
Punca serangan asma dan petua hilangkan asma kanak kanak
- Alahan atau elergi
- Udara sejuk seperti tidur dengan penghawa dingin sepanjang masa
- Senaman
- Jangkitan pernafasan
- Ubat-ubatan
- Pemakanan
#1. Jauhkan anak dari habuk
Bila nak kemas rumah, jangan letak anak berhampiran dengan tempat yang berhabuk kerana budak yang ada asma tak tahan dengan persekitaran yang berdebu.
Selain, jaga persekitaran rumah, biar ia sentiasa bersih dan tidak berhabuk. Itu termasuk juga dengan permainan anak, bila dah lama tak main mesti berhabuk, kan? Jadi bersihkan dulu sebelum beri pada anak untuk bermain.
#2. Keringkan anggota badan yang basah
Tips mencegah asma pada anak seterusnya adalah selepas mandi, ibu kena lap segera tubuh badan anak supaya tubuhnya tak lembap dan basah.
#3. Elak dari rasa sejuk
Selain itu, pakaian anak dengan baju dan seluar panjang agar dia tak berasa sejuk ketika tidur waktu malam, terutamanya jika anda menggunakan penghawa dingin di dalam bilik.
#4. Jangan berlengah jumpa doktor
Sekiranya anda dapati anak sudah beberapa hari batuk dan selesama, jangan berlengah untuk dapatkan rawatan dari doktor bimbang dia tak boleh bernafas. Ini kerana demam asma tak sama seperti demam biasa kerana ia membabitkan lubang pernafasan yang sempit.
#5. Amalkan pemakanan sihat
Kalau dah tahu anak itu ada asma, janganlah bagi makan ais krim atau makanan dan buah-buahan sejuk. Tapi anda boleh bagi anak makan makanan yang lebih seimbang dan berkhasiat.
Itu juga tips mencegah asma pada anak. Di samping itu, galakkan si kecil minum banyak air kosong setiap hari agar tubuhnya tak kering dan sihat sentiasa.
#6. Elakkan haiwan berbulu
Budak-budak kalau dah jumpa haiwan berbulu macam kucing mesti dia akan cium dan belai-belai bulu kucing itu. Sebenarnya ia tak bagus kerana bulu haiwan itu akan melekat pada tubuh mereka lantas menyebabkan asma bertambah teruk.
Jadi, bila tengah kena asma elakkan anak bermain dengan haiwan berbulu ini.
#7. Jaga kebersihan tempat tidur
Sentiasa basuh tilam anak, cadar, bantal dan selimut. Bantal pun kalau boleh sidai sebentar di cuaca panas untuk hilangkan hama. Seterusnya tempat tidur anak akan sentiasa bersih dari habuk.
#8. Elakkan anak terdedah pada bahan kimia berbahaya
Bila dah tahu anak ada asma, elakkan spray serangga seperti nyamuk atau pewangi udara kerana ia akan menyebabkan asma mereka bertambah parah. Kalau nak spray juga minta anak keluar sekejap ke luar rumah dan spray hingga baunya hilang.
#9. Jangan merokok depan anak
Tolonglah! Berhenti merokok depan anak yang ada asma, kalau yang tak asma pun jangan!
Jika nak merokok, sila jauh daripada anak. Selepas itu cuci tangan dan mulut sebelum pegang atau mencium pipi anak. Semua ini adalah demi kesihatan anak kemudian hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: mamawidad
Baca juga: Benarkah Jika Ibu Beranak Caesar, Anak Lebih Tinggi Risiko Diserang Asma?