Seakan menjadi trend ibu-ibu zaman sekarang memilih untuk bersalin caesar kerana takut bersalin secara normal. Tetapi adakah benar anak yang dilahirkan secara caesarean akan menghidap penyakit lelah atau asma?
Menurut laporan hellodoktor, terdapat kajian yang menunjukkan kaitan di antara bayi yang lahir melalui pembedahan caeserean dengan penyakit asma.
Kita semua sedia maklum, sebarang pembedahan memang ada kesan sampingannya. Bagaimanapun, bagi yang melalui kehamilan berisiko tinggi dan perlu kepada pembedahan kerana tanpanya akan menyebabkan komplikasi teruk atau mati jika bersalin secara normal adalah sangat perlu.
Penyakit lelah mungkin serang bayi jika bersalin caesar?
Tetapi bagaimana pula yang memang mahu bersalin secara pembedahan secara pilihan kerana tidak mahu melalui sakit bersalin secara normal?
Jadi apakah kaitan bersalin secara pembedahan dengan risiko asma pada anak?
Bakteria baik pada saluran faraj ibu penting dalam proses perkembangan anak
Ini bukan satu fakta baharu. Namun, kajian masih lagi cuba meneroka kebaikan bakteria baik (probiotik) kepada manusia.
Menurut laporan hellodoktor, sejak dua dekad yang lalu, jumlah kanak-kanak yang didiagnosis dengan penyakit asma kian meningkat.
Seperti penyakit lain, ia mempunyai tahap yang berbeza yang mana jika serius, bukan saja ia boleh menghalang anak daripada melakukan aktiviti seperti kanak kanak lain, malah juga boleh membawa maut.
Kaedah bersalin tentukan kecenderungan anak
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2019 di laman Jurnal Epidemiologi Amerika telah menunjukkan kaedah bersalin boleh menentukan kecenderungan anak untuk mendapat penyakit asma atau sebarang alergi.
Apa yang boleh kita lihat melalui kajian itu adalah bayi yang lahir melalui kaedah caesar mempunya risiko dua kali ganda untuk didiagnosis dengan masalah alergi makanan dan asma.
Dapatan ini bukan sahaja menunjukkan terdapat risiko kepada prosedur pembedahan caesar, malah kepada ibu lanjut usia yang ingin mendapatkan cahaya mata.
Mereka yang berusia 35 tahun ke atas mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kehamilan berisiko tinggi.
Ini bermakna, doktor lebih cenderung untuk menyarankan prosedur elektif caesar kepada ibu hamil itu.
Risiko kematian akibat asma
Risiko kematian akibat asma boleh terjadi terutama apabila episod gejala seperti batuk berterusan diikuti dengan rasa dada sempit sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat bernafas dengan baik selain gagal dirawat dalam tempoh pantas.
Umumnya asma merujuk kepada masalah paru-paru kronik disebabkan keradangan di saluran udara paru-paru.
Sebaik terdedah kepada perkara yang boleh mencetuskan keradangan, dinding saluran udara ke paru-paru menjadi tebal dan membuatkan saluran ini menjadi sempit.
Pesakit akan mengalami gejala seperti batuk, berdesit (nafas berbunyi seperti wisel), susah bernafas dan dada rasa ketat seperti ditekan.
Biasanya pesakit asma memerlukan ubat berbentuk sedutan bagi menangani penyakit berkenaan.
Ubat jenis ini akan terus memasuki saluran udara dalam paru-paru merawat langsung ke kawasan organ yang terjejas.
Selain memfokuskan kepada ubat-ubatan, kajian terhadap pengambilan vitamin serta amalan baik berkaitan penyakit juga penting bagi meningkatkan kualiti kesihatan pesakit.
Apa tanda, gejala asma?
- Kesukaran bernafas atau sesak nafas
- Kesukaran mengawal pernafasan dan pernafasan menjadi pendek dan laju, nafas berbunyi atau berdengik (wheeze) semasa hembus nafas, rasa ketat di dada, ritma percakapan yang terputus putus dan tidak dapat baring
- Otot dada dan leher digunakan secara berlebihan semasa proses pernafasan
- Postur menjadi kifotik atau bongkok
Bolehkah asma dipulihkan sama sekali?
Asma adalah penyakit berlarutan (kronik) dan setakat yang diketahui tiada ubat yang boleh menyembuhkannya. Namun, asma ialah penyakit berlarutan (kronik), dan setakat yang diketahui tiada ubat yang boleh menyembuhkannya.
Namun begitu, asma boleh dikawal dengan ubat-ubatan, dan dengan mengurangkan juga pendedahan kepada pemicu tertentu seberapa yang boleh.
Jika anak anda menghidap asma, ini tidak seharusnya menghalang dia daripada menjalankan senaman dan mengikuti gaya hidup yang sihat dan aktif.
Ramai kanak-kanak akan pulih daripada asma setelah membesar, atau penyakit itu menjadi semakin kurang teruk apabila mereka lebih tua. Kerjalah bersama doktor anda untuk mendapatkan rawatan dan cara mengawal asma yang paling baik bagi anak anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: hellodoktor, myhealth, hmetro
Baca juga:
https://my.theasianparent.compengganti-baby-walker
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!