Wanita ini berkongsi 5 tips berguna untuk mengatasi stres ibu-ibu baru

Ramai menghadapi stress ibu baru apabila menerima tekanan dari semua orang. Sudahlah cuba kembali pulih selepas bersalin, menyusu, dan kekurangan tidur! Tapi ini 5 tips berguna untuk anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Stres ibu baru pasti akan dilalui oleh semua wanita yang baru saja menjadi seorang ibu. Mana tidaknya, ketika inilah cabaran pertama anda bermula.

Anda kena belajar tentang bayi baru lahir, anda kena jaga kesihatan untuk cepat pulih, anda kena menanggung rasa sakit selepas bersalin dan anda risau berat badan tak turun-turun. 

Aduh stressnya! Bingung kerana menghadapi stress ibu baru ini? Baca di bawah untuk 5 tips dari ibu ini yang sudahpun mengalaminya.

Anda pasti akan berterima kasih pada kami kelak!

#1. Amalkan sikap bertoleransi

Apabila bayi anda dilahirkan, ia tidak hanya melibatkan suami dan anda sendiri saja. Ia melibatkan anda berdua malah juga kedua-dua pihak keluarga.

Kadang-kadang, kekecohan yang terlalu banyak dari kedua-dua pihak keluarga boleh menambahkan stress ibu baru.

Seorang memberi pendapat yang lain tentang cara menjaga bayi anda, atau seorang pula beri petua berlainan mengenai pantang bersalin. Memang susah apabila ibu baru rasa terperangkap di antara kedua-dua keluarga!

Jadi, semua orang perlu bersikap bertoleransi antara satu sama lain biarpun mereka tidak bersetuju dengan cara tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda dan suami anda juga perlu berpegang teguh kepada keputusan diri sendiri. Kadang-kadang kata-kata orang perlu masuk telinga satu, keluar telinga yang lain untuk mengelak rasa ditenggelami. 

#2. Pilih orang yang sesuai untuk menolong anda 


Setahu saya, hanya ibu kaum cina yang mengupah penolong semasa pantang tetapi nasihat ini juga sesuai untuk sesiapa saja yang akan datang membantu. 

Contohnya siapa yang patut menjaga anda ketika berpantang. Nak berpantang di rumah mak sendiri atau di rumah mak mertua?

Orang yang membantu anda akan membawa bersama nilai, pendirian dan cara mereka yang tersendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika mereka tidak bersependapat dengan anda, ini hanya akan menambahkan konflik dan stress ibu baru. 

Bayangkan kalau mereka selalu memaksa anda untuk memberi formula! Betapa peningnya untuk mendengar leteran mereka setiap hari!

#3. Susu badan atau susu formula? Janji bayi anda tak kebuluran!

Sumber gambar: Fed is best

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara yang paling stress untuk ibu baru ialah memberi susu badan.

Ramai ibu rasa setiap ibu patut menyusukan anak mereka kerana susu ibu adalah susu yang paling baik untuk anak, boleh membina ikatan, dan memberi anak antiboti yang mereka perlukan. 

Tapi kita belum mempertimbangkan situasi ibu tersebut. Cuba bayangkan ibu yang sedang cuba pulih selepas bersalin, ibu yang letih kerana perlu menyusu setiap dua jam, kurang tidur, masalah puting retak, payudara yang kembang, serta masalah kurang susu badan.

Memaksa ibu itu untuk menyusu hanya akan menambahkan stress ibu baru!

Biarpun ibu memilih formula, atau memilih untuk mengepam dan memberi susu melalui botol ataupun terus dari payudara ibu, semua ini adalah keputusan anda sendiri.

Yang paling penting, bayi anda tidak kebuluran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Hati-hati dengan “baby blues”

Saya sebenarnya seorang yang sangat positif dan ceria. Tapi selepas saya pulang ke rumah dari bersalin, semua orang tak habis-habis memberi nasihat dan petunjuk.

Mood saya berubah menjadi marah dan sedih sehingga saya tidak dapat menguasai perasaan diri dan sering menangis.

Kenapa banyak sangat komen ni? Kenapa kepoh sangat? Kenapa ini boleh itu tak boleh?

Mungkin ia disebabkan hormon yang berubah tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi, jangan fikir kemurungan tidak akan berlaku kepada anda.

#5. Apabila kurang pasti, google jawapan atau tanya doktor! 


Stress ibu baru hanya akan bertambah apabila ramai orang memberi pendapat pada masa yang sama.

Kalau kurang pasti dengan petua atau nasihat dari orang, buatlah carian google.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca tentang pengalaman orang lain dan baca artikel dengan sokongan kajian. Saya pasti anda akan mendapat jawapan anda dalam bentuk artikel, video dari Youtube, forum dalam talian dan komuniti ibu menyusu di Facebook.

Tetapi ingat! Jangan ikut buta-buta sahaja, baca dengan teliti dahulu kemudian lakukan kajian sendiri sebelum membuat keputusan.  

Langkah paling mudah adalah dengan mendapatkan nasihat dan saranan daripada pakar.

Ibu-ibu baru jangan stress ya. Bayi baru lahir anda itu amat memerlukan ibu bapanya yang sihat. Sama ada dari segi fizikal atau mental.

Jadi jom sebarkan maklumat ini untuk membantu ibu-ibu baru di luar sana!

 

 

Sumber: Laman facebook Patricia Lin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ketahui Jenis Jerawat Bayi, Ia Masalah Yang Buat Si Comel Tak Selesa

Penulis

Rosanna Chio